AEON AU2 Setiawangsa Shopping Centre blog

Cara- cara untuk mengetahui Jam G-Shock Tulen atau Tiruan

February 17, 2021

Selamat pagi pelanggan yang dihormati 🙂

Semoga anda sentiasa di dalam keadaan sihat and sila patuhi arahan mengikut SOP yang ditetapkan.

.

Informasi untuk mengetahui Jam tangan G – Shock Tulen atau Tiruan!

.

Peminat jam tangan Casio G-Shock di Malaysia semakin bertambah dan mempunyai bilangan yang sangat ramai hingga ke hari ini.

.

Di Facebook sahaja, ada ratusan Group G-Shock Malaysia dan pelbagai laman web yang menjual produk jam tangan Casio G-Shock dari Jepun ini.

.

Namun, macamana nak tahu perbezaan Jam G-Shock tulen atau tiruan?

.

Ciri- ciri jam G-Shock Tulen atau Tiruan.

.

Design dan kualiti pembuatan.

.

Dari aspek design, lihat segala design yang ada. Kebiasaannya ‘manufacturing defect’ untuk meniru boleh nampak. Bukan senang nak tiru original 100%.

.

G-Shock tiruan biasanya terlalu tajam atau terlalu bulat di tempat tertentu dan design dia dibuat kurang terperinci.

.

.

G-Shock Original vs Tiruan
LIHAT PERBEZAAN BULATAN KECIL JAM TANGAN G SHOCK DI ATAS.

Contoh, ada jam tangan boleh dilihat dengan jarak dekat, anda boleh dapati perbezaan dari segi tulisan, saiz dan kesempurnaan yg amat berbeza.

Contoh yang lain anda boleh dapati perbezaan pada jarum jam, tali jam, warna dan butang pada jam tangan tersebet serta lain lain.

.

Material (Resin).

.

.

Resin tiruan biasanya berkilat dan nampak murah. Keadaan dia agak pudar dan apabila mula dilihat tiada sebarang tarikan. Lembut dipegang pada kali pertama.

.

G-Shock Original & Tiruan
DENGAN PADA WARNA JUGA BOLEH DAPAT DIBEZAKAN YANG ORI DAN TIRUAN.

.

.Material (Resin)

LCD Layout.

.

G-Shock tiruan biasanya mempunyai sedikit perbezaan digit dan huruf serta susunannya tak nampak selaras.

LCD YANG DIGUNAKAN JUGA NAMPAK MURAH DAN KUALITI LAMPU TIDAK SETANDING DENGAN JAM TULEN.

.

.

Function.

.

.

Jika original setiap dail dan fungsi dalamannya berfungsi contoh tertera perkataan tough solar atau sebarang fungsi pada jam. Kalau salah satu tidak berfungsi memang sah itu G-Shock tiruan.

.

G-Shock Tough Solar

.

Kotak dan pembungkusan.

.

G-Shock original yang baru dijual dengan tin atau kotak, mempunyai nombor model penuh yang dicetak di belakang dengan kod bar (barcode). Boleh cuba scan barcode tu guna apps barcode scanner kerana biasanya original akan daftar barcode mereka.

.

KOTAK DAN JAM ORI PASTI ADA BARCODE DAN TAG HARGA

.

Tag, Manual dan nota.

.

G-Shock yang baru dibeli biasanya mempunyai tag kertas yang berlogo G-Shock, model produk, barcode dan harga produk.

.

Bantuan Professional atau Collector.

.

Akhir sekali kalau anda masih tidak tahu cara untuk bezakan original dan tiruan, cari kawan yang tahu especially kawan yang minat sangat dengan G-Shock atau dapatkan bantuan dengan pihak yang pakar seperti di kedai jam.

Masa COD beli dengan seller tu, adalah lebih baik anda jumpa di kedai jam dan minta kedai jam tu tengok.

.

Nak mudah pergi kedai yang membeli jam tangan tersebut dan tanya berapa harga untuk jam itu. Kalau ada harga maka, jam itu adalah original.

.

Biasanya kedai jam tidak akan ambil jam tiruan.

.

.

.

.

.

.

.

Semoga dengan informasi ini dapat membantu anda untuk memastikan jam tangan G Shock anda itu adalah tulin dan bukan tiruan.

.

.

JEWEL CAFE AEON AU2 SETIAWANGSA, AEON SHOPPI.G CENTRE LOT G26, GROUND FLOOR, NO 6 JALAN TAMAN SETIAWANGSA AU2, TAMAN KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR.

TEL NO. 03- 4251 1151

page top
page top