Kami membeli emas dan membayar secara TUNAI~ | AEON Taman Maluri Shopping Centre blog

Kami membeli emas dan membayar secara TUNAI~

November 1, 2020

Salam sejahtera ~



Terima kasih kerana melayari blog kami.



Kita masih lagi dalam keadaan pergerakkan kawalan, jangan lupa kerap basuh tangan dan memakai pelitup muka ketika di luar~

JEWEL CAFE

JEWEL CAFE MALAYSIA, NO 1 KEDAI BARANGAN RECYLE JEPUN YANG BERADA DI MALAYSIA


Anda mempunyai barang berjenama lama seperti barang kemas lama atau rosak atau putus dan ingin mendapat TUNAI SEGERA. Jangan ragu untuk masuk ke kedai kami dan dapatkan anggaran PERCUMA. Kakitangan kami akan memberi anda perkhidmatan profesional dan akan memberi anda harga anggaran.



HARGA PEMBELIAN

Kami akan memberikan harga berdasarkan dari ketulenan, ketumpatan dan susut nilai dari barang kemas anda. Anggaran masa yang diperlukan adalah sekitar 10 hingga 15 minit bergantung pada kuantiti barangan anda.

Sementara menunggu kami membuat penilaian, kami menyediakan anda minuman dan makanan ringan.



Penilaian kami juga adalah secara percuma. Jika anda bersetuju dengan harga, kami akan membayar secara tunai kepada anda pada hari yang sama.

JENIS EMAS

Terdapat beberapa jenis emas mengikut gred. Gred yang tertiggi adalah seperti :

K24 atau dikenali sebagai 999. Kebiasaanya emas 999 adalah emas yang lembut dan mudah bengkok kerana ianya mengandungi 99.9% emas tanpa campuran bahan lain.



K22 atau dikenali sebagai 916. Ini adalah yang paling popular dikalangan kita. Emas 916 ini mengandungi 91.6% emas dan bakinya adalah dari campuran bahan logam asas yang lain.



K18 atau dikenali sebagai 750. Namun begitu, emas K18 ini juga terdapat dalam bentuk emas putih. Emas putih kini semakin digemari semua. Hasil buatannya yang kemas dan juga bersama berlian amat menarik minat mata yang memandang.




K14 atau dikenali sebagai 585. K14 juga dikenali sebagai emas putih, akan tetapi emas ini hanya dihasilkan dengan mengunakan 58.5% emas. Ianya juga dipanggil emas campur oleh setengah golongan.




K9 atau dikenali sebagai 375. Emas ini mengandungi 37.5% emas dan selebihnya campuran dari bahan lain seperti besi , tembaga dan aluminium. K9 juga amat popular dalam bentuk emas putih dan juga dipanggil emas suasa.

PELBAGAI TAWARAN ISTIMEWA

Pada transaksi pertama anda, secara automatik anda akan menjadi Ahli Jewel Cafe. Oleh itu, anda boleh menikmati beberapa faedah seperti:

  1. Kad ahli dengan wang tunai tambahan (dengan terma dan syarat)
  2. Tiket mencuci barang kemas PERCUMA
  3. BONUS tunai RM30 & RM100 (dengan terma dan syarat)
  4. Kad Jemputan – Pelanggan akan mendapat RM100 percuma untuk menjemput rakan (rakan mesti menjual barang perhiasan dengan harga lebih dari RM300 di Jewel Café)
  5. Cabutan BERTUAH (boleh memenangi wang tunai RM50 & RM100)

Semua faedah TANPA tarikh luput dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja!

LAWATI KAMI

JEWEL CAFE AEON TAMAN MALURI
Lot F29, 1st Floor, Aeon Taman Maluri Shopping Centre,

Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras 55100 Kuala Lumpur.
+603-9201 4001

(sebaris dengan Pos Malaysia)

Tertakluk kepada terma dan syarat




DIBUKA SETIAP HARI DARI JAM 10:00 PAGI – 8:00 MALAM

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag