Tip: Menjaga Cincin Berlian Supaya Kekal Berkilau ! | Buy & Sell Gold & Branded Watches, Bags| JEWEL CAFÉ

Tips Penjagaan Barang Kemas Seperti Mutiara, Perak, Berlian, Emas, Batu dan Batu Permata !

January 24, 2021

Selamat pagi semua!

.

Semoga semua di dalam keadaan sihat dan sila patuhi arahan SOP!!

.

JEWEL CAFE : JAPAN NO.1 JEWELRY RECYCLE STORE

.

Aksesori dan wanita sememangnya bagai irama dan lagu. Penampilan lebih menyerlah dengan gandingan aksesori berpadanan. Namun, ramai yang memandang enteng atau mudah tentang penjagaan aksesori daripada material perak, mutiara, emas, berlian atau batu amat berbeza.

Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda tips tentang penjagaan barang perhiasan anda.

.

Tips adalah seperti berikut,

.

1. Aksesori Mutiara

Balut aksesori mutiara dengan tisu sebelum menyimpannya dalam bekas khas. Atau simpan di dalam beg khas misalnya beg chamois. Letak dengan berhati-hati mutiara di dalam bekas khas.

.

[Used] Yondo Sea Pearl Series 10K White Gold [Necklace]

.

.

2. Aksesori Perak

Aksesori perak hendaklah dibersihkan setiap kali selepas anda memakainya. Aksesori perak mesti disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Balutkan aksesori perak dengan menggunakan kain yang lembut. Jangan terlalu mendedahkannya aksesori perak pada cahaya lampu, cahaya dan udara. Asingkan setiap aksesori ini agar ia tidak tercalar akibat tergores.

.

[New Finished] Tiffany Heart 10 Chain Toggle Silver [Choker]

..

3. Aksesori Berlian

Seperti penjagaan aksesori mutiara, aksesori berlian juga perlu disimpan berasingan. Bagi mengelakkan berlian pudar, elakkan aksesori berlian daripada terkena bedak, losen badan, sabun dan bahan kimia yang lain. Gunakan produk yang dikhaskan untuk membersihkan berlian atau gunakan kaedah ultrasonic. Bersihkan aksesori berlian sekurang-kurangnya enam bulan sekali apabila tidak dipakai.

☆ [Limited 2] pt900 1.18ct Dialing [With certificate]

.

4. Aksesori Emas

Supaya kelihatan sentiasa berkilau, aksesori jenis hendaklah dibersihkan dengan menggunakan kain lembut. Elakkan daripada terkena bedak, losen badan dan bahan kimia yang lain. Aksesori emas hendaklah disimpan dalam bekas berasingan daripada aksesori lain.

.

.

.

5. Aksesori Batu

Aksesori batu terdiri daripada turquoise dan malachite, cara pembersihan adalah aksesori ini adalah menggunakan kain lembut. Jangan menggunakan pembersih jenis ultrasonic, ammonia atau bahan kimia yang lain. Bagi aksesori batu daripada coral dan Amber, bersihkan menggunakan kain basah. Gunakan berus gigi halus dan lembut untuk membersihkan bahagian batu yang sukar.

.

6. Aksesori Batu Permata

Aksesori batu permata hendaklah dibersihkan secara rutin dan simpan di tempat yang bersih jika tidak digunakan. Jangan biarkan aksesori batu permata terkena cecair pencuci seperti klorok atau sabun pencuci pinggan kerana ia akan mudah rosak dan pudar. Batu permata hendaklah disimpan di dalam kotak yang mempunyai banyak ruang udara agar ia tidak bergesel antara satu sama lain.

.

.

.

.

Semoga dengan perkongsian tips untuk penjagaan barang kemas ini dapat membantu anda untuk penyimpanan dan pembersihan yg lebih baik untuk setiap barnag kemas anda!

.

Selamat mencuba!

.

.

JEWEL CAFE OUTLETS

Address and contact no. as following:

==============================================

KL Branch:

AEON AU2 SETIAWANGSA SHOPPING CENTRE,

LOT G26 GROUND FLOOR,

NO.6, JALAN TAMAN SETIAWANGSA AU2, T

AMAN KERAMAT,

54200 KUALA LUMPUR.

TEL: 03-4251 1151

AEON TAMAN MALURI SHOPPING CENTRE,

LOT, F29 FIRST FLOOR,

JALAN JEJAKA TAMAN MALURI CHERAS,

55100 KUALA LUMPUR.

TEL: 03-9201 4001

==============================================

Klang Branch:

AEON BUKIT RAJA SHOPPING CENTRE,

F34 FIRST FLOOR,

PERSIARAN BUKIT RAJA 2,

BANDAR BARU KLANG,

41150 KLANG,

SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL: 03-3358 8466

AEON TAMAN EQUINE SHOPPING CENTRE,

LOT G15, GROUND FLOOR,

NO.2 JALAN TAMAN EQUINE,

PUSAT BANDAR PUTRA PERMAI,

43300 SERI KEMBANGAN , SELANGOR

TEL: 03- 8959 4110

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag