Barang Kemas Berubah Warna! Adakah benar emas dan platinum tidak terhakis? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: May 20, 2021

Barang Kemas Berubah Warna! Adakah benar emas dan platinum tidak terhakis? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Emas dan platinum tidak akan berubah warna walaupun ianya terdedah kepada peluh mahupun dipakai ketika memasuki kolam air panas. Emas dan platinum merupakan logam yang mempunyai daya tahan hakisan yang tinggi dan asid alkali. Oleh itu, emas dan platinum tidak akan terhakis ataupun dengan kata lain Sekiranya kedua dua logam ini tidak terhakis, mengapa ianya masih betubah warna. Perkongsian kali ini, kami akan mengongsikan mengapa barang perhiasan berubah warna kerana pengoksidaan serta kaedah dan langkah berjaga-jaga dalam penggunaan barangan kemas supaya tahan lama!

Adakah benar emas dan platinum akan teroksida?

Emas dan platinum merupakan dua bahan yang sangat stabil. Tiada larutan lain yang dapat melarutkan dua bahan ini kecuali ‘Aqua regia’, larutan khas yang diperbuat dengan mencampurkan asid hidroklorik pekat dan juga asid nitrik pekat. Disebabkan emas dan platinum tidak bertindak balas dengan bahan lain, maka kedua dua bahan ini tidak akan mengalami proses pengoksidaan. Oleh itu, emas dan platinum dianggap sebagai dua bahan yang paling berharga kerana mereka mempunyai ciri ciri seperti harga yang tinggi, tiada kekurangan dalam bahan, dan tidak akan mengalami proses pengoksidaan mahupun berkarat.

Di samping itu, neskipun semakin tinggi ketulenannya, semakin rendah perubahan warna, sebaliknya adalah semakin tinggi ketulenannya, semakin lembut sesuatu bahan itu, semakin mudah untuk merubah bentuknya. Berat juga akan makin bertambah. Ketumpatan bagi dua bahan ini agak tinggi. Oleh sebab itu dua emas dan platinum tidak sesuai digunakan dalam penghasilan barangan kemas yang memerlukan perincian yang terperinci.

Ketulenan dan warna emas

Ketulenan emas dikategorikan sebagai “karat”. Bagi ketulenan 99.99%, ia ditandai sebagai K24 atau emas 24K, atau 24K. Ada juga yang dikategorikan sebagai K22, K20, K18, K12 dan K10. Ini menunjukkan kadar kandungan emas semakin berkurang.

Platinum menggunakan “pt” sebagai unit ketulenannya, dan platinum tulen adalah pt1000. Pt950 bermaksud kandungan platinum 95% manakala pt 900 bermaksud kandungan platinum 90%. Semakin tinggi ketulenan, semakin tinggi harga platinum. Palladium adalah bahan logam yang paling banyak digunakan dalam proses pembuatan aloi yang terdiri daripada campuran logam platinum.

Mengapa barang kemas bertukar warna?

Punca perubahan yang paling biasa ialah barang kemas terdedah kepada oksigen, peluh, sebum serta bahan kimia seperti bahan pencuci, syampu, dan bahan-bahan kimia air panas (merkuri, florida ) menyebabkan tindak balas kepada perubahan warna.

Emas atau platinum tidak akan berubah warna. Walau bagaimanapun, semakin tinggi kutulenan emas atau platinum, semakin mudah untuk ia berubah bentuk, maka ia perlu dicampur dengan logam lain. Penyebab utama barangan kemas berubah warna adalah disebabkan campuran logam lain yang teroksida. Hal ini adalah kerana kurangnya kandungan emas atau platinum dalam barangan kemas tersebut.

Sekiranya anda mahu barang kemas anda tidak menukar warna dengan mudah, disarankan untuk memilih produk emas K18 atau produk platinum pt900 dan keatas.

Barang kemas saya telah teroksidan dan menukar warna, apa yang perlu saya lakukan?

Cara-cara

Guna kain lembut atau cuci dengan bahan pencuci neutral akan menghalang barang kemas daripada berubah warna. Oleh kerana terdapat sisa sebum atau peluh pada barang kemas ia akan menyebabkan pengoksidaan. Cara terbaik adalah mencuci barang kemas setiap kali selepas digunakan. Sekiranya barang kemas telah berubah warna, cara yang paling berkesan adalah menggosok bahagian yang telah bertukar warna dengan menggunakan kain yang dikhaskan untuk barangan kemas.

Patikan cop (stamping) barang kemas sebelum proses pencucian!

Oleh kerana bahan-bahan logam dan kaedah pemprosesan barang kemas yang berbeza, maka kaedah pencucian juga berbeza. Perlu diingatkan emas dan platinum sifatnya lembut, semakin nipis barang kemas tersebut, semakin mudah ia putus.

Terdapat beberapa jenis cop yang perlu diberi perhatian khusus seperti :

GF – gold filled
GP – gold plated
PP – plastic electroplating
WG – rhodhium plated

Sekiranya terdapat cop seperti diatas, ia bermaksud barangan kemas tersebut telah disadur dan digilap dan perlu berhati-hati semasa dicuci untuk mengelak daripada tertanggal. Selain itu, anda perlu lebih berhati-hati semasa mencuci barangan kemas yang mempunyai batu permata. Untuk barang kemas yang sangat berharga, disarankan untuk berunding dengan kedai di mana anda membelinya.

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!