Aksesori penting apabila menjual barangan berjenama terpakai | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: February 22, 2021

Aksesori penting apabila menjual barangan berjenama terpakai | JEWEL CAFÉ Malaysia

Pernahkah anda perasan apabila anda membeli barangan berjenama, ia sentiasa disertakan dengan aksesori. Sering kali anda membuang sahaja aksesori ini seperti kad dan lain-lain kerana sudah berpuas hati dengan pembelian barang berjenama anda. Mari kita lihat kaitan aksesori ini dengan harga jualan barang terpakai.

Di pasaran barang berjenama terpakai, aksesori memainkan peranan yang besar!

Terdapat banyak lelongan barang berjenama terpakai di Tokyo. Jika anda pernah ke sana, anda dapat lihat kebanyakkan kedai barang berjenama terpakai ini akan sentiasa menyatakan ‘keadaan yang baik, berserta kotak’. Ini sering dinyatakan pada kedai-kedai barang terpakai.

Aksesori seperti riben di kotak, terdapat banyak aksesori seperti jenis-jenis kotak, beg kain, kad jaminan, kad penyelenggaraan dan lain-lain.

Terdapat juga aksesori barang berjenama dijual begitu sahaja. Jadi bagi barangan berjenama terpakai yang mempunyai aksesori, harganya jauh berbeza dari barang yang tidak mempunyai sebarang aksesori.

Contohnya, seperti beg kain Louis Vuitton. Beg LV ini sering diberi sekali beg kain biasa yang nipis sahaja. Walaubagaimanapun, disebabkan beg kain ini harga produk terpakai anda akan berbeza 1-2 peratus. Ini sama bagi lelongan atau kedai barang terpakai. Jika anda pergi ke kedai barang terpakai dengan produk anda yang disertakan beg kain itu, ia dapat membantu memastikan ketulenan barang anda.

Aksesori apa yang memberi kesan kepada harga?

[Simpan apa sahaja semasa anda membeli barang berjenama]

[Sila sahkan sama ada aksesori anda lengkap sebelum menjual, adakah terdapat barang yang tidak mencukupi, lebih baik anda mencari di rumah terlebih dahulu]

Apa itu aksesori? Berikut adalah penjelasan ringkas.

● Kad jaminan – Kad jaminan digunakan untuk membuktikan bahawa produk itu tulen, dan setiap barang berjenama akan mengeluarkan kad yang disertakan dengan produk. Beberapa jenama mungkin tidak dapat dijual semula tanpa kad ini, jadi ia sangat penting. Dalam beberapa kes, terdapat tag atau label yang melekat pada produk, jadi sebaiknya berhati-hati agar tidak kehilangannya.

● Kotak – Beg tangan, dompet, jam tangan dan kebanyakan produk berjenama akan dibungkus dengan kotak. Beg tangan besar dan kotaknya mungkin tidak perlu, tetapi jika benda kecil seperti dompet atau jam tangan, kotak itu sangat penting dan lebih baik menyimpannya dengan baik.

● Kad penyelenggaraan / Buku penyelenggaraan – Ia antara aksesori yang paling penting bagi jam tangan dan perhiasan berjenama. Selain berguna pada masa penjualan, ia juga penting apabila hendak diperbaiki.

● Beg Kain – Beg kain adalah beg nipis yang digunakan untuk melindungi beg tangan dan barang-barang lain. Ia sering diabaikan, tetapi sebenarnya ia adalah salah satu faktor yang penting untuk meningkatkan harga jualan semula.

Selain itu, ketika membeli permata atau barang kemas, selain daripada sijil penilaian terdapat juga beberapa jenama yang menyertakan sijil pembeliannya juga. Semasa membeli barang berjenama, anda perlu menyedari apa yang penting untuk anda simpan.

Adakah anda mempunyai habit memelihara?

Anda hanya boleh menyimpan aksesori yang kecil dan meletakkannya di tempat yang sama untuk mengelakkan kehilangan. Sekiranya terdapat kad jaminan, buku penyelenggaraan atau lain-lain. Anda boleh memasukkannya ke dalam kotak bersama. Ataupun anda boleh kumpul dan satukannya di satu tempat. Sekiranya barang itu adalah dompet atau beg tangan, mungkin anda boleh menyimpannya di dalam produk anda atau memasukkannya ke dalam beg kain.

Anda tidak akan tahu bila anda akan menjual barang berjenama anda. Dengan kesedaran untuk pemeliharaan barang anda seperti yang telah dinyatakan di atas, ia bagi memudahkan anda untuk masa hadapan.

Simpan aksesori kelihatan baik?

Menjaga semua aksesori dengan baik adalah untuk mengelakkan harga jualan semual tidak turun terlalu banyak. Tetapi selain daripada tanggapan yang baik dengan adanya aksesori, aksesori dari jenama itu sendiri adalah bukti ketulenannya.

Kedai barang terpakai sering perlu mengambil risiko dengan kemungkinan barangan palsu. Malah penilai yang paling berpengalaman juga adalah manusia dan tidak dapat menjamin bahawa mereka tepat 100%. Jadi turun naik harga mungkin juga berlaku bagi barang yang telah dinilai berdasarkan keadaan, di mana kerugian juga mungkin berlaku.

Walau bagaimanapun jika beg kain dan aksesori yang lain anda lengkap, itu akan membuatkan orang merasa boleh dipercayai, dan kedai barang terpakai juga akan membelinya kerana rasa selamat, dan kepastian ini akan mencerminkan harga barangan anda. Walaupun aksesori tidak mempunyai nilai tambah yang banyak, ia tetap merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi harga jualan semula. Oleh itu, kami hara panda boleh berpegang kepada kepercayaan bahawa ‘aksesori adalah sebahagian daripada barang berjenama anda’ jadi jagalah dengan baik.

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!