業界最大級の高価買取!

Bagus atau tidak emas anda bergantung kepada tahap ketulenan emas. | JEWEL CAFÉ Malaysia

Jenis emas

Kebiasaannya jika ditanya mengenai emas, pasti ramai yang menjawab jenis emas seperti 18K, 22K dan 24K. Hal ini kerana jenis emas seperti ini yang biasa di jual di kedai emas. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat jenis emas yang lain selain daripada 18K, 22K dan juga 24K. Ia adalah 9K, 10K, 14K, dan 20K. Ketulenan emas dibahagi kepada 24 pecahan, dan semakin tinggi bilangannya, semakin tinggi ketulenannya. Secara khusus, emas 24K bermaksud ia mengandungi 24/24 emas di dalamnya, mewakili emas tulen, yang merupakan emas 100%. Sebaliknya, 18K emas mengandungi emas pada kadar 18/24, jadi peratusan emas adalah 75%. Selebihnya terbuat dari logam seperti perak atau tembaga, menurut peratusannya, akan ada perbezaan kekerasan dan warna. Ramai orang berfikir bahawa semakin tinggi ketulenan emas, semakin baik. Tetapi lebih baik jika tidak menggunakan emas 24K pada barang tertentu.

Lebih baik jika ketulenan emas tidak terlalu tinggi.

Ketulenan emas juga mempengaruhi kekerasan barangan emas tersebut. Jadi ia bergantung kepada jenis dan reka bentuk barangan emas. Mungkin lebih baik tidak terlalu tinggi. Sebagai contoh, emas dengan ketulenan tinggi 24K terlalu lembut dan tidak sesuai untuk memproses barang kemas dengan reka bentuk yang kompleks. Hal ini kerana ia akan mudah tergores apabila digunakan secara praktikal kerana ia bersifat lembut. Kebiasaannya barang kemas dibuat dengan campuran emas lain. Perkara ini bergantung kepada pemilihan sesebuah negara.

Keutamaan ketulenan emas berbeza bagi setiap negara

Di Jepun, masih ramai yang memakai aksesori sewaktu mengadakan majlis khas. Maka emas 18K lebih disukai kerana majlis khas hanya sekali sekala sahaja. Sebaliknya, negara-negara barat, perhiasan dan aksesori dipakai dengan baik, emas dengan ketulenan rendah seperti emas 9K, emas 10K, emas 14K, sering dipilih terutama barang kemas yang mempunyai batu. Walaubagaimanapun, barang emas seperti syiling emas dan jongkong lebih diberi keutamaan kerana ia mempunyai nilai yang lebih tinggi. Di mana-mana negara dengan ketulenan emas yang lebih tinggi akan menjadi keutamaan. Sementara untuk koleksi dan aset, ketulenan yang lebih tinggi akan menjadi lebih penting di mana pemakaianya tidak dipersoalkan.

Jewel Café menyediakan khidmat pernilaian percuma untuk emas anda

Jika anda ingin tahu mengenai ketulenan emas anda, anda boleh berkunjung ke Jewel Café. Hal ini kerana kami menyediakan khidmat pernilaian percuma. Dengan ini anda dapat tahu ketulenan emas anda dan harga mengikut harga pasaran emas semasa.

To learn more about the Key-Terms when buying with Jewel Cafe
Click
Here
Play Now With A Chance To Win Up To 10% Purchase Price Up Coupon
Seasonal Limited Roulette!
page top
page top