Sejarah emas yang menarik | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date Updated: August 18, 2022

Sejarah emas yang menarik | JEWEL CAFÉ Malaysia


women

Apa yang kita bincangkan hari ini?


women

Ia emas! Satu-satunya logam yang berwarna kuning atau 'emas'. Apa lagi yang anda tahu tentang emas?


women

Saya tahu emas unsur ialah 24 karat, manakala emas 18 karat ialah 75 peratus emas tulen, emas 14 karat ialah 58.5 peratus emas tulen, dan emas 10 karat ialah 41.7 peratus emas tulen.


women

Cukup banyak ilmu yang anda ada tentang emas. Sila baca artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut!


Proses Metamorfisme tidak berlaku ke atas emas

Emas, tidak seperti logam yang lain, tidak perlu menjalani proses penulenan. Ini adalah kerana emas wujud dalam bentuk tunggal secara semula jadi. Jika di bandingkan dengan logam yang lain, emas dapat dikategorikan sebagai antara logam yang terawal yang digun pakai. Terdapat juga kajian yang berpendapat bahawa logam ini juga mempunyai perkaitan rapat dengan ‘unsur keabadian’ memandangkan ia tidak berubah sifat selama bertahun-tahun lamanya.

Kemunculan emas

Emas telah dijumpai dan digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Syiling emas telah mula digunakan sejak abad ke 6 and ke 7 sebelum masihi, namun begitu kewujudan emas kemudian dikesan dalam sejarah Jepun pada tahun 57 Masihi. Dikatakan semasa negara China digelar sebagai Han, emas dengan cop “Raja Han” atau dikenali sebagai “ Raja Na” telah diperkenalkan di Jepun sebagai emas pertama dalam sejarah negara Jepun.

Permulaan perlombongan emas

Selama beratus tahun, emas tidak dilombong di Jepun malah hanya bergantung kepada import sahaja. Walau bagaimanapun, pada tahun 749 penemuan emas di bandar yang kini dikenali sebagai Kasuya di wilayah Miyagi telah menjadi titik permulaan pengumpulan emas di Jepun. Penggunaan emas dalam barangan mewah seperti bangunan dan patung buddha telah dibina satu demi satu. Salah satu patung yang sangat dikenali ialah Kuil Buddha Agung Todaiji di Nara. Direkodkan bahawa Maharaja Shomu telah menggunakan 150 kilogram emas untuk membinanya. Selain itu, Kuil Kinkaku-ji di Kyoto atau juga dikenali sebagai ‘Bangunan Emas’ menjadi tarikan ramai pelancong dengan seni bina dinding luaran yang berkilau dan dihiasi dengan daun-daun emas. Jepun telah menggunakan emas import bertahun lamanya. Akan tetapi setelah negara Jepun dapat memperolehinya sendiri, Jepun pula mula mengeksport emas ke negara-negara yang lain. Oleh ini, Jepun telah berjaya mengukuhkan kekuatan ekonominya, dan juga meneguhkan kuasa kenegaraannya. Dikatakan di dalam ‘Perjalanan Marco Polo’, kejayaan Jepun ini telah dinobat ‘Jipang Negara Emas’.

Penggunaan emas dalam barangan harian

Kini emas digunakan di dalam kehidupan seharian kita. Bukan sekadar barang perhiasan, emas juga telah diguna pakai di dalam industry pembuatan dan perubatan. Ia juga didapati di dalam barangan harianseperti infrastuktur elektrik telefon bimbit. Emas adalah bersifat lembut dan senang diproses, ini adalah kerana kecekapannya untuk menyalurkan haba dan elektrik. Ia juga sesuai untuk diproses sebagai bahagian-bahagian kecil. Penghargaan telah diberikan dari pelbagai pihak kerana ia dapat mengekalkan keistimewaan dan kelangkaannya.


women

Saya mengetahui lebih banyak fakta menarik di sini.


women

Ya, itu benar, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang fakta barangan mewah lain di sini


women

Oh ok! Terima kasih banyak-banyak.


women

Sama-sama


For expensive purchase of Gold items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!