Bagaimanakah cara untuk menyemak ketulenan untuk emas kuning atau emas K? Jelaskan kaedah mengenalpasti, pengiraan dan penilaian ketulenan emas secara terperinci! | JEWEL CAFÉ Malaysia

業界最大級の高価買取!

Bagaimanakah cara untuk menyemak ketulenan untuk emas kuning atau emas K? Jelaskan kaedah mengenalpasti, pengiraan dan penilaian ketulenan emas secara terperinci! | JEWEL CAFÉ Malaysia

Sejak zaman dahulu lagi, emas telah menjadi pilihan ramai diserata dunia sebagai barangan perhiasan dan aset. Namun begitu, selain menjadi bahan yang terkenal, hanya segelintir sahaja yang memahami perbezaan diantara maksud ukiran dan ketulenannya.

Nilai emas bergantung kepada “Ketulenannya”.

Kami akan memberikan informasi mengenai “ketulenan” yang akan menentukan standard harga emas dari sudut yang berbeza, dan bagaimana untuk memeriksa sendiri ketulenan emas” sebagai rujukan anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan “K” di dalam “Koo”?. Penerangan mengenai unit emas dan cara- cara mengenalpasti

Adakah anda pernah melihat ukiran “K24” atau “K18” sebagai penanda emas pada barangan emas? “K” di dalam perkataan “Koo” merujuk kepada kata singkatan “karat” atau dikenali sebagai symbol “Koo” yang bermaksud “ketulenan emas” yang digunakan di dalam produk tersebut.

Apakah itu “ketulenan emas”?

“Ketulenan emas” merujuk kepada kandungan emas. Maksudnya, “apakah peratusan emas(emas tulen) yang terkandung di dalam produk tersebut”. Sebenarnya, banyak produk emas tidak diperbuat daripada “emas tulen”. Jika ia diperbuat hanya menggunakan emas tulen, ia adalah emas tulen, tetapi kebanyakan barangan kemas dan barangan perhiasan diperbuat daripada emas tulen dan logam lain.

Ketulenan emas ditentukan pada kadar 24 mata

Jepun menggunakan pengkadaran 24-mata bagi merujuk kepada ketulenan emas. Dengan kata lain, 100% emas tulen (emas tulen) = K24 (emas 24). (Sebenarnya, di Jepun, 99.99% atau ketunenan yang lebih tinggi dilabel sebagai K24). Setiap peningkatan 1k-K, ketulenan emas akan meningkat sebanyak 4.17%. Jika ianya ilah K18, kandungan emas tulen boleh mencapai 75%.

Nota 1 – Perbezaan di antara “ Emas K (karat)” dan Carat”

Ejaan bagi “karat” dan “carat” yang digunakan untuk batu permata adalah berbeza, ianya jauh berbeza dari segi unit. “ Karat” bagi emas bermaksud “ketulenan”, “carat” bagi batu permata bermaksud “berat”. Dikatakan, di Jepun ketulenan emas dinyatakan sebagai “emas 18” untuk mengelakkan salah faham dengan penggunakan “carat” bagi batu permata.

NNota 2 – Mengenai “ kadar 24 mata” dan “kadar 1000 mata”

Mengapakah penggunaan “24 mata” mewakili kepada ketulenan emas? Terdapat perbezaan pendapat mengenai hal ini. Dikatakan, disebabkan kacang belalang mempunyai 24 bahagian yang sama, 24 bahagian ini digunapakai sebagai unit perdagangan emas pada zaman dahulu, dan ditetapkan sebagai unit emas tulen. Ada juga berpendapat, terdapat 24 jam dalam satu hari, dan menggunakan kadar 24-mata sebagai unit asas, unit ini masih digunakan sehingga sekarang. Selepas manusia mula menggunakan emas, konsep yang dikenali sebagai 100 mata mula muncul. Disebabkan oleh kemunculan kadar 100-mata ini, sama seperti Platinum dan Perak “Pt900” dan “Silver925”, kadar 1000-mata yang lebih tepat digunakan. Jika 1000 mata digunakan untuk emas, K24 ditandakan sebagai 999.9. Kaedah ini kebiasaanya digunakan untuk ingot (jongkong emas).

Tujuan pencampuran emas dengan logam lain

Semakin tinggi ketulenan, semakin tinggi nilai dan kecantikan luaran. Akan tetapi mengapa barangan kemas menggunakan aloi yang bercampur dengan logam lain? Sebenarnya, emas tulen mempunyai kekurangan dari segi tekstur yang lembut, ketahanan haba, perubahan bentuk dan kerosakkan. Sebaliknya, disebabkan sifatnya yang mudah bercampur dengan logam lain, ia boleh dibuat menjadi campuran aloi. Ini bagi menebus kekurangan emas tulen. Selain itu, ia juga mempunyai kelebihan mengubah jenis dan kadar campuran logam untuk membuat emas warna rose gold dan platinum berbeza. Seterusnya kami akan memperkenalkan nisbah bagi pencampuran emas tulen dan campuran emas (YG), emas rose gold (PG), dan platinum (WG), yang paling sering dijumpai dalam perhiasan, sebagai rujukan.

YG | bagi emas K18 | (75.00: 15.00: 10.00%)
PG | bagi emas K18 | (75.00: 10.00: 15.00%)
WG | bagi emasK14 | (58.33: 41.67: 0.00%)

* Nombor di () menunjukkan nisbah bagi emas tulen: perak tulen: tembaga tulen
* Berikut adalah nilai umum sahaja, nisbah yang lebih tepat akan berbeza bergantung pada produk

Secara kebetulan, platinum, yang sering dikelirukan dengan platinum, adalah aloi dari campuran emas tulen, perak, nikel, dan paladium. Sebenarnya, kedua-duanya jauh berbeza.

Adakah ia akan berbeza dari segi ketulenan? Kegunaan dan ciri-ciri

Kebanyyakkan barangan emas di pasaran adalah salah satu dari lima jenis: K24, K22, K18, K14, dan K10. Berikut adalah pengenalan bagi nisbah emas tulen, ciri-ciri dan kegunaannya.

K24 ・ 24 EMAS (EMAS TULEN 99.99% ~100%)

Emas tidak akan karat atau berubah warna kerana kandungan emas tulen adalah hampir 100% dan ia boleh mengekalkan kilauannya selama-lamanya. Walaubagaimanapun, oleh kerana sifatnya yang lembut, ia tidak sesuai untuk digunakan untuk barang kemas, dan ini sering diproses untuk menjadi produk nilai aset seperti jongkong emas atau syiling emas. Daun emas yang sering dianggap emas tulen sebenarnya sering kali K23 yang mengandungi 4.90% perak tulen dan 0.66% tembaga tulen.

K22 ・ 22 EMAS (EMAS TULEN 91.7% : CAMPURAN 8.3% )

Sering kali ketulenan seperti ini jarang didengari tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah bermula menarik perhatian dan digunakan terumatanya dalam pembuatan barang kemas. Walaupun ia lebih keras dari K24, ia masih mempunyai kelembutan dan mudah rosak disebabkan oleh kandungan emas yang tinggi, jadi berhati-hati semasa memakainya. Di negara Asia di luar Jepun, mereka lebih memilih emas yang lebih gelap, jadi barang kemas K22 yang warna dan kecerahan menyamai emas tulen agak terkenal.

K18 ・ 18 EMAS (EMAS TULEN 75% : CAMPURAN 25% )

Walaupun ketulenan K18 kekal tinggi, ia masih senang diproses dengan kekerasan yang bersesuaian, ia sangat sesuai digunakan untuk barang kemas. Malah pilihan warna seperti rose gold dan platinum juga sangat menarik. Selain daripada barang kemas, ia juga digunakan untuk pelbagai tujuan seperti jam, pemetik api, kamera dan juga sarung telefon pintar.

K14・ 14 EMAS (EMAS TULEN 58.5% : CAMPURAN 41.5% )

Kelebihan dari segi daya tahan dapat dinaikkan dengan menaikkan nisbah campuran, walaubagaimanapun, ketulenan emas akan berkurangan, jadi kilauan akan merosot dan risiko perubahan warna akan lebih tinggi. Namun begitu, kekurangan emas tulen yang digunakan menyebabkannya menjadi lebih murah dan itu menjadi satu tarikkan, jadi ia diproses menjadi pelbagai produk seperti barang kemas dan pen.

K10・ 10 EMAS (EMAS TULEN 42% : CAMPURAN 58% )

Emas K10 telah diperkenalkan di beberapa tahun kebelakangan ini oleh kerana kanaikkan harga emas. Kadar campurannya lebih tinggi dari emas tulen jadi kecerahannya tidak sebaik emas yang dinyatakan diatas, and mempunyai kebarangkalian untuk berkarat. Tetapi ia mudah diproses dan lebih murah, jadi ia menarik perhatian ramai di pasaran. Kebanyakkannya adalah diproses sebagai barang kemas. Oleh kerana ketulenan emas lebih rendah, risiko bagi yang mempunyai kulit sensitif mendapat alahan kepada barangan logam akan lebih tinggi. Jika anda risau tentang alahan, disarankan anda memilih barangan K18 atau yang lebih tinggi ketulenannya apabila membeli barang kemas.

Cara mudah untuk memeriksa ketulenan emas

Adakah cara untuk memeriksa ketulenan emas? Jika anda seorang pengendali industry, anda boleh menggunakan penganalisa x-ray untuk mengesahan. Walau bagaimanapun, kosnya mahal dan tidak mudah untuk individu membelinya. Oleh itu, cara yang paling sesuai ialah dengan memberikan kepercayaan kepada yang pakar untuk menilai. Disamping itu, berikut adalah tiga kaedah mudah untuk mengukur ketulenan emas yang boleh digunakan sebagai rujukan. Terpulang kepada anda untuk mencubanya sendiri atau membacanya berdasarkan pengetahuan atau rasa ingin tahu, dsila gunakan peluang ini dengan baik untuk mempelajari cara-cara bagi menentukan ketulenan emas.

Langkah 1, pastikan berat dan tekstur emas tersebut – Pertama, fahami tentang sifat emas

TKaedah ini bukan digunakan untuk menyiasat ketulenan, tetapi untuk menyiasat “palsu atau asli meas tersebut”. Pertama sekali, biar saya jelaskan bagaimana untuk memahami sifat emas.
Kaedah
Berdasarkan sifat “emas adalah berat, senang panas dan sejuk”, penilaian dapat dibuat hanya dengan menggunakan sentuhan tangan. Sifat untuk ketulenan emas yang tinggi ialah ianya berat dan lebih berat berbanding dengan ukuran luaran. Selain itu, terdapat juga rasa sejuk apabila menyentuhnya, akan tetapi atas sifatnya yang tinggi konduksi haba, ia akan segera dihangatkan oleh suhu badan.

Kekurangan
• Memerlukan pengalaman yang banyak bagi merasanya dengan betul
• Kaedah ini tidak dapat dilakukan pada emas palsu

Langkah 2, masukkan dalam air bagi mengukur graviti spesifik, cara kuno sebelum era

Terdapat juga kaedah bagi memastikan ketulenan emas dari graviti spesifik dengan menggunakan ciri-ciri ‘berat emas’. Kaedah ini sangat popular pada zaman Archimedes sebelum Era. Graviti sepsifik bermaksud apabila berat air adalah 1, guna isi padu yang sama (1cm3) objek untuk nyatakan beratnya. Apabila air adalah 1, graviti spesifik bagi emas tulen K24 adalah 19.13-19.51 (lebih kurang 20 kali ganda air); K18 pula adalah 14.84-16.12 (lebih kurang 15 kali ganda air), ini menunjukkan keberatan emas tersebut. Jadi bagaimana pula graviti spesifiknya diukur? Walaupun ia boleh diukur dengan mudah menggunakan hydrometer yang profesional, hydrometer tersebut berharga lebih 100,000 yen. Jadi berikut adalah penjelasan bagi kaedah yang mudah untuk mengukur graviti spesifik menggunakan penimbang yang boleh dibeli dengan beberapa ribu yen sahaja. (Sila gunakan 0.1 gram sebagai unit pengukuran, dengan ‘fungsi 0’ yang boleh menolak berat bekas yang digunakan) Berikut adalah contoh produk emas yang ditanda K18.

Kaedah Pemeriksaan
1. Pertama sekali, timbang berat produk emas yang disemak. (adaikan nilai ianya A).
2. Seterusnya, letak bekas yang diisi air (digalakkan mengguna bekas yang ringan) pada penimbang elektronik dan tekan ‘fungsi kembali 0’.
3. Letakkan produk emas di dalam air dan dapatkan bacaan (andaikan nilainya ialah B). Air adalah 1cm3=1g, jadi nilai B menjadi isi padu produk emas tersebut.
4. B bahagi A = kadar semakkan produk (andaikan nilai ialah C). Graviti spesifik K18 ialah 14.84-16.12. Selagi nilai C adalah antara ukuran ini, kebarangkalian produk yang ditanda K18 ialah seperti ditandakan adalah tinggi.

Kaedah ini harus diberi perhatian, seperti yang di sebut di atas, produk gold yang dikira hendaklah tenggelam sepenuhnya di dalam air dan pada keadaan tergantung. Selain tidak terdedah kepada permukaan air, ia juga tidak seharusnya bersandar pada bahagian bawah dan sisi bekas. Oleh itu, jika ia adalah cincin, hendaklah digantung pada wayar, jika ianya adalah rantai, jaring hendaklah disediakan. Dalam keadaan ini, sama ada bekas atau peralatan yang telah berisi air, hendaklah menunjukkan bacaan kosong dalam sebarang kedudukan. Akan tetapi kaedah ini juga mempunyai kekurangan.

Kekuranganya adalah
• Adalah mustahil untuk mengukur produk yang mempunyai pelbagai bentuk seperti berlubang ditengah dan tiada ruang untuk pengaliran air dan reka bentuk produk barangan kemas.
• Apabila emas tiruan yang diperbuat daripada logam yang mempunyai graviti spesifik yang hampir sama dengan emas seperti “tungsten” digunakan, nilai yang diukur hampir sama dengan nilai emas sebenar.

Langkah 3, Kenal pasti dengan menggunakan batu sentuh – kaedah mengenalpasti yang digunakan sejak zaman Edo

Perkara terakhir yang kami ingin terangkan ialah kaedah dengan menggunakan batu sentuh, yang telah digunakan sejak zaman Edo, dan kaedah lama yang diginakan untuk mengenalpasti adalah dengan menggunakan batu hitam yang dikenal sebagai “Batu Hitam Nachi” sebagai batu sentuh.

Cara-caranya
Gosok produk emas yang dikaji pada batu hitam, kemudian perhatikan warna, kedalaman dan keadaan baki emas yang dikikis pada permukaan batu sentuh untuk menilai ketulenannya. Jika ianya adalah emas tulen, ia akan menunjukkan warna oren pekat, pembentukan warna gelap yang hampir dengan warna kuning terang, warna oren tersebut akan pudar menjadi rona terang apabila ketulenannya berkurangan. Jika ketulenan turun K14 ke K10 atau lebih, kandungan tembaga akan meningkat dan warna menjadi lebih gelap. Walaubagaimanapun, ia agak sukar untuk menilai dari segi warna, melainkan anda mempunyai banyak pengalaman. Sebagai objek perbandingan, disarankan untuk memilih “ujian jongkong emas” bagi memastikan warna keemasan mengikut ketulenan sebagai rujukan. Bagi yang berminat, batu hitam bersaiz kecil boleh dibeli dengan harga beberapa ribu yen sahaja.

Kekurangan
• Kaedah ini akan merosakkan barang, dengan calaran pada permukaan dan kebarangkalian boleh merosakkan barangan emas.
• Amatur sukar untuk membezakan warna untuk menentukan ketulenan.

Penutup

Nilai sesuatu emas bergantung kepada “ketulenannya”. Kepada sesiapa yang menganggap emas sebagai aset atau ingin membeli barangan emas, pengetahuan tentang ketulenan ini akan sangat membantu Ketika membuat pembelian.

To learn more about the Key-Terms when buying with Jewel Cafe
Click
Here
Play Now With A Chance To Win Up To 10% Purchase Price Up Coupon
Seasonal Limited Roulette!
page top
page top