APAKAH ITU BELITAN PUTARAN AUTOMATIK BAGI JAM TANGAN BERJENAMA MEWAH? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: February 15, 2021

APAKAH ITU BELITAN PUTARAN AUTOMATIK BAGI JAM TANGAN BERJENAMA MEWAH? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Pernahkah anda mendengar mengenai belitan putaran automatik bagi jam tangan berjenama mewah? Jika anda ingin menjual koleksi jam tangan berjenama anda kepada Jewel Café, ini adalah antara ciri penting bagi sesebuah jam yang akan kami lihat terlebih dahulu. Bagi jam tangan yang mempunyai ciri belitan putaran automatik, harga jam itu adalah jauh lebih baik dan lebih tinggi dari jam tangan tiada fungsi belitan automatik.

Apabila anda membeli jam tangan berjenama mewah seperi Rolex misalnya, faktor utama yang perlu dikenalpasti adalah, adakah jam itu automatik atau tidak? Sekiranya anda bercakap dengan kakitangan premis jam berkenaan, ini adalah perkara utama yang akan diberitahu kepada anda. Bagaimanapun, apabila mengunjungi kedai jam tangan berjenama untuk kali pertama, mereka yang tidak biasa mengenai istilah ini akan keliru dan kemungkinan membelinya tanpa memeriksa dengan teliti.

Oleh itu, dalam dunia jam tangan berjenama mewah, kami mendapati istilah belitan putaran automatik ini merupakan istilah yang agak sukar difahami bagi mereka yang kali pertama mendengarnya. Tetapi istilah ini sebenarnya adalah lazim bagi mereka yang sudah arif tentang jam-jam berjenama sebegini. Di sini, kami akan membuat rumusan tentang makna, kaedah dan fungsi belitan putaran automatic.

“Belitan Putaran Automatik”, “Jenis Bateri”, “Belitan Putaran Tangan”?

Apabila anda membeli jam berjenama, sudah pasti jurujual akan memberi penerangan terperinci mengenai fungsi-fungsi yang terdapat pada jam tangan. Sekiranya anda tidak tahu tentang istilah ini, sudah tentu jurujual tersebut akan menghuraikan penerangan tentang apa itu belitan putaran automatik.

Walaubagaimanapun, mereka hanya menerangkan kepada anda secara lisan. Ini akan menyukarkan anda di masa akan datang untuk anda untuk merujuk atau membaca buku panduan /buku manual yang agak rumit. Jadi, ini adalah rumusan untuk anda.

Apakah asas bagi jam belitan putaran automatik dan adakah ianya lebih sukar diurus berbanding jam jenis bateri?

Secara rumusannya, asas kepada belitan putaran automatik adalah :

– Tidak seperti jam biasa, ianya tidak memerlukan bateri.

– Gegelung paling luar dari bahagian pegas rambut akan melengkung ke arah tengah pusat untuk mengatasi kesan graviti. Ini membenarkan keseimbangan yang sempurna dan sejajar. Ayunan daripada kumpulan roda keseimbangan daripada pegas utama akan menyumbang kepada ketepatan kronometri yang lebih hebat tidak kira apa jua kedudukan jam tangan itu.

– Oleh itu, jika anda tidak memakainya dalam masa yang agak lama, gegelung utama ni akan berhenti berputar dan menyebabkan jarum jam tersebut tidak bergerak.

– Maka, akan terdapat beberapa ralat antara 1 ke 10 saat bagi tempoh satu hari. Di sini, jam daripada jenis bateri adalah lebih tepat.

– Justeru itu, anda perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk membaik pulih jam anda (sekurang-kurangnya setahun sekali) dan sudah pasti anda akan terkejut dengan caj yang perlu anda bayar!

Kita sering berfikiran jam tangan murah yang jenis bateri tepat dan memerlukan kos yang lebih sedikit, namun sudah pasti ramai tertanya-tanya, “Mengapa membayar lebih banyak duit untuk membeli jam tangan yang tidak selesa, tidak tepat dan menyusahkan ini jika prestasinya lebih rendah?”

APAKAH 3 JENIS MEKANISMA PERGERAKAN DALAM JAM TANGAN?

Kuasa yang menghidupkan sesebuah jam tangan terdiri daripada 3 jenis mekanisma iaitu :

1) Belitan putaran menggunakan tangan
2) Belitan putaran secara automatik
3) Menggunakan kuasa bateri

Mekanisma 1 dan 2 juga dikenali sebagai jam mekanikal kerana ianya mampu berfungsi tanpa bergantung kepada kuasa bateri.

Dalam bahasa mudah, bagi jam jenis 3 adalah lebih tepat dan dapat bertahan lebih lama jika mempunyai bateri dan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian jarum masa.

Manakala, bagi jam jenis 1 dan 2, ianya boleh bertahan selamanya tanpa perlu bergantung kepada bateri. Hanya perlukan pergerakan tangan untuk memastikan ianya terus berdetik.

Tetapi, bagi kebanyakan pemilik jam mewah, hanya jam jenis 1 dan 2 layak digelar ‘jam berjenama mewah’ dan bukan jam dari jenis 3.

Mempunyai kehebatan yang setanding bagi generasi pertama dan generasi kedua dan dikatakan merupakan jam tangan terawal yang diperkenalkan pada awal abad 20-an adalah sekitar ketika Perang Dunia pertama.

Pada zaman itu, jam jenis belitan putaran menggunakan tangan adalah yang pertama dicipta di mana jam tersebut berfungsi dari gegelung yg diputarkan menggunakan tangan.

Sejurus tidak lama selepas itu, selepas perang tamat, jam jenis belitan putaran automatik mula diperkenalkan oleh pembuat jam salah dan salah satunya adalah Rolex dan seterusnya menjadi sangat popular pada ketika itu. Ini menjadikan jam tangan automatik ini perlahan-lahan menggantikan pembuatan jam berkuasa bateri.

APAKAH NILAI DAN DAYA TARIKAN JAM TANGAN MEWAH AUTOMATIK INI?

“Pengasingan/Pengelasan” Dalam Industri Jam.

Apa yang menarik tentang industri jam tangan ialah pada waktu itu, ketika jam jenis mekanikal telah menjadi begitu popular, bermulalah “perubahan generasi” bagi jam jenis bateri. Walaubagaimanapun, ‘generasi baru’ jam bateri ini masih tidak berjaya mengambil alih era lama jam tangan jenis mekanikal. Tetapi, Generasi baru (jenis bateri) dan generasi lama (jenis mekanikal, jenis gegelung) telah terpecah menjadi kelas atau kategori yang sangat mudah difahami.

Ringkasnya, ini bermaksud,

Kategori jam tangan mewah : adalah daripada jenis mekanikal mekanikal (belitan putaran tangan dan belitan putaran automatik)

Kategori jam tangan normal dan biasa : adalah dari jenis bateri.

Apa yang lebih menarik adalah, ianya seolah-olah menjadi satu fenomena dimana,

“Jenis mekanikal yang menyusahkan, memakan masa, mempuntai ralat (seperti jenis automatik) : mahal.”

“Jenis bateri yang selesa, kurang menyusahkan, dan tepat : lebih murah.”

Biasanya, sebaliknya, kan? Tetapi, mengapa perkara ini berlaku??

Nilai Jam Dari Jenis Belitan Putaran Automatik Adalah Merupakan Kraf Terunggul.

Jam tangan mewah jenis “belitan putaran automatik” pada ketika ini boleh dikatakan telah mengukuhkan kedudukan mereka dengan “mengubah persepsi” banyak pihak dengan menekankan fungsi,kemudahan dan keupayaan jam jenis mekanikal ini.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1970-an, jam tangan bateri menjadi popular kembali dan jam tangan mekanikal (belitan putaran tangan dan automatik) hampir dilupakan dalam tempoh tersebut. Keadaan tersebut dikenali sebagai ‘kejutan jam bateri’ dimana sudah pastinya ramai yang mengingati jam jenis paparan digital menjadi sangat popular ketika itu.

Tetapi, setelah itu, berbanding jam jenis bateri, jam mekanikal jenis belitan automatik pula mula perlahan-lahan memperolehi populariti dan kini ianya memegang gelaran ‘jam mewah’. Tanpa disedari, dengan menekankan konsep asal mekanikal dan fungsi sebagai “mengetahui masa yang tepat dan boleh digunakan untuk waktu yang lama tanpa kerumitan” dikatakan berjaya menghasilan imej dan nilai sebagai “jam tangan mewah adalah kraf terunggul”.

Dengan penuh usaha dan kesungguhan para pereka jam, mereka telah berjaya menjadikan posisi jam mewah ini sebagai “kraf terunggul” (karya seni). Walaupun terdapat kekurangan pada jam mekanikal, akhirnya kekurangan itulah yang menjadikannya cantik dan sempurna. Kerana ia adalah barang buatan tangan yang halus, perlukan penelitian yang tinggi serta rumit dan ia tidak dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh yang singkat. Ini menjadikan ianya adalah barang terhad dan sekaligus telah meningkatkan nilainya dan juga mencetuskan suatu bidang yang baru selain jam tangan.

Akhirnya, hasil dari bidang baru jam tangan ini ialah jam jenis “belitan putaran” dan “bateri” terbahagi kepada dua kategori yang kuat tanpa persaingan.

Prinsip yang perlu ada sebelum memiliki jam tangan mewah

Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan jam tangan jenis bateri, apakah perkara yg memotivasikan seseorang itu untuk membeli jam tangan mewah untuk pertama kalinya?

Setiap orang mempunyai pendapat dan citarasa berbeza. Ada yang mengatakan, “memiliki jam tangan mewah menunjukkan status, jadi saya ingin memakainya. Ada yang mengatakan “Kerana jam tangan mewah, fungsi dan ketahanannya pasti luar biasa. Saya mahu mempunyai sesuatu yang baik untuk harganya”. Namun, jika seseorang yang memilikinya untuk pertama kalinya dan kemudian mahukan (ketepatan, ketahanan, dan keupayaan fungsi dibandingkan dengan harga), seperti yang disebutkan di atas, sudah pastinya orang itu akan mengubah fikirannya berbanding sebelum itu.

Untuk memiliki jam tangan mewah, ianya memerlukan pemikiran seperti : “Ia agak menyusahkan untuk ia berfungsi tanpa bergantung pada bateri dan memerlukan kemahiran khusus. Maka sebenarnya, di situ lah terletaknya nilai mahal tersebut”

Di harap pemikiran sebegini dapat diterima dikalangan masyarakat di mana “Kurang berkesan dan menyusahkan itu menjadikannya edisi terhad dan itu akan menambah nilainya”.

Seperti prinsip orang Jepun, “Dengan memakainya dalam kehidupan yang normal setiap hari, ianya akan memutar gegelung secara automatik”

Diharap, dengan penulisan ini, lebih ramai peminat jam tangan akan lebih menyukai ciri mekanisma artistik yang terdapat pada jam automatik.

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!