Bagaimana membezakan barangan tiruan? (Versi jam) | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: February 8, 2021

Bagaimana membezakan barangan tiruan? (Versi jam) | JEWEL CAFÉ Malaysia

Diantara barangan berjenama, harga jam tangan adalah tinggi dan jam tangan tiruan juga turut dijual. Memandangkan ianya melibatkan penggunaan mesin, ianya agak mengambil masa untuk memastikan sesebuah jam tangan itu adalah tiruan. Selain itu, disebabkan harga jam tangan yang tinggi, bukan sahaja kedai barangan terpakai seperti kami, tetapi pelanggan juga tertanya tanya jika sesebuah jam tangan itu adalah tiruan?.

Jam tangan berjenama tiruan juga turut mempunyai gred.

Kita telah melihat pelbagai jam tangan berjenama tiruan, tapi semestinya hanya satu jenis (satu pembuat) sahaja yang asli, dan terdapat banyak pembuatan tituan dengan kualiti yang pelbagai. Antaranya dipanggil “super copy” dan mesin juga dihasilkan dari pengilang yang sama (ETA) dengan jam tangan yang asli. Jika difikirkan, terdapat banyak barangan tiruan yang berkualiti rendah dapat dikenalpasti oleh orang kebiasaan jika dilihat dengan teliti.

Rolex adalah jenama utama di Jepun untuk jam tangan berjenama (lelaki) jadi kita akan jadikan ia sebagai contoh. Kami akan ulas tentang beberapa perkara sebagai rujukan apabila menilai jam tangan yang dibawa. Biasanya, penilaian adalah mengikut turutan “dari bahagian yang senang difahami (perbezaan bahagian dimana peniruan dibuat dengan teruk)”.

Bahagian ini selalunya berbeza untuk jam tangan tiruan yang teruk! Apakah perbezaan yang ketara?

• Bahagian yang unggul seperti logo dan perkataan (huruf). Untuk barangan tiruan, jika dibandingkan dengan barangan asli, hurufnya berkemungkinan lebih tebal atau kelihatan kabur berbanding barangan asli.

• Kebocoran dan ketidaksejajaran warna. Warna pada dail dan jarum jam mungkin tidak menonjol atau menonjol. Sukar untuk dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan kanta pembesar.

• Gilapan kualiti logam. Untuk barangan tiruan, hasil gilapan bahagian logam adalah kasar dan apabila disentuh ianya terasa berbeza bagi orang yang terbiasa dengan barangan asli.

• Bahan cermin depan (permukaan kaca) dail. Bagi barangan tiruan, bahan yang digunakan adalah berbeza dan ukiran Rolex mungkin kelihatan lebih jelas. Banyak kes dimana barangan tiruan memantulkan cahaya yang tidak normal apabila cahaya matahari atau cahaya lain dipancarkan ke permukaan kaca.

• Adakah jarum saat bergerak lancar? Contohnya, jika jarum saat berdetak dalam takik satu saat, ianya adalah produk tiruan. Jika menggunakan pergerakan yang bermutu tinggi, jarum saat akan bergerak lancar semasa bergerak.

Jika barangan tiruan itu sempurna, terdapat beberapa perkara yang dapat membezakan ianya adalah tiruan.

• Membezakan mesin (struktur dalaman) walaupun sama dengan barangan asli. Sesetengah barangan tiruan gred menggunakan struktur dalaman dari pembuat yang sama dengan barangan asli. Walaubagaimanapun, jika barangan itu adalah sama tetapi tidak asli, mesti terdapat perbezaan pelarasan selepas pemasangan. Asli atau tidak, dapat ditentusahkan jika menggunakan penulis masa semasa mendengar bunyi.

• Kualiti bahagian yang dicop dan bertanda. Bahagian ini juga sukar untuk dibezakan tanpa melihat dengan menggunakan kanta pembesar. Apabila terdapat tiruan pada tanda dagangan Rolex seperti cap dan tanda mahkota, terdapat perbezaan sedangkan bahagian yang tidak rata adalah tidak banyak dan hasilnya juga kelihatan kasar.

• Perbezaan dibahagian yang tidak kelihatan. Contohnya, cop pada bahagian belakang kancing dan nombor rujukan setelah tali jam dibuka, adalah perkara yang boleh membuatkan perbezaan dilihat dengan mudah. Perbezaannya adalah barangan asli diukir dengan teliti, dan barangan tiruan mungkin susah untuk dibaca disebabkan oleh ukiran laser.

Terdapat juga kes dimana hanya yang profesional yang dapat mengenal pasti.

Perkara diatas hanyalah beberapa cara untuk menilai barangan tiruan. Memandangkan pembuat barangan tiruan sentiasa menambah baik cara pembuatan mereka, ianya tidak dapat dikenalpasti dengan begitu mudah dan cepat. Secara umumnya, didalam kes jam tangan, semakin tinggi kualiti tiruan, semakin lama masa diambil untuk membuat penilaian. Terdapat juga kes dimana ianya tidak dapat dikenalpasti tanpa menggunakan gajet profesional. Dalam hal ini, jika pelanggan bersetuju kami akan bertanggunjawab untuk membuat pengesahan lebih lanjut.

Namun begitu, selain daripada kes sedemikian, terdapat dua perkara yang dapat diperkatakan untuk barangan tiruan.

• Bagi perkara yang sukar dilihat dengan mata kasar, gunakan kanta pembesar untuk melihat perbezaan yang ketara.

• Pertama sekali, kenali barangan asli, maka perbezaannya juga dapat dikenalpasti.

Mereka yang sentiasa melihat barangan asli dan membaca majalah lebih peka terhadap perbezaan tersebut, jadi kami ingin meningkatkan peluang dengan tidak hanya melihat apa yang ada tetapi juga barangan asli!

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!