AEON AU2 Setiawangsa Shopping Centre blog

JENIS EMAS!

February 7, 2021

Selamat pagi semua!

.

Semoga semua sihat dan sila patuhi arahan SOP!!

.

JEWEL CAFE : JAPAN NO.1 JEWELRY RECYCLE STORE

.

Hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang jenis emas.

Jenis Emas.

.

.

Dalam dunia ni ada pelbagai jenis gred emas. Ada sesetengah mengatakan bahawa emas Siam lagi elok atau emas Malaysia lagi bagus dari Indonesia? Semuanya bukanlah sebab asal usul emas itu dari negara mana tetapi ialah kerana grednya yang berbeza.

Berikut adalah gred-gred emas yang ada:

.

 EMAS 999
■ Merupakan gred emas yang paling tinggi kerana mempunyai 99.9% kandungan emas.
■ Tidak dicampur dengan bahan lain.
■ Juga dikenali sebagai Emas 10 dan Emas 24 Karat (24K).
■ Kebanyakkan berbentuk jongkong emas (gold bar).
■ Merupakan emas yang paling lembut berbanding emas-emas lain.

.

 EMAS 950
■ Mempunyai 95.0% kandungan emas.
■ Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Emas 23 Karat (23K).

.

.

 EMAS 916
■ Mempunyai kandungan 91.6% emas.
■ Mempunyai 8.4% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Emas 22 Karat (22K).
■ Amat terkenal dan popular dikalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

.

 EMAS 835
■ Mempunyai 83.5% kandungan emas.
■ Mempunyai 16.5% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Emas 20 Karat (20K).

.

 EMAS 750
■ Mempunyai 75% kandungan emas.
■ Mempunyai 25% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Juga dikenali sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
■ Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu kandungan emas di dalamnya adalah kurang.
■ Kebanyakkan cincin emas yang berbatu merupakan emas gred 750 kerana gred emas ini lebih kuat untuk mengikat batu tersebut berbanding emas gred 916.

.

 EMAS 535
■ Mempunyai 53.5% kandungan emas.
■ Mempunyai 46.5% campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
■ Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu kandungan emas di dalamnya adalah kurang.

.

Jadi serba sedikit anda sudah tahu tentang ketulenan dan gred emas. Selepas ini kalau nak beli apa-apa emas, bandingkan dulu ya harga dan gred emas tersebut sebab dikhuatiri emas yang disangka murah itu merupakan emas yang bergred rendah.

.

.

Semoga dengan sedikit informasi ini dapat membantu anda untuk lebih mengetahui tentang jenis-jenis emas.

.

.

JEWEL CAFE OUTLETS

Address and contact no. as following:

==============================================

KL Branch:

AEON AU2 SETIAWANGSA SHOPPING CENTRE,

LOT G26 GROUND FLOOR,

NO.6, JALAN TAMAN SETIAWANGSA AU2, T

AMAN KERAMAT,

54200 KUALA LUMPUR.

TEL: 03-4251 1151

AEON TAMAN MALURI SHOPPING CENTRE,

LOT, F29 FIRST FLOOR,

JALAN JEJAKA TAMAN MALURI CHERAS,

55100 KUALA LUMPUR.

TEL: 03-9201 4001

==============================================

Klang Branch:

AEON BUKIT RAJA SHOPPING CENTRE,

F34 FIRST FLOOR,

PERSIARAN BUKIT RAJA 2,

BANDAR BARU KLANG,

41150 KLANG,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL: 03-3358 8466

AEON TAMAN EQUINE SHOPPING CENTRE,

LOT G15, GROUND FLOOR,

NO.2 JALAN TAMAN EQUINE,

PUSAT BANDAR PUTRA PERMAI,

43300 SERI KEMBANGAN , SELANGOR

TEL: 03- 8959 4110

page top
page top