Apa yang perlu dilakukan sebelum datang ke kedai kitar semula? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: February 22, 2021

Apa yang perlu dilakukan sebelum datang ke kedai kitar semula? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan harga yang tinggi apabila anda ingin menjual barangan berharga anda?

Sekiranya anda tidak mahu barang anda diturunkan harga semasa penilaian, apa yang harus anda lakukan sebelum datang ke kedai?

Pertama sekali, anda mesti memahami susut nilai pasaran bagi barangan terpakai berjenama yang dibeli. Sebilangan besar kedai kitar semula akan menumpukan pada nilai jenama mengikut pasaran semasa. Pada masa yang sama, mereka akan mengenal pasti keadaan barang tersebut dengan teliti dan menentukan harga kitar semula. Sekiranya anda ingin menjual dengan harga yang tinggi, anda harus mengurangkan sebarang kerosakan dan noda pada barang anda.

Penjagaan beg tangan berjenama

Apabila beg tangan harian tidak digunakan, kebanyakan orang berpendapat bahawa hanya perlu membersihkan kotoran di dalam atau pada beg tangan, akan tetapi mereka tidak meletakkan sebarang sokongan di dalam beg tangan tersebut dan ini menyebabkan beg tersebut akan mudah kehilangan bentuk asalnya. Jadi, untuk situasi begini anda hanya perlu menggumpalkan kertas putih atau menggunakan plastik yang berisi udara dan masukkan ke dalam beg tangan untuk mengelakkan beg tangan itu menjadi rosak.

Selain itu, bagi beg tangan kulit, perlu dielakkan dari terdedah kepada cuaca lembap dan basah. Elakkan juga terkena air kerana ia akan mudah menyebabkan perubahan warna pada kulit. Oleh itu, elakkan menggunakan beg tangan kulit pada hari hujan. Terdapat juga beberapa penyembur kalis air khusus untuk kulit di pasaran yang dapat membantu dalam penjagaan kalis air untuk beg tangan.

Beg tangan yang dibeli biasanya disertakan dengan beg penyimpanan, dan beg tangan mesti dimasukkan ke dalam beg penyimpanan untuk perlindungan yang lebih baik. Sekiranya beg tangan tidak digunakan, lebih baik dimasukkan ke dalam beg penyimpanan, serta tambahkan produk kalis air dan letakkan manik kalis kelembapan di dalam beg tangan untuk mengelakkan kelembapan.

Bagi dompet pula, ianya disimpan dengan cara yang serupa dengan beg tangan. Berbeza pula dengan dompet kulit. Sekiranya tidak digunakan untuk waktu yang lama, ia mungkin akan menggelupas kerana kulit saling menempel, dan bahkan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Dalam kes ini, ia akan memberi kesan besar pada harga sekiranya anda ingin menjual dompet tersebut.

Penjagaan Jam Tangan Mewah

Kotoran dan calar pada jam tangan adalah fokus bagi penilaian harga. Tetapi ini sukar untuk dielakkan. Jadi apa yang dapat kita lakukan adalah dengan menjaga kebersihan dan membersihkan kotoran sebanyak mungkin.

Untuk bahagian kaca jam tangan, anda boleh menggunakan kapas lembut untuk membersihkan kotoran dan debu, dan kotoran dan debu juga akan mudah terkumpul pada jahitan tali jam, jadi disarankan untuk menggunakan kapas yang sangat nipis untuk pembersihan.

Bahan tali yang berbeza, penjagaan juga berbeza. Pembelian tali logam berharga selalunya akan disertakan juga dengan kain pengelap logam yang biasanya dikenal sebagai kain pengelap emas, dan kotoran dapat dengan mudah terkumpul di bahagian penyambungan tali. Pada masa yang sama, lebih baik gunakan kapas yang sangat nipis untuk membersihkannya, tetapi memakan masa, maka anda boleh menggunakan berus berbulu lembut untuk membersihkan tali dan jahitan dengan lembut, kemudian bilas dengan air dan lap dengan kain hingga kering. Sebaliknya, tali kulit boleh dilap dengan kapas.

Semasa penilaian jam tangan, kedai kitar semula akan menilai keadaan jam tangan bergantung pada sama ada anda melakukan penjagaan harian, yang juga akan mempengaruhi harga penilaian.

Penjagaan harian juga penting sama ada jam tangan itu akan dijual atau tidak.

Sekiranya anda mahu jam tangan mewah anda dijual dengan harga yang tinggi, anda mesti memastikan jam tangan itu seniasa bersih dan menggunakannya dengan berhati-hati dan menyimpannya dengan baik. Semua orang boleh mencuba kaedah ini!

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!