Langkah-langkah Pengendalian Jam Tangan Mewah Mengikut Jenis | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: February 16, 2021

Langkah-langkah Pengendalian Jam Tangan Mewah Mengikut Jenis | JEWEL CAFÉ Malaysia

Pemahaman yang salah dimana jam tangan itu perlu tahan lebih lama kerana ia merupakan jam tangan mewah.

Memiliki jam tangan mewah untuk pertama kali sudah pasti membuatkan si pemakai berasa begitu teruja. Jam tangan mewah boleh menelan belanja 100 kali lebih mahal berbanding jam tangan biasa. Kerana inilah satu jangkaan yang tinggi menyatakan “Saya telah membayar sejumlah wang yang agak banyak untuk memiliki …”. Ini bukanlah kali pertama, tiada tanggapan yang dibentuk terlebih dahulu dimana suatu pembuatan jam tangan itu perlulah cemerlang bukan sahaja bertepatan dengan reka bentuk malah mengikut kesesuaian setiap negara, pelbagai jenis majlis malah ketahanan dalam mengelakkan daripada mudah rosak atau pecah.

Walau bagaimanapun, dalam perihal jam tangan mewah, terdapat pelbagai jenis kes yang mempunyai nasib yang sama iaitu lebih halus atau dalam kata lain mudah rosak. (Saya turut beranggapan hal ini turut terjadi pada barangan mewah lain selain daripada jam tangan). Terdapat satu prasangka dimana “mahalnya sesuatu barangan itu, maka keberkesanannya haruslah tinggi”. Tetapi, amatlah susah dalam mengekalkan reka bentuk yang mewah mahupun tahan lasak kerana ia dicerminkan dalam reka bentuk itu sendiri. (Sebagai contoh, jika dibandingkan dengan jam tangan jenama G-Shock, yang melambangkan ketahanan, dengan rekaan reka bentuk jam tangan mewah, sudah pasti secara fizikal mahupun mekanisme dua jenama jam tangan ini adalah jauh berbeza).

Cara-cara Mengendali Jam Tangan Mewah

Pengendalian yang betul mengikut jenis jam tangan mewah.

Bagi memastikan jam tangan itu tahan lebih lama, sudah semestinya dalam mengikut arahan pada buku panduan sebanyak yang boleh bagi memastikan penggunaan yang betul. Sebagaimana yang telah saya kongsikan dalam kolum sebelum ini, terdapat tiga jenis jam tangan mewah. Pengendalian yang betul mengikut jenis jam tangan adalah penting dalam mengekalkan ketahanan dan daya hidup seutas jam tangan itu.

Secara spesifiknya, anda boleh membahagikan kepada tiga jenis iaitu, “Pusingan Otomatis” (Automatic Winding), “Pusingan Manual” (Manual winding) dan “Jenis Bateri” (Quartz type). Mari kita kupas cara pengendalian tatacara yang betul untuk ketiga-tiga jenis jam ini.

Langkah berjaga-jaga dalam pengendalian jam tangan mewah jenis “Self-winding”

Jam tangan jenis ini digunakan secara meluas dalam jam tangan berjenama. Pemacu utama adalah sama seperti “Pusingan manual”, cuma jenis “self-winding” ini adalah berdasarkan kepada pergerakan lengan pemakai (contoh sewaktu sedang berjalan). Ia menggunakan berat yang disebut sebagai ‘rotor’.

Satu perkara yang perlu anda ingat.

• Jangan sesekali anda menukar tarikh untuk jam mekanikal, terdapat zon waktu yang disebut zon waktu yang dilarang dalam operasi kalendar.

Gear yang terletak di dalam pergerakan akan berubah mengikut keadaan, merubah paparan tarikh selama 8 jam, dari 8 malam hingga 4 pagi. Sekiranya anda memutar ‘crown’ dan mengubah tarikh dan waktu dalam masa yang sama, gear tersebut akan berubah. Kerosakan besar akan terjadi disebabkan masalah yang timbul seperti gear di dalam mekanikal pecah sedikit atau menyerpih. Semua ini adalah bergantung kepada jenis model sesuatu jam itu.

• Elak meletak jam tangan anda berdekatan dengan barangan yang boleh menghasilkan daya tarikan atau dalam kata lain magnet. Contohnya termasuk komputer, telefon bimbit, bekas atau bag yang mempunyai magnet. Adalah perlu diingatkan bahawa jam jenis ‘self winding’ ini lemah terhadap pengaruh masa yang kuat. Hal ini boleh menyebabkan penghentian atau perbezaan masa. Pembuangan daya tarikan ini boleh menelan kos yang agak tinggi. Fenomena ini disebut sebagai “magnet pita”.

• Bergantung kepada jumlah pergerakan, mekanisme ‘hand winding’ turut digunakan.

Bagi mereka yang telah menggunakan jam untuk satu tempoh yang agak lama, atau tidak mengaplikasikan pergerakan yang maksimum, sekiranya si pemakai hanya bergantung kepada “Pusingan Otomatis”, pegas utama atau spring utama boleh rosak. Hal ini akan menyebabkan masa terhenti atau lari dari waktu yang sebenar. Namun, jika ‘crown’ diputarkan secara berlebihan, fungsi slip yang melindungi pegas utama berkemungkinan habis atau jangka hayatnya rendah.

• Elak daripada memakai jam tangan dalam melakukan aktiviti sukan yang ekstrem.

Sesetengah orang keliru, mereka beranggapan bahawa pegas utama bergerak secara otomatis apabila terdapat pergerakan digunakan. Maka dengan itu, mereka percaya dengan melakukan aktiviti senama yang kuat atau berlebihan, mampu meningkatkan pergerakan pegas utama. Sekiranya spring utama ini berputar berlebihan, paksi jarum boleh pecah dan yang asal boleh hilang.

• Kronograf dikendalikan dengan betul dan teratur. Kronograf merupakan satu fungsi seperti jam randik yang mengukur masa. Butang akan ditekan mengikut urutan.

Mula → Berhenti → Tetapan Semula

Sekiranya terdapat kesilapan dalam proses ini, ia akan memberi impak yang besar terhadap mekanisme jam. Si pemakai perlulah berhati-hati.

Langkah berjaga-jaga dalam pengendalian jam tangan “Manual”

Jenis jam tangan manual ini turut dikenali sebagai jenis pegas utama. Kerana jenis ini adalah antara yang terawal dalam sejarah berbanding dengan jenis-jenis jam lain. Jika anda melampirkan jam ini seperti pusingan otomatis, pegas utama tidak akan diputar secara otomatis. Pada asasnya, terdapat banyak perkara lazim yang sama dengan “pusingan otomatis”. Jadi saya mengesyorkan hanya pada bahagian lain.

• Jangan sesekali terlebih pusing selepas ‘menghentikan pusingan mekanikal’.

Jam tangan ‘self-winding’ juga mempunyai ‘crown’ jadi ia boleh digunakan dalam gabungan Pusingan Otomatis. Tetapi terdapat perbezaan besar dalam kes pusingan secara manual ini iaitu ia tidak mempunya “fungsi slip”. Terdapat banyak kes yang terjadi dimana pengguna memusing secara paksaan dan akhirnya pegas utama rosak. ‘Crown’ tidak akan terus rosak tetapi lama-kelamaan akan terjadi “rolling-up” atau tidak boleh dipusingkan lagi.

Langkah berjaga-jaga dalam mengendalikan jam “Bateri @ Quartz”

Jam “Quartz” turut dikenali sebagai jam jenis bateri. Jam jenis ini digunakan secara meluas dalam industri jam tangan mewah sejak tahun 1970 an. Jam jenis ini boleh dibezakan dengan jam jenis lain dengan kewujudan atau tidak ada ‘crown’ ataupun fungsi-fungsi mekanikal lain. Perbezaan utama yang boleh dilihat adalah pada jarum saat alih itu sendiri. Sekiranya jarum saat alih bergerak mengikut setiap satu saat, ia menunjukkan jam itu adalah jenis bateri. Sebaliknya juga jika jarum saat alih bergerak dengan lancar, ia merupakan jam otomatis. Jam bateri juga menghasilkan bunyi yang kuat.

• Penggantian bateri yang kerap.

Sekiranya bateri jam mati atau semakin lemah, ini akan sedikit sebanyak menggangu kepada ketepatan masa samaada ia terus terhenti atau ia akan bergerak sedikit lambat daripada waktu yang sebenar. Untuk bateri yang telah lama mati tidak berfungsi, jika dibiarkan lama, alkali daripada bateri itu berkemungkinan untuk bocor sekaligus merosakkan mekanisme jam tersebut.

• Diingatkan bahawa fungsi kronograf menggunakan bateri yang banyak.

Fungsi jam randik menggunakan jumlah bateri yang banyak. Semakin kerap anda menggunakan fungsi jam randik ini, semakin cepat penggunaan bateri tersebut.

• Berhati-hati dengan fungsi daya tarikan atau magnet.

Hal ini merupakan perkara lazim bagi pegas utama jam. Adalah lebih baik dijauhkan daripada komputer, komputer riba dan macam lagi yang turut mempunyai daya tarikan magnet.

Satu kemestian apabila anda membeli jam tangan mahupun jam tangan berjenama ataupun biasa, ia akan disertakan sekali dengan buku panduan dan bermacam lagi seperti kad jaminan. Selain daripada itu, cara pengendalian turut disenaraikan walaubagaimana ia penting dalam pengendalian mekanisme yang baik.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat membantu dalam proses anda mengendali jam tangan. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk pembacaan.

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!