AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

JENAMA BEG TANGAN MEWAH YANG POPULAR DI MALAYSIA!

April 25, 2021

COACH

 

 

コーチ ボディバッグ・ウエストポーチ ミニバッグ ベルトバッグ ミニポシェット シグネチャー F39657 PVCコーティングキャンバス×レザー ブランド COACH ギフト プレゼント 送料無料 新品同様 中古

 

 

Coach merupakan sebuah syarikat gergasi yang terkenal, berasal dari Amerika Syarikat. Jenama Coach ini adalah satu satunya jenama mewah dengan harga mampu milik! Beg tangan jenama Coach sering mendapat tempat di hati peminatnya kerana reka bentuk yang bergaya dan fashion yang tidak lapuk dek zaman serta jenis kain/bahan yang tahan lama juga dititik beratkan.

 

 

LOUIS VUITTON

 

 

ルイヴィトン ハンドバッグ シエナ PM ダミエ N41545 カラー ダークブラウン ブランド LOUIS VUITTON ギフト プレゼント 送料無料 中古

 

 

Louis Vuitton pula adalah jenama mewah yang disegani dek kerana produk yang dihasilkan adalah sangat berkualiti tinggi setanding dengan harganya yang mahal. LV diasaskan pada tahun 1854 oleh pereka bernama Louis Vuitton di Perancis. Selain beg tangan, LV juga mengeluarkan produk kasut, barang kemas, aksesori dan sebagainya.

 

 

Jenis produk yang popular ialah jenis Damier, Monogram, Epi Leather dan sebagainya. Beg tangan yang paling popular pula adalah Louis Vuitton Neverfull, Louis Vuitton Handbag Alma PM Epi Leather, Louis Vuitton Speed dan Louis Vuitton Monogram wallet.

 

 

LONGCHAMP

 

 

ロンシャン LONGCHAMP バッグ トートバッグ 2605 089 A23 KAKI 【プリアージュ】 Sサイズ 【bgl】【nbk】

 

 

Jenama yang popular di Malaysia seterusnya adalah LongChamp yang diasaskan oleh Jean Cassegrain pada tahun 1948 di sebuah syarikat terletak di Perancis. LongChamp telah mengeluarkan satu produk beg tangan yang diberi nama Le Pliage.

 

 

Produk ini sangatlah terkenal diseluruh dunia termasuklah negara Malaysia sendiri dek kerana beg tangannya yang ringan, ringkas, rekabentuk yang comel dan boleh memuatkan banyak keperluan seperti dompet, beg makeup, telefon bimbit, kunci, keychain, baju spare dan sebagainya. Boleh dikatakan beg tangan ini mampu memenuhi semua keperluan wanita seharian.

 

 

CHANEL

 

 

シャネル 長財布 二つ折り フラップ ロングウォレット ゴールド金具 ココマーク A80758 カラー パープル ブランド CHANEL 送料無料 中古 ギフト プレゼント

 

 

Beg tangan berjenama Chanel adalah yang sangat popular terutamanya bagi kalangan wanita yang berkelas. Diasaskan di Perancis oleh Alain Wertheimer dan Gérard Wertheimer, Chanel merupakan icon beg tangan kulit mewah yang menjadi pilihan wanita seluruh dunia.

 

 

Reka bentuk yang berkelas mampu menambat hati para wanita untuk memiliki koleksi daripada jenama mewah ni. Antara yang menjadi perhatian adalah beg tangan Chanel 2.55, Chanel Classic, Chanel Wallet on Chain dan Chanel Oh My Boy Graffiti Bag.

 

 

PRADA

 

 

プラダ ハンドバッグ 2WAY ショルダーバッグ 三角ロゴ シルバー金具 サフィアーノルクス 1BA863 カラー グラナート ブランド PRADA ギフト プレゼント 中古

 

 

Prada ditubuhkan pada tahun 1913 oleh Mario Prada dan abangnya Martino. Prada mempunyai keunikannya sendiri sehinggakan boleh menempatkan nama dipersada dunia. Keistimewaan Prada adalah ianya diperbuat daripada kulit yang berkualiti tinggi serta imej vintej yang menawan. Prada sangat popular dan sesuai dikenakan di majlis makan malam yang ekslusif.

 

 

GUCCI

 

 

グッチ ショルダーバッグ ディオニュソス クロスボディ チェーンショルダー パーティーバッグ GGブルームス 400249・486628 カラー ベージュ×ピンク×オレンジ×グリーン ブランド GUCCI 美品 ギフト プレゼント

 

 

Jenama yang diasaskan oleh Guccio Gucci di Florence pada tahun 1921 ini sering menjadi buah mulut para wanita seluruh dunia dan di Malaysia dek kerana keunikan dan kecantikan reka bentuk yang pelbagai serta kreatif.

 

 

Gucci juga sering menghiasi ruang majalah dan billboard di serata dunia. Bukan itu sahaja, Gucci berada di kedudukan ke-38 jenama paling berharga, dalam senarai Forbes World’s Most Valuable Brands list.

 

 

Antara beg tangan yang menjadi pilihan para wanita adalah Gucci GG Marmont, Gucci Jackie bag, Gucci Queen Margaret, Gucci Bamboo Bag, Gucci Dionysus and Gucci Sylvie.

 

 

MICHAEL KORS

 

 

マイケルコース ハンドバッグ 2WAY ショルダーバッグ ゴールド金具 カラー フューシャ ブランド MICHAEL KORS ギフト プレゼント 中古

 

 

Jenama yang terakhir ini menjadi pilihan wanita kerana kecantikan rekabentuk dan pelbagai warna boleh dipilih. Diasaskan oleh pereka fesyen Amerika Syarikat bernama Michael David Kors. Selain beg tangan, produk lain adalah aksesori, jam tangan, barang kemas, kasut dan minyak wangi.

 

 

INGIN MENDAPAT WANG SEGERA DENGAN MENJUAL BEG TANGAN TERPAKAI BERJENAMA MEWAH ?

 

 

Kunjungi Jewel Cafe, sebuah syarikat yang membeli beg tangan terpakai berjenama mewah seperti Coach, Louis Vuitton, Chanel, Prada, Gucci, Michael Kors dan sebagainya dengan membelinya secara tunai serta merta!

 

 

Website – https://jewel-cafe.my/

No tel – 03-3358-8466

 

 

Kami melakukan penilaian kepada beg tangan berjenama anda secara percuma sahaja!

 

 

page top
page top