業界最大級の高価買取!

Perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum melabur emas! Apakah rahsia jongkong emas? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Gambar jongkong emas sering muncul dalam animasi dan filem. Emas berbentuk trapezoid yang besar disusun dalam bentuk piramid. Adakah anda tahu bahawa jongkong emas seperti ini bukan sahaja di pentas dunia fiksyen, tetapi juga mempunyai peredaran yang sangat besar di dunia nyata?

Dari zaman kuno sehingga sekarang, orang kaya telah memegang jongkong emas bagi memastikan aset mereka. Sejak kebelakangan ini, kerana ketidakstabilan ekonomi yang disebabkan oleh pelonggaran monetari antarabangsa dan isu Brexit, pelaburan dalam emas telah dapat menarik banyak perhatian. Oleh sebab ini, terdapat banyak jongkong emas di dunia pelaburan. Kini, didorong oleh peningkatan pelaburan global, bukan sahaja orang kaya, tetapi banyak orang biasa juga memiliki emas.

Jongkong emas dikenali sebagai “emas bullion” di dalam bidang pelaburan dan pemerolehan logam berharga.

Jongkong emas diperbuat daripada emas tulen. Sekiranya barangan berharga seperti itu dipalsukan, atau barang yang bermutu rendah diedarkan di pasaran, ia akan menimbulkan masalah besar. Oleh itu, untuk mengelakkan jongkong emas dipalsukan, banyak peraturan yang ketat telah ditetapkan. Dan jongkong emas ini yang memenuhi standard penapisan yang ketat membantu kehidupan kita. Kami akan memperkenalkan pengetahuan asas mengenai jongkong emas seperti berikut.

Penggunaan jongkong emas untuk mengaktifkan industri pelancongan

Jongkong emas adalah harta! Saya percaya ramai yang bersetuju mengenai kenyataan ini. Banyak kerajaan tempatan juga ingin memanfaatkan perkara ini dan menggunakan jongkong emas untuk pelancongan.

Lombong Emas Sado (Sado Kinzan) Cabaran Nuget Emas

Di bandar Sado, wilayah Niigata, terdapat lombong Sado Kinzan yang menyumbang kekayaan zaman Edo. Di Muzium Sado Kinzan, satu jongkong emas dengan berat 12.5 kg dipamerkan dalam kotak lutsinar. Cabaran mengeluarkan jongkong emas dari kotak yang disebut “Gold Bar Challenge” telah dipuji oleh ramai pelancong. Sekiranya seseorang dapat mengeluarkan jongkong emas dengan lancar, mereka boleh diberi cenderahati! Adakah anda juga mahu menempuh cabaran itu?

Pulau Awaji belanja 100 juta yen menyewa jongkong emas

Pada era ekonomi, kerajaan telah mempromosikan subsidi untuk “Hometown Creation Project”. Subsidi di pelbagai wilayah berjumlah 100 juta yen. Pulau Awaji di wilayah Hyogo menggunakan 100 juta yen tersebut untuk menyewa jongkong emas. Sejak tahun pertama Heisei (1989), nuget emas ini telah dipamerkan di muzium “Taman Shizunosato” dan telah menjadi tempat ziarah bagi pencinta emas. Pada tahun 2010, nuget emas dikembalikan kepada pemiliknya, Mitsubishi Materials Corporation setelah tugas selesai. Replika nuget emas dipaparkan dalam arkib.

Penggunaan aset jongkong emas

Kerana perningkatan pelaburan dan kegelisahan ekonomi baru-baru ini, semakin banyak orang membeli jongkong untuk melindungi nilai aset mereka. Emas adalah aset yang lebih selamat berbanding stok dan bon. Terutama sekali apabila keadaan antarabangsa tidak stabil dan risiko kredit meningkat disebabkan oleh dasar kewangan dan keadaan politik, lebih banyak orang memilih untuk melabur dalam emas.

Nilai emas sebagai aset cukup tinggi. Malah pusat bank di pelbagai negara memilikinya. Jongkong emas juga dikeluarkan khas untuk keperluan menjaga aset. Selain itu, untuk pelaburan dan penggunaan aset, syiling emas juga diedarkan di pasar, tetapi ia perlu diproses menjadi syiling emas, dan kos pemprosesan akan ditambah. Sebaliknya, pemprosesan jongkong emas hanyalah dengan memanaskannya ke dalam acuan dan pembentukkan, dan ia tidak memerlukan kos yang banyak. Oleh itu, emas adalah sasaran pelaburan dan penggunaan aset yang sangat baik.

Spesifikasi yang ketat bagi jongkong emas

Jongkong emas dibuat daripada emas tulen. Dengan kata lain, tiada logam lain yang ditambahkan dengan emas. Emas tulen diwakili oleh emas 24K, dan jongkong emas yang di pasaran adalah emas 24K. Jongkong emas 18K umumnya tidak diperdagangkan. Walaubagaimanapun, kerana sangat sukar untuk membuat emas tulen 100%, walaupun ia dikatakan emas tulen, ketulenannya tidak 100%. Di samping itu, terdapat juga risiko barangan palsu di pasaran. Oleh itu, standard ketulenan akan ditetapkan di pasaran perdagangan yang mewakilinya, dan senarai pensijilan untuk syarikat pelarutan dan syarikat jaminan kualiti juga disenaraikan.

LBMA (London Bullion Market Association)

London Bullion Market Association telah menubuhkan “Piawaian Pasaran Penghantaran Jongkong Emas London (Good Delivery Bar). Jongkong emas yang diperdagangkan sebagai “Good Delivery bar” seharusnya mempunyai ketulenan yang tinggi iaitu 99.5% atau lebih. Tambahan pula, emas yang mempunyai ketulenan 99.99% atau lebih akan diperdagangkan di Pertukaran Komoditi Tokyo di Jepun. Emas yang mempunyai ketulenan atas 99.99% juga diperdagangkan di China, Taiwan dan di negara yang lain. Bagi negara Timur tengah, secara umumnya, mereka akan memperdagangkan emas berketulenan 99.5% dah keatas.

“Good Delivery Bar” mempunyai spesifikasi yang ketat. Selain daripada bentuk dan berat yang ditetapkan, berat dan ketulenannya mestila dicetak di atas emas, dan ia seharusnya dikilangkan oleh syarikat pemprosesan yang diperakui sebelum diperiksa oleh syarikat pemeriksaan. Akhirnya, ia mestila diuruskan oleh syarikat penyimpanan dan perkapalan khusus dan diperakui. Selagi jongkong emas dikenali sebagai “good delivery bar”, ianya setara dengan memenuhi piawaian dunia dan mempunyai kredibiliti yang tinggi di dalam peredaran global.

※ Pasaran London dikenali sebagai satu daripada tiga pasaran terbesar di dunia dan juga merupakan pusat pemerdagangan emas. LBMA yang akan memantau kualiti emas dan silver di dalam pasaran. LBMA bukan sahaja mengenakan peraturan untuk pengliran emas di dalam pasaran London, tetapi juga mengesahkan pembubar yang diiktiraf.

Pertukaran Komoditi Tokyo

Tokyo Commodity Exchange Co. Ltd. Telah di ditubuhkan untuk membuka pasaran komoditi perdagangan. Ia dikenali sebagai “Tokyo Commodity Exchange Inc”, ia juga dikenali sebagai TOCOM.

Tokyo Mercantile Exchange adalah satu satunya pasaran awam logam berharga di Jepun. The Tokyo Commodity Exchange telah menetapkan jongkong emas hendaklah dikendalikan oleh salah sebuah jenama dunia sebagai produk penghantaran untuk transaksi masa hadapan dibawah standard yang ketat. Selain daripada emas pasaran hadapan, pasaran lani/tunai juga dibuka pada July 2016 untuk menarik perhatian pasaran.

Kaedah pembuatan jongkong

Sejak daripada zaman Edo dan zaman Meiji, Jepun telah melombong banyak emas. Akan tetapi emas dapat diperoleh dengan kos yang rendah dan ini mengakibatkan lombong ditutup. Selain daripada perlombongan, pembuatan emas nuget daripada sisa adalah salah satu kaedah lain.

Berikut dalah beberapa kaedah pembuatan nuget emas daripada sisa:

Kitar semula

Disebabkan oleh bahagian sisa daripada semikonduktor di dalam telefon pintar dan computer kaya dengan kandungan emas, ia juga dikenali sebagai “lombong urban”. Kita dapat mengitar semula emas dan mengguna semula melalui kaedah ini. Selain itu, emas juga dapat dikitar semula dari barangan seperti logam berharga dan sisa kilang.

Pemejalan selepas pelarutan

Emas kitar semula akan dilarutkan didalam “aqua regia”. Emas adalah logam yang sukar dilarutkan. Ia tidak boleh terlarut tanpa asid yang kuat. Akan tetapi emas mudah membentuk pepejal semula. Emas dilarutkan didalam cecair dalam bentuk ion emas, dan selagi ia boleh mendapatkan electron, ia boleh dikembalikan menjadi serbuk pepejal.

Penapisan & Pengeringan

Cecair tersebut ditapis untuk mengasingkan serbuk emas kristal daripada bahan lain. Memandangkan bahan lain yang digunakan telah diasingkan, serbuk emas dengan ketulenan yang melebihi 99% boleh diperolehi. Serbuk emas keperangan boleh diperoleh selapas proses pengeringan.

Larutkan semula & ulang

Untuk menambah baik ketulenannya, adalah lebih baik untuk melarutkan emas di dalam “aqua regia”, dan mengembalikannya kepada pepejal dengan agen pengurang. Selepas langkah-langkah ini, serbuk emas kering berwarna perang terang dapat diperoleh. Serbuk emas ini disebut “emas halus” dan ia mempunyai ketulenan 99,99% atau lebih.

Tukarkan serbuk emas kepada zarah emas

Emas tidak akan cair sehingga suhunya melebihi 1064 darjah celcius. Serbuk emas akan dipanaskan sehingga cair pada suhu yang tinggi, melebihi takat lebur. Kemudian banyak air digunakan untuk menyejukkan emas cair dengan cepat, dan emas yang telah disejukkan akan kembali pejal. Dengan cara ini, emas cair akan mengeras menjadi butiran emas bersaiz beberapa milimeter. Pada masa ini, emas perang yang pada awalnya serbuk akhirnya berubah menjadi warna emas.

Pembuatan nuget emas

Serbuk emas yang telah diperoleh kemudian dicairkan pada suhu yang tinggi iaitu melibihi 1000 darjah celcius. Selepas dilebur menjadi cecair emas, ia boleh dituang ke dalam acuan untuk dibuat menjadi jongkong, dan ianya sudah siap apabila selesai disejukkan. Melalui kaedah diatas, emas dengan ketulenan sehingga 99.999% boleh diperolehi, juga dikenali sebagai ‘Lima-Sembilan’.

Pemeriksaan, Pembentukan

Selepas jongkok emas dibentukkan, untuk memastikan kualiti dan keberadaan di dalam pasaran, ia akan dicop dibahagian atas. Selepas memeriksa beratnya, ia akan ditandakan dengan logo syarikat (diiktiraf oleh London Gold Market) dan setem berkualiti. Ini melengkap kualiti jongkong emas yang dijamin oleh jenamanya sendiri.

Pembentukkan jongkong emas

Jongkong emas tidak mempunyai sijil jaminan yang boleh menjamin kualitinya, melainkan ia dicop untuk menentukan kualitinya. Dengan kata lain, jongkong emas itu menentukan kualitinya sendiri. Cop pada jongkong emas adalah seperti berikut:

1. Tanda dagangan

Cop yang diukir dengan logo pengeluar jongkong emas. Hanya pengeluar yang melepasi semakan LBMA yang ketat dan memperoleh sijil sahaja yang boleh meletakkan tanda yang diiktiraf pada jongkong emas.

2. Penapisan dan menganalis tanda-tanda

Jongkong emas juga dicop dengan tanda pengilang (Melter), logo Assayer. Ia juga dipanggil sebagai logo Melter dan Assayer. Sekiranya penapisan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh syarikat yang sama, kadang-kadang hanya satu logo digunakan untuk menunjukkannya; jika pengeluar bertanggungjawab untuk penapisan dan pemeriksaan, proses menandakan logo akan dihilangkan.

3. Menunjukkan kualiti

Terdapat cop jaminan kualiti pada jongkong emas. Kualiti bersamaan dengan ketulenan, yang sama dengan ketulenan yang ditunjukkan oleh nisbah berat. Sekiranya ketulenan lebih tinggi dari 99,99%, “999.9” ia akan dicop pada kadar seribu. Tanda ini juga disebut ” Empat-Sembilan”.

4. Menunjukkan bahan

Jongkong emas akan ditanda dengan ‘GOLD’ atau kadang kala ‘FINE GOLD’ bagi menyatakan ianya emas tulen.

5. Menunjukkan berat

Cop pengilang akan menyatakan berat sebatang jongkong emas. Contohnya, jika jongkong emas adalah 500 gram, ia akan ditanda “500g”.

6. Nombor pengeluar

Nombor pengeluar (nombor siri) akan diukir pada jongkong emas, dan setiap jongkong emas akan mempunyai nombor siri tersendiri, dan nombor ini tidak akan diulang pada jongkong emas yang lain.

7. Saiz jongkong emas

Terdapat pelbagai berat bagi jongkong emas. Di pasaran, terdapat dalam bentuk 5gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 200 gram, 300 gram, 500 gram dan 1000 gram. 1000 gram jonkong emas adalah sebesar saiz telefon pintar, dan bentunya sama dengan telefon pintar. Walaubagaimanapun, bentuk bagi jongkong emas ini adalah berlainan di antara jenama. Walau beratnya adalah sama, panjang, lebar dan ketebalannya dalah berbeza untuk setiap jenama. Jongkong emas yang disimpan di dalam bank seperti “Bank of England” mempunyai berat 12.5 kilogram dan bersaiz besar, ia juga dikenali sebagai “jongkong besar”. Bentuknya seperti trapezoid juga sering dilihat.

Jenama Domestik Jepun

Jongkong emas dapat di beli daripada jenama domestic Jepun yang berikut.

• TANAKA Precious Metals

• Tokuriki Honten Co.

• ISHIFUKU Metal Industry Co. Ltd.

• Sumitomo Metal Mining Co. Ltd.

• Mitsubishi Materials Corporation (MMC)

• JX Nippon Mining & Metals Corporation

• Mitsui & Co. Ltd.

• Sumitomo Corporation

• Sanki Shouji

• Asahi Pretec

TANAKA Precious Metals, Tokuriki Honten Co., ISHIFUKU Metal Industry Co. Ltd. , Sumitomo Metal Mining Co. Ltd., Mitsubishi Materials Corporation (MMC), JX Nippon Mining & Metals Corporation, Mitsui & Co. Ltd. , Sumitomo Corporation dan Sanki Shouji adalah pengedar yang tidak asing lagi. Asahi Pretec adalah syarikat mengitar semula barangan logam. Ia juga boleh dibeli daripada bank. Disarankan membeli jongkong emas daripada jenama yang terkenal.

Jenama Luar/Asing

Terdapat juga banyak jenama luar/asing yang dipercayai.

United Kingdom

• Johnson Matthey ( Pengilang Logam Berharga )

• Engelhard ( Pengilang Logam Berharga )

• Engelhard-CLAL ( Pengilang Logam Berharga )

Switzerland

• Argor S.A.( Pengilang Logam Berharga )

• Argor-Heraeus S.A. ( Pengilang Logam Berharga )

• Valcambi S.A. ( Pengilang Logam Berharga )

• Metalor ( Pengilang Logam Berharga )

• PAMP ( Pengilang Logam Berharga )

• Swiss Bank ( Bank, Kewangan )

• Credit Suisse ( Bank, Kewangan )

Germany

• Degussa ( Pengilang Logam Berharga )

Australia

• Golden West Refining ( Pengilang Logam Berharga )

• AGR Matthey ( Pengilang Logam Berharga )

• Perth Mint(Mint)

Canada

• Royal Canadian Mint ( Mint )

France

• Comptoir Lyon Alemand Louyot ( Pengilang Logam Berharga )

Korea

• LG Metals ( Pengilang Logam Berharga )

South Africa

• Rand Refinery ( Pengilang Logam Berharga )

Uzbek

• Navoi Mining and Metallurgical complex ( Pengilang Logam Berharga )

Bagaimana membeli & menyimpan jongkong emas

Kita boleh membeli jongkong emas dengan pelbagai kaedah. Ketika membeli jongkong emas kurang daripada 500 gram, kadangkala terdapat yuran pengendalian yang di panggil cas jongkong. Oleh itu, ramai orang akan membeli jongkong emas lebih daripada 1,000 gram, akan tetapi pada masa yang smaa, mereka harus mempertimbangkan akan cara penyimpanan.

Beli secara terus

Anda boleh membeli jongkong emas secara terus daripada kedai logam berharga, broker tanah, peniaga, syarikat penapisan, bank dan sebagainya. Ia juga boleh dijual beli dalam talian. Selain itu, jongkong emas tiruan juga ada dijual di dalam pasaran. Jadi, anda harusla membuat pembelian daripada pengeluar diiktiraf LBMA atau syarikat yang dipercayai. Walaupun kebiasaanya jongkong emas yang dibeli akan disimpan sendiri di dalam peti besi, tetapi terdapat juga risiko kecurian. Oleh itu, jongkong emas disarankan disimpan oleh penjaga bagi pihak anda. Tambahan pula, anda juga boleh menggunakan peti besi yang disediakan oleh bank atau pihak tertentu yang juga menyediakan servis penyimpanan.

Emas Passbook

Jika anda membeli jongkong emas melalui “Emas Passbook”, ia secara automatiknya disimpan oleh penjual. Secara umumnya, ianya disimpan oleh penjaga yang khusus atau pihak yang dipercayai pelanggan di Jepun. Setiap kaedah penyimpanan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Penjagaan Khusus

Perkhidmatan ini menyediakan servis penyimpanan bagi jongkong emas yang dibeli. Jika penjaga jongkong emas tersebut muflis, jongkong emas yang disimpan akan ganti semula.

Pihak yang diperakui

Oleh kerana kaedah ini memindahkan hak pemilik kepada penjaga, jika penjaga didapati muflis, sesetengah jongkong emas tidak dapat diganti semula. Akan tetapi ia agak mustahil untuk syarikat tersebut menggunakan emas tersebut untuk mendapatkan faedahnya. Jika anda mahu menyimpan semua aset anda dengan selamat, digalakkan untuk andan menggunakan penjaga yang diperakui. Akan tetapi jika anda mahu mengambil risiko untuk mengambil keuntungan bagi faedah pelaburan, dalah disarankan untuk menggunakan kaedah ini.

Terdapat jongkong emas tiruan di dalam pasaran

Oleh kerana jongkong emas diperbuat daripada emas tulen, bahan mentahnya sendiri mempunyai nilai yang tinggi. Oleh sebab itu, jongkong emas tiruan terdapat di dalam pasaran, dan perlu diberi lebih perhatian. Kebiasaan produk palsu yang terdapat didalam pasaran ialah produk yang disaluti emas dan mempunyai cop tiruan dan mengandungi logam tungsten, iaitu logam yang mempunyai gravity tertentu yang sama dengan emas. Terdapat juga produk tiruan yang merupakan emas salut seperti tembaga, nickel dan zinc. Jika anda mendapati “ianya ringan daripada emas”, “cop juga tidak sama dengan produk asli”, “cop kelihatan tidak jitu dan sempurna”, ia kemungkinan palsu. Oleh kerana emas senang dibentuk, jongkong emas juga boleh berubah bentuk. Jika ia kelihatan tidak normal, kemungkinan ianya tiruan. Ujian X-ray juga boleh digunakan untuk mengenalpasti struktur kristal yang boleh mengesahkan ketulenan emas. Tambahan pula, walaupun emas boleh terlarut di dalam aqua regia, ia tidak boleh bertindak balas dengan acid nitrik. Kita juga boleh mengambil faedah berdasarkan sifat emas ini dengan menggunakan asid nitrik keatasnya untuk melihat tidak balas. Jika ianya logam selain daripada emas, ia akan berbah warna.

Kesimpulan

Emas adalah penting dalam menyokong perkembangan ekonomi dan sosial. Emas juga sangat penting dalam industri pelancongan, bukan sahaja melibatkan aset kegunaan individu tetapi juga aset di pusat bank.

LBMA atau Tokyo Commodity Exchange merupakan antara syarikat yang mengetuai pasaran emas di dunia dan hanya sesetengah jongkong emas yang dikeluarkan oleh jenama yang diiktiraf berada did alam pasaran. Jenama yang terkemuka di dunia ini sentiasa mengikut pearturan yang ketat, membolehkan kita membeli jongkong emas dengan lebih yakin.

Tambahan pula, jongkong emas juga dicop untuk menjamin kualitinya. Terdapat juga beberapa reka bentu jenama loga yang berlainan. Cop tersebut mempunyai maklumat seperti ketulenan, berat, syarikat pemprosesan, syarikat pemeriksaan kualiti dan sebagainya. Sila semak dengan terperinci sebelum membuat pembelian.

Jongkong emas akan selesai diproses selepas dilarutkan dan dibentukkan berulang kali daripada sisa. Walaupun jongkong emas diproses menjadi bentuk yang mudah disimpan, bentuk nuget emas adalah berbeza untuk setiap jenama. Terdapat juga banyak berat yang berbeza boleh dipilih, akan tetapi semenjak harga emas meningkat, anda disarankan untuk mempertimbangkan kaedah pembelian dan penyimpanan dengan teliti.

Walaupun proses pembuatan jongkong emas sangat rumit, namun begitu, terdapat juga jongkong emas tiruan di dalam pasaran. Sebarang pembelian hendaklah dibuat dari syarikat yang diiktiraf melalui LBMA atau Japan Gold Metal Association. Penerangan di atas adalah mengenai pengetahuan asas tentang jongkong emas.

Jongkong emas bukanlah jongkong logam biasa, ianya sangat terkenal didalam pelbagai bidang, semua ini adalah hasil kerja keras beberapa jenama dunia.

To learn more about the Key-Terms when buying with Jewel Cafe
Click
Here
Play Now With A Chance To Win Up To 10% Purchase Price Up Coupon
Seasonal Limited Roulette!
page top
page top