Fakta menarik mengenai batu kelahiran November “Topaz”! | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: March 8, 2021

Fakta menarik mengenai batu kelahiran November “Topaz”! | JEWEL CAFÉ Malaysia

Simbol Topaz : Intuisi, kegembiraan, persaudaraan, kepintaran, kesejahteraan, polos, harapan, bersosial, fleksibel

Topaz adalah permata jenis apa?

Topaz, mempunyai warna oren-kuning telus yang cantik, lebih kurang sherry. Ianya juga mewakili batu permata berwarna kuning, dan disebabkan itu juga, perhiasan dengan warna kuning sering diberi gelaran “Topaz”.

Selain warna kuning, Topaz sebenarnya mempunyai pelbagai warna lain seperti putih, biru, merah jambu dan coklat. Topaz bersinar dengan begitu indah, berkilat dan kelihatan cantik sehinggakan sukar untuk membezakannya dengan belian, iaitu raja segala permata, bergantung pada potongannya.

Apa itu Topaz Biru?

Di dalam topaz, ada “topaz biru” yang berwarna biru kelihatan seperti tasik yang jernih. Secantik aquamarine, yang mewakili perhiasan biru muda! Walaubagaimanapun, jika ia terdedah kepada sinaran cahaya matahari, ia akan menjadi pudar, jadi anda perlu berhati-hati sekiranya itu terjadi.

Apa itu Imperial Topaz?

Diantara topaz berwarna kuning, jenis ini adalah oren yang unik, yang disebut sebagai “Imperial Topaz”. Topaz ini adalah istimewa kerana warnanya pada posisi yang paling tinggi dan anggun berbeza dengan yang lain.

Sejarah Topaz

Berdasarkan satu teori, nama “Topaz” berasal dari nama pulau tempat dimana ia dihasilkan. Namun, ternyata bukan Topaz tetapi sebenarnya pulau Peridot. Dengan kata lain, pada zaman dahulu, “peridot” disebut “topaz”! Ini adalah kisah misteri yang kekal menjadi misteri.

Simbol topaz dan manfaatnya?

Topaz melambangkan persaudaraan, harapan, polos, dan kesejahteraan. Batu permata yang menghubungkan tujuan dan petunjuk ke arah yang baik. Ia dikatakan dapat menolong anda yang mempunyai matlamat, impian yang ingin dicapai, atau ketika anda mengusahakan suatu perkara yang baru . Ia juga mewakili persaudaraan serta memberi tuah yang baik dalam perkahwinan dan menyerlahkan perasaan romantik. Permata ini yang dikatakan membina hubungan baik dan mewujudkan cinta dan persahabatan sejati.

Apakah cara yang disarankan untuk memakainya?

Warna topaz sherry bersifat dalam menjadikan anda tenang walaupun sedang gundah. Anda akan kelihatan terserlah anggun ketika memakainya barangan diperbuat daripada topaz seperti rantai atau kerongsang bersama pakaian yang cantik dan akan lebih bergaya. Topaz biru dan putih mempunyai sifat sejuk juga sesuai dengan pakaian yang bergaya dengan sinaran cahaya matahari semula jadi. Sebagai penambah citarasa, pemakaian cincin dan anting-anting juga menyerlahkan lagi keanggunan seseorang!

Makna disebalik batu kelahiran November

Citrine mempunyai dua batu kelahiran pada bulan November. Kedua-duanya mempunyai warna kuning yang sangat cantik, jadi perhiasan itu sesuai ketika musim luruh! Sudah tentu, topaz biru dan topaz putih digelar sebagai batu kelahiran untuk bulan November juga. Walau bagaimanapun, ciri-ciri yang sensitif terhadap cahaya matahari adalah sama. Semasa menyimpannya, berhati-hatilah agar tidak terkena cahaya. Topaz biru sangat pudar, jadi kami mengesyorkan menggunakannya di dalam rumah sahaja jika boleh.

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!