Kaedah untuk mengenal pasti ketulenan emas, Semak “Ketumpatan”nya!. Anda boleh mengetahui nilai tertentu dan cara pengiraanya! | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: July 15, 2021

Kaedah untuk mengenal pasti ketulenan emas, Semak “Ketumpatan”nya!. Anda boleh mengetahui nilai tertentu dan cara pengiraanya! | JEWEL CAFÉ Malaysia

Sejak dari zaman dahulu, emas dikatakan sebagai “Logam istimewa”, sehingga kini ia masih diperdagangkan dengan harga yang tinggi

Tetapi, terdapat banyak “produk palsu” di dalam pasaran perdagangan emas. Jika permukaan logam lain disaluti emas, ia akan kelihatan seperti “ jongkong emas” dari luar.

Ketika mengenal pasti ketulenan emas, ia adalah penting untuk bergantung kepada maklumat sahih yang dapat diperolehi daripada “ketumpatan emas’. Apakah maksud ketumpatan emas? Jika anda sedang “mempertimbangkan untuk membeli emas” atau “ mahu memastikan sama ada emas tersebut adalah tulen atau palsu”, kami akan menjelaskan informasi yang anda perlu tahu satu per satu.

“Ketumpatan” adalah perkara penting semasa memeriksa logam

Terdapat beberapa jenis logam dan setiap logam mempunyai ciri-ciri yang unik

Contohnya, berat, pengaliran, kekerasan dan lain-lain, ciri-ciri ini berbeza mengikut setiap jenis logam yang berbeza.

Kebanyakkan logam “kelihatan sama”, akan tetapi selagi anda berhati-hati semasa memeriksanya, anda boleh mengetahui persamaan logam anda dengan ciri-cirinya. Dan “ketumpatan” adalah salah satu sifat logam.

Ketumpatan bergantung kepada jisim bahan pada 1cm3. Jika dibandingkan dari pelbagai jenis logam, sesetengah logam yang dihasilkan dalam jumlah yang sama, terdapat logam yang sangat berat, dan terdapat juga logam yang sangat ringan apabila dipegang. Ini kerana ketumpatan untuk setiap logam adalah berbeza. Ketumpatan sememangnya adalah sifat untuk logam, jadi sekiranya ia logam yang sama, nilainya akan tetap sama. Walaupun logam tersebut kelihatan sama, jika ketumpatannya diperiksa secara berasingan, perbezaan antara logam tersebut boleh dikenal pasti dengan segera.

Apakah nilai spesifik bagi ketumpatan emas?

Dalam perdagangan emas, nilai ketumpatan memainkan peranan besar. Apabila seseorang membawa barangan emas ke kedai kitar semula, cara memeriksa ketulenannya adalah dengan mengukur ketumpatan bagi menilai emas tersebut dengan tepat.

Jadi, apakah ketumpatan emas yang spesifik?

Jawapannya adalah 19.32 g/cm3.

Jika anda tidak dapat mengenal pasti jenis logam, anda boleh memeriksa jika ianya emas dengan mengira ketumpatan barangan anda dan semak jika ianya mencukupi 19.32 g/cm3.

Berikut adalah ketumpatan bagi logam-logam lain:

・Perak = 10.50 g/cm3

・Platinum = 21.45 g/cm3

・Besi = 7.874 g/cm3

Anda boleh cuba mengukur ketumpatan barangan logam anda dan cari nilai terdekat bagi mengetahui jenis logam apa, mungkin anda boleh meneka jenis logam anda!

Apabila anda tidak mengetahui ketulenan emas anda, ketumpatan adalah alternatif yang terbaik

Selain daripada ‘emas tulen’, terdapat juga emas yang telah dicampur dengan aloi pada kadar tertentu.

Kebanyakkan barang kemas yang dilabelkan K18 dan K14. Jenis emas ‘K’ tersebut dicampur dengan aloi bagi menghasilkan ‘kekerasan’ yang sesuai dipakai harian. Aloi ini yang menghasilkan ‘kekerasan’ tersebut. Walaubagaimanapun, harga pembeliannya akan lebih rendah kerana emas K ini kurang mengandungi emas berbandingkan emas tulen.

Barang kemas yang dilabel dengan jelas adalah lebih baik, tetapi kadang-kadang terdapat juga barangan yang tidak dilabel atau labelnya telah pudar apabila dipakai dengan kerap. Ukiran label ini adalah sebagai rujukan sahaja. Lebih baik untuk mengetahui ketulenan emas dengan mengukur ketumpatannya. Contohnya seperti,

K24(emas tulen), Density: 19.32 g/cm3;

K18 ketumpatan sederhana 14.84 ~ 16.12 g/cm3

K14 ketumpatan rendah 12.91 ~ 14.44 g/cm3 sebagai rujukan standard untuk penilaian.

Campuran logan lain juga akan memberi kesan kepada ketumpatannya, jadi nilai ketumpatan untuk emas K akan berlainan. Sila gunakannya sebagai rujukan standard untuk menilai ketumpatan emas K.

Mengukur ketumpatan emas dengan cara yang tersendiri

Jika anda ingin menentukan jenis logam, anda boleh cuba mengira ketumpatan barangan anda sendiri. Dengan menggunakan teknik ini, anda dapat mengukur ketumpatan logam di rumah.

Bahan-bahan

Penimbang, Tali pancing, cawan atau mangkuk plastic

Cara-cara

1. Letakkan logam yang ingin anda ukur pada penimbang

2. Catatkan nilai yang tertera (no.A)

3. Tuangkan air di dalam cawan (mangkuk) dan letakkan pada penimbang.

Set semula penimbang kepada kosong

4. Ikat logam anda dengan tali pancing dan letakkan ke dalam air tersebut.

5. Catatkan nilai yang tertera (No.B)

6. Bahagikan nombor A dengan nombor B untuk memastikan nilai yang dikira

Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi padu untuk No.B

Ianya bukan mudah untuk menilai keberatan logam di dalam air dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat dirumah. Kadang kala nilainya senang berubah dan tidak tepat. Sila gunakan nombor yang telah dikira sebagai “rujukan standard” bagi mengenal pasti logam.

Jika anda ingin mengetahui jenis logam dengan lebih tepat, disarankan agar anda berjumpa dengan pakar untuk dinilai di kedai kitar semula barangan kemas. Di kedai kitar semula terdapat peralatan yang mencukupi untuk mengukur ketumpatan dan boleh menilai barangan pelanggan dengan tepat.

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!