Seri Kembangan | AEON Taman Equine Shopping Centre blog
Q&A Mengenai Jam Tangan Berjenama~~ April 14, 2021

Selamat datang ke blog kami, Jewel Cafe Taman Equine~~





Salam Ramadan Kareem kepada semua muslimin dan muslimat~~





Sebahagian daripada anda sudah pasti mempunyai jam tangan berjenama. Ada juga yang mempunyai koleksi tersendiri. Anda ingin menjualnya tetapi tertanya-tanya dimana dan bagaimana? Jemput datang ke kedai kami Jewel Cafe Taman Equine!



Disini kami sediakan beberapa Q&A berkaitan dengan jam tangan berjenama. Diharap dapat membantu anda menjawab tanda tanya yang sering bermain di ruang fikiran anda.





Q&A BERKAITAN JAM TANGAN MEWAH





Q: Bolehkah saya menjual jam tangan saya dan jenama apa sahaja yang diterima?





A: Kami menerima jam tangan berjenama antarabangsa seperti Rolex, Tag Heuer, Omega, Patek Philippe, Chanel, Cartier, Jaeger-Lecoultre dan banyak lagi. Disini saya sertakan link yang anda boleh lihat sendiri senarai jenama yang boleh kami beli. https://jewel-cafe.my/tokei-kaitori/





Q: Adakah saya perlu membuat sebarang bayaran untuk dinilai?





A: Di Jewel Cafe, kami menyediakan servis penilaian secara PERCUMA! Ya! Tiada sebarang caj dikenakan. Anda hanya perlu membawa jam anda ke kedai kami. Sewaktu proses penilaian dilakukan, makanan dan minuman ringan turut disediakan untuk pelanggan.





Q: Berapa lamakah proses diambil?





A: Untuk setiap proses penilaian akan mengambil masa 20 minit ke atas bergantung kepada kuantiti barang yang di bawa. Perlu diingatkan juga, proses penilaian yang teliti akan dilaksanakan oleh staf kami yang profesional. Jadi, kerjasama dari pelanggan amatlah dihargai. Ini bagi membantu pelanggan kami dalam memberikan harga yang terbaik kepada mereka.





Q: Bolehkah saya letak jam saya di kedai?





A: Konsep kedai Jewel Cafe adalah membeli terus secara TUNAI. Kami tidak mengamalkan konsep letak dan beli semula bukan seperti pajak gadai. Kami juga bukanlah kedai yang berkonsepkan pengumpul barang. Setiap barang yang dibeli adalah berdasarkan permintaan pasaran di Jepun.





Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut di nombor telefon :





JEWEL CAFE TAMAN EQUINE : 03-8959 4110





Kami buka setiap hari termasuk Cuti Am;





10:00 a.m – 9:00 p.m





Jual YSL Bag Anda dan Tukarkan kepada TUNAI April 13, 2021

Selamat datang ke blog kami~


Teruskan dengan penjagaan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


Anda memiliki tas tangan YSL yang ingin dijual? Jemput datang ke kedai kami!


JEWEL CAFE


Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No.1 di Jepun yang berada di Malaysia. Pada awalnya kami hanya membeli barangan kemas dan kemudiannya diperkembangkan lagi dengan menambah pembelian barangan berjenama.


Kami membeli tas tangan, dompet, tali pinggang, jam tangan dan banyak lagi. Sekiranya anda mempunyai set lengkap ataupun tidak, kami masih boleh membelinya.


TAS TANGAN YSL


Jenama Yves Saint Laurent atau singkatannya YSL merupakan salah satu jenama antarabangsa yang terkenal dengan reka bentuknya yang anggun dan terkenal dengan warnanya yang serba hitam.


SERVIS ANGGARAN HARGA PERCUMA


Untuk sebarang penilaian, kami menyediakan penilaian secara peruma. Barang yang ingin dinilai anda perlu membawanya ke kedai kami. Setiap penilaian mengambil masa antara 20 ke 30 minit bergantung kepada jenis dan jumlah barangan yang di bawa. Penilaian akan dilakukan oleh staf kami yang profesional.


Sewaktu proses penilaian dijalankan, minuman dan makanan ringan turut disediakan untuk pelanggan. Bagi mereka yang datang bersama anak-anak kecil, tempat mainan mini turut disediakan. Semua barangan yang dibeli akan dibayar secara TUNAI.


Disini merupakan contoh bag YSL yang pernah dibeli oleh kami.




Emas Anda Patah? Subang Hilang Sebelah? Jual Kepada Kami~~ March 29, 2021

Hi! Terima kasih kerana sudi melayari blog kami~~





Marilah kita menjalani norma hidup baru, kerap cuci tangan anda, sentiasa jaga jarak 1 meter, marilah kita sama-sama #kitajagakita.





Pada yang tinggal berdekatan Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Bangi, Kajang dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan senarai di atas, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke kedai kami.





Lokasi Kedai Kami





Kedai kami terletak di dalam Pusat Membeli Belah Aeon Equine, di level G berhadapan dengan Aeon Electrical dan bersebelahan dengan Kedai Guardian.









Adakah anda tahu apa itu Jewel Cafe?





Jewel Cafe merupakan sebuah Kedai Kitar Semula No. 1 Jepun yang mempunyai lebih dari 200 buah kedai di Jepun, Hong Kong, Taiwan, China, Singapura dan juga Malaysia. Di Malaysia sahaja, sudah empat cawangan di buka, di Aeon AU2 Setiawangsa, di Aeon Taman Maluri, Aeon Bukit Raja, Aeon Taman Equine dan Aeon Bukit Mertajam.





Pada awalnya, Jewel Cafe hanya berurusan dalam pembelian barangan kemas sahaja. Apa jua jenis emas, samaada emas kuning, emas putih, perak, suasa, batu berlian kami beli. Tetapi sekarang kami turut menerima barangan berjenama yang terdiri daripada tas tangan, dompet, tali pinggang, jam tangan dan macam-macam lagi.





Barang Kemas Anda Patah?





Barang Kemas Anda Hilang Sebelah?





Tiada Resit?





Jangan risau. Kedai kami masih boleh menerima barangan kemas anda meskipun semua perkara di atas anda sedang alami.





Anggaran Secara Percuma dan Bayaran Secara Tunai





Kedai kami menyediakan perkhidmatan yang menyediakan anggaran secara percuma bagi setiap transaksi yang dilakukan. Penyediaan air dan makanan ringan turut disediakan bagi mengurangkan masa menunggu pelanggan sewaktu pihak kami sedang melakukan anggaran.





Selain daripada itu, untuk setiap transaksi yang berjaya dilakukan, pihak kami akan membayar secara TUNAI. Ya, pihak kami akan membayar secara TUNAI pada masa itu juga.





Jadi, apa tunggu lagi? Marilah datang ke kedai kami.

PEMBELI TUNAI JAM TANGAN BERJENAMA March 28, 2021

Selamat datang blog kami~~





Moga hari minggu anda dipenuhi dengan warna-warni kehidupan~~


Sentiasa memakai topeng pelitup muka anda bila diluar, jaga jarak di antara satu sama lain, jangan lupa untuk mencuci tangan mahupun menggunakan sanitizer.


Tahukah anda Jewel Cafe turut membeli barangan berjenama selain daripada baranga kemas?


KENALKAN, JEWEL CAFE


Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No.1 Jepun yang berada di Malaysia. Pada awalnya, kami hanya membeli barangan kemas. Contohnya, barang kemas seperti gelang, rantai, cincin dan juga barang perhiasan seperti patung emas. Tidak kira emas kuning, emas putih, dari grad K24 sehingga K9, kami boleh membelinya. Platinum, perak, berlian juga kami beli.


Untuk barangan berjenama, jika anda mempunyai tas tangan, bag dompet, jam tangan dan macam-macam lagi. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan jenama apa yang boleh dijual, anda boleh menghubungi mana-mana kedai kami.


TUKAR JAM TANGAN ANDA KEPADA TUNAI


Jika anda mempunyai jam tangan berjenama seperti senarai di bawah, dan anda terfikir untuk menjualnya, anda boleh datang ke kedai kami. Anda masih mempunyai set yang lengkap atau tidak, ada resit ataupun tidak, kami boleh membelinya.



Senarai Jenama yang Kami beli;


  • IWC
  • ALPINA
  • YVES SAINT LAURENT
  • Van Cleef&Arpels
  • VACHERON CONSTANTIN
  • VICTORINOX
  • VERSACE
  • WALTHAM
  • HUBLOT
  • EDIFICE
  • ETERNA
  • EDOX
  • EBERHARD
  • EBEL
  • HERMES
  • EMPORIO ARMANI
  • OCEANUS
  • AUDEMARS PIGUET
  • OMEGA
  • ORIENT
  • ORIS
  • GAGA MILANO
  • CASIO
  • CARTIER
  • Calvin Klein
  • GUCCI
  • CVSTOS
  • Grand Seiko
  • Christian Dior
  • CREDOR
  • COACH
  • CORUM
  • CONCORD
  • JACOB&Co.
  • G-SHOCK
  • CITIZEN
  • JAEGER-LECOULTRE
  • JAQUET DROZ
  • CHANEL
  • CHARRIOL
  • JEANRICHARD
  • Chopard
  • CHAUMET
  • GIRARD-PERREGAUX
  • SINN
  • SKAGEN
  • SUUNTO
  • SEIKO
  • SECTOR
  • ZENITH
  • TAGHEUER
  • Daniel Wellington
  • DAMIANI
  • dunhill
  • TUDOR
  • DIESEL
  • TISSOT
  • TIFFANY&Co.
  • NIXON
  • PATEK PHILIPPE
  • PANERAI
  • BURBERRY
  • HAMILTON
  • HARRY WINSTON
  • HUNTING WORLD
  • PIAGET
  • FENDI
  • FOSSIL
  • BOUCHERON
  • BUCHERER
  • BREITLING
  • FRANCK MULLER
  • BLANCPAIN
  • BVLGARI
  • BREGUET
  • FREDERIQUE CONSTANT
  • BULOVA
  • Bell&Ross
  • BAUME&MERCIER
  • BALL WATCH
  • Paul Smith
  • MARC JACOBS
  • MECCANICHE VELOCI
  • MAURICE LACROIX
  • MONTBLANC
  • ULYSSE NARDIN
  • RADO
  • RALPH LAUREN
  • A.LANGE&SOHNE
  • RICHARD MILLE
  • LOUIS VUITTON
  • LUMINOX
  • ROGER DUBUIS
  • ROLEX
  • LONGINES

Jadi tunggu apa lagi? Jom datang ke kedai kami, Jewel Cafe yang terletak di Aeon Shopping Mall Taman Equine. Kami bersebehan dengan kedai Guardian, tingkat G.


Isnin – Ahad (Termasuk Cuti Am): 10:00 a.m – 9:00 p.m

CARA UNTUK MENGENALPASTI JAM ROLEX YANG ASLI March 22, 2021

Selamat datang ke blog kami~



Syukur dengan pemberian vaksin Covid oleh kerajaan untuk rakyatnya. Walaubagaimanapun, kita masih dalam usaha membasmi pandemik ini, jadi janganlah kita sesekali lupa dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


– Sentiasa memakai topeng pelitup muka anda

– Sentiasa membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer

– Jagalah jarak diantara satu sama lain


Sebelum itu, pernahkah anda mendengar berkenaan kedai kami?


Apa itu Jewel Cafe?





Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No.1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas dan juga barangan berjenama.



Untuk barangan kemas, kami bukan sahaja membeli emas kuning malahan turut membeli emas putih, berlian, platinum, perak dan juga barang perhiasan kemas. Dari gred K24 sehingga K9. Jika barang kemas anda tiada resit, ataupun sudah putus mahupun hilang sebelah, kami turut boleh membelinya.






Selain daripada itu, kami juga membeli barangan berjenama seperti jenama Louis Vuitton, Cartier, Christian Dior, Hermes, Omega, Panerai, Rolex dan macam-macam lagi.


Contoh barangan berjenama yang boleh dibeli oleh kami adalah seperti tas tangan, jam tangan, beg dompet lelaki mahupun perempuan, dan macam-macam lagi. Sekiranya anda masih mempunyai set lengkap seperti kotak, dust bag, kad waranti, resit, ini boleh menambah sedikit kredit sewaktu penilaian dijalankan.







Rolex sinonim dengan penampilan mewah. Memiliki Rolex bukanlah sekadar pada fesyen, malah boleh membuahkan rasa konfiden pada diri sipemakai. Selain daripada itu, ia turut menjadi salah satu sumber pendapatan di mana jam tangan Rolex ini mempunyai nilai jualan semula yang agak berbaloi.


Tetapi, pernahkah anda tahu bagaimana untuk menilai ketulenan sesebuah jam tangan Rolex itu sendiri?


Mari saya kongsikan tips-tips yang anda boleh aplikasikan sewaktu membeli jam tangan Rolex;











# BELI DI KEDAI ROLEX SENDIRI





Sekiranya anda pergi ke kedai yang menjual jam Rolex sendiri, sudah pasti boleh dipercayai penjualnya. Hal ini kerana mereka tidak akan menjual barangan palsu. Jadi tidak perlu ada kesangsian dalam urusan pembelian.





#DENGAR BUNYI JAM





Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan jam betul-betul di telinga anda, dan dengar detak bunyi jam tersebut. INGAT! Jam tangan Rolex menggunakan pergerakan automatik. Jarang untuk buatan jam Rolex kini masih lagi menggunakan bateri. Jika anda mendengar bunyi detak yang terhenti setiap saat, “tik..tik..tik..” , ini sekaligus menunjukkan jam tersebut tidak tulen.





#PEGANG DAN RASA BERAT JAM





Pembuatan jam tangan Rolex dibuat daripada logam. Logam itu sendiri sifatnya berat. Dan ini menunjukkan jam tangan Rolex agak berat jika dipegang. Dengan perincian kraf pada jam tangan Rolex itu sendiri, samaada pada tali mahupun kepala jam, ini turut menambahkan lagi beratnya. Jam tangan Rolex yang ringan nyata membuktikan ia palsu.





#KANTA PEMBESAR (PADA TARIKH)





Kanta pembesar yang menunjukkan tarikh pada permukaan jam tangan Rolex, menggunakan kualiti yang terbaik. Sekiranya anda lihat tarikh itu tidak diperbesarkan dengan baik tarikhnya, itu sudah pasti palsu. Kanta pembesar ini memperbesarkan paparan dan jika anda lihat dengan mata kasar, permukaan kanta ini adalah rata dan bukanlah berbentuk melenkung ke atas.





#HARGA JAM





Seiring dengan nama jenama yang dibawa, Rolex, yang menampilkan kemewahan dan juga perincian serta pembuatan yang terbaik, sudah pasti harga sesebuah jam tangan Rolex itu sendiri agak mahal. Berbaloi dengan bayaran yang dibuat kerana jangka hayat jam tangan Rolex ini agak lama jika digunakan dengan baik. Sesebuah jam tangan Rolex yang menampilkan reka bentuk yang ringkas sahaja boleh mencapai harga RM15,000 ke atas. Tidak logik jika anda membeli jam tangan Rolex dengan harga ratusan ringgit sahaja.





#NOMBOR SIRI DAN MODEL JAM





Untuk jam tangan tulen, nombor siri dan model jam akan terdapat di tepi kedua-dua belah kepala jam. Sekiranya tiada sebarang nombor, ini 100 peratus menunjukkan jam itu palsu. Cara lain juga adalah semua nombor ini adalah secara manual bukannya menggunakan mesin. Kalau nombor yang anda lihat itu terlalu cantik atau sempurna nombornya seperti buatan mesin, ini juga menunjukkan jam itu palsu.

Diharap dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda dalam mengenalpasti ketulenan sesebuah jam tangan Rolex.





Membeli jam tangan oris secara tunai December 22, 2020

Salam sejahtera semua

Pembeli tunai jam tangan Oris

Anda mempunyai jam tangan oris  yang tidak digunakan lagi dan masih berfungsi dengan baik. Ingin menjual tetapi tidak tahu dimana? Kami di Jewel Cafe Malaysia sedia membantu anda. Jewel Cafe berkhidmat secara utama adalah untuk membeli barangan emas terpakai dan membeli semua barangan jenama terkenal dan mewah seperti berikut,  Louis Vuitton, Chanel, Gucci, Hermes, Salvatore Ferragamo, Omega, Rolex, Breitling, Cartier, Christian Dior, MONT BLANC, Prada, Bvlgari, Patek Philippe, FRANCK MULLER , dan sebagainya





Penilaian secara percuma

Sila kunjungi cawangan kami yang berhampiran tempat anda untuk mendapatkan PENILAIAN PERCUMA untuk semua barang kemas dan barang berjenama anda.



Sila sertakan dokumen pengesahan pembelian atau resit, kad, kotak, dan sebagainya untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi.

Konsep tunai

Kami akan membayar secara TUNAI segera sekiranya anda  bersetuju dengan harga tersebut! Penilaian sesuatu produk adalah mengikut harga berdasarkan kondisi, kulit, ketulinan dan sebagainya.  


Kehadiran anda amat dialu alukan oleh pihak kami JEWEL CAFE!! Yang paling menarik ialah kami menyediakan tempat permainan kanak-kanak, minuman dan snek percuma sementara menunggu barangan anda diperiksa.  

Untuk keterangan lanjut, sila berjumpa dengan staff kami di mana-mana cawangan kami yang berhampiran anda.

*Tertakluk  pada terma dan syarat


Lokasi

TAMAN EQUINE
AEON TAMAN EQUINE SHOPING CENTRE,
LOT G15, GROUND FLOOR,
NO. 2, JALAN EQUINE TAMAN EQUINE,
PUSAT BANDAR PUTRA PERMAI,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
TEL: 03-8959 4110

KISAH ROLEX DATEJUST December 14, 2020

Hi, selamat datang ke blog kami~~~





Umum sedia maklum kita masih dalam proses pemulihan dari wabak Covid 19. Moga semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan jangan lupa untuk memakai topeng pelitup muka anda.





Adakah anda memiliki jam tangan Rolex Ladies Datejust? Anda tahu sejarahnya? Mari saya kongsi cerita dengan anda.





ROLEX













SEJARAH





Jam tangan Rolex merupakan jam tangan berjenama ternama. Pengasas Rolex ialah Hans Wildrof dan Alfred Davis. Ibu pejabat untuk jenama ini bertempat di Geneva, Switzerland. Rolex ditubuhkan di London, United Kingdom pada tahun 1905.





Rolex mengeluarkan pelbagai jenis model di bawah naungannya. Dan untuk setiap model mempunyai peminat dan pulangannya tersendiri. Adakah anda pernah terfikir bahawa jam tangan Rolex anda boleh menjadi satu jenis sumber pelaburan pada masa hadapan? Tetapi ini bergantung kepada jenis model yang anda miliki. Kerana, setiap model pulangan pelaburannya adalah berbeza.





ROLEX LADIES DATEJUST





















Jam tangan Rolex Ladies Datejust direka khas bagi golong wanita dengan size yang kecil mungil seiring dengan tagline Rolex sendiri, “Jam tangan feminin yang klasik” yang menampilkan gaya dan teknikalnya tersendiri. Untuk kategori ini juga menampilkan pelbagai model. Model ini telah dilancarkan pada tahun 1957.





Pelbagai jenis model Ladies Datejust yang boleh dipilih oleh pengguna dalam menampilkan personaliti yang tersendiri. Daripada gaya yang anggun sehingga mampu menyerlahkan kemewahan yang luar biasa kepada si pemakai.





NILAI PULANGAN ROLEX LADIES DATEJUST





Untuk setiap jam Rolex, nilai pulangannya adalah berbeza bergantung kepada setiap model dan keistimewaannya yang tersendiri. Jika Rolex Ladies Datejust anda mempunyai berlian, ataupun talinya diperbuat daripada emas putih K18 atau emas kuning K18, ataupun model Ladies Datejust anda adalah edisi terhad atau keluaran terhad, kemungkinan harga pulanggannya tinggi. Jadi, ia bergantung kepada jenis model untuk setiap jam anda.





Bagi mengetahui nilai jual balik jam tangan anda, anda boleh datang ke kedai kami yang bertempat di dalam pusat membeli belah AEON SHOPPING MALL TAMAN EQUINE. Kami terletak di tingkat LG bersebelahan dengan Kedai Guardian. Waktu operasi kami adalah seperti berikut:





Isnin hingga Ahad (Termasuk Cuti Am) : 10.00a.m – 8.00p.m

PEMBELI TUNAI EMAS PUTIH-JEWEL CAFE AEON TAMAN EQUINE December 7, 2020


Hi, selamat datang ke blog kami~~



Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat, sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan lupa untuk memakai topeng pelitup muka anda dan keraplah membasuh tangan anda.



Kedai kami terletak di dalam Aeon Shopping Mall Taman Equine, tingkat atas bersebelahan dengan Kedai Guardian. Waktu beroperasi kami ketika ini adalah seperti berikut:



Setiap hari (Termasuk Cuti Am) : 10.00 a.m – 8.00 p.m



Anda memliki emas putih yang tidak dipakai?



Ingin menjualnya? Tidak tahu dimana?



Jangan risau, kedai kami membeli emas putih anda!



EMAS PUTIH





Sudah pasti sebahagian daripada anda suka membeli emas putih. Emas putih mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Tetapi adakah anda tahu tidak semua kedai perhiasan yang membeli semula emas putih?



Jangan risau! Kedai kami boleh membeli emas putih anda meskipun anda tiada resit. Kedai kami, Jewel Cafe merupakan kedai Kitar Semula No 1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas seperti emas kuning, emas putih, berlian, perak dan suasa.





ANGGARAN HARGA PERCUMA DAN BAYARAN TUNAI



Pihak kami menyediakan servis anggaran harga secara percuma. Untuk setiap anggaran mengambil masa antara 15 ke 20 minit bergantung kepada jumlah barangan yang anda bawa. Semasa servis dijalankan, pelanggan akan disediakan dengan makanan dan minuman ringan.



Untuk setiap transaksi yang berjaya, pelanggan akan dibayar dengan bayaran secara TUNAI!. Betul. Bayaran TUNAI akan diberikan. Bagi semua barangan kemas adalah berdasarkan ketulenan emas.





Jadi tunggu apa lagi, jom datang ke kedai kami.

WAY TO SPOT FAKE HERMES December 6, 2020


Hi, welcome to our blog. Hoping you guys having a great weekend.



As we still in phase fighting the Covid virus, we hope everyone follow all the guidance for the SOP that been stated by the government and take care of your health with extra care.



Have you ever heard of ‘HERMES’?





Hermes famous for it’s high end first class leather quality made. With the luxuries feel made it very exclusive that even it is not easy for you to get it. You need to be in line in order to get it.



Hermes famous with its iconic signature which is the duc-carriage-with-horse logo also signature orange box. Hermes famous for its delicate, fine, tiptop handmade work for each handbag that using the finest leather.



But have you ever thought is it your Hermes handbag is really authentic? Let us share to you few tips.



HOW TO SPOT THE FAKE POINTS



1. THE QUALITY OF THE LEATHER



Hermes using a very high quality leather for all their handbags. You can feel the texture itself. Plus you can see from the way the bag stands. It won’t be soft or fallen. From the smell, you can smell the leather itself.



2. HARDWARE



Hermes’s hardware quality is one of the tiptop quality as they using a very high standard leather, they need to make sure the hardware also in a very good quality. They using such as plated gold or palladium plated. For this hardware, if you see any bubble on it, then it is believe that it might be not authentic. If you test it with any magnet, if the hardware attach to the magnet, it also might not authentic.





3. ZIPPER



Hermes bag zipper normally they will use with name ‘riri’ engraved below it. Even the zipper will not look sloppy and lower grade. Above the zipper, the word ‘Hermes’ will engraved on it. Then it will never be hang down 90 degrees for the puller. The puller will never fail to be parallel with the zipper.



4. THE HEAT STAMP



Lastly is for the heat stamp. This stamp using the same font also they line evenly for the size and line. This stamp will either be in gold color or silver color. The word nicely embossed on the bag also elegant.



We hope with this sharing information can help you with the next purchase. If you have Hermes bag and intend to sell it, you can come to our shop, located inside Aeon Mall Taman Equine, first floor beside Guardian shop.

HARGA EMAS BOLEH JATUH! December 2, 2020

Hi! Selamat datang ke blog kami!


Kita masih lagi dalam fasa PKPB, marilah kita bersama-sama mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


Topik hangat yang sedang diperkatakan sekarang adalah;


“HARGA EMAS TURUN!’


Adakah anda tahu harga emas juga boleh turun atau jatuh?


Apakah faktor-fator yang menyebabkan harga emas ini jatuh?



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS





1. PENEMUAN VAKSIN COVID


Berita yang hangat sedang diperkata ketika ini adalah “Vaksin Covid ditemui, Harga Emas Jatuh”. Mengapa ini boleh mempengaruhi harga emas?


Dengan penemuan vaksin ini dipercayai memberikan sedikit nafas lega dalam menangani Covid sekaligus dapat memperbaiki sektor ekonomi negara sekaligus ekonomi dunia. Dengan penemuan ini juga dapat membuka semula ekonomi dunia yang terjejas ekoran penularan Covid seantero dunia.



2. EKONOMI DUNIA


Ekonomi dunia turut terpengaruh dengan wabak Covid ini. Antara sektor ekonomi yang paling terjejas teruk adalah pelancongan. Dipercayai ekonomi dunia perlahan-lahan dalam proses baik pulih.


3. PENGARUH MATAWANG USD


Mata wang USD turut mempengaruhi dalam harga emas. Semakin tinggi nilai mata wang USD berbanding mata wang lain, semakin rendah lah harga emas. Mengapa ini terjadi? Bila mana mata wang USD tinggi, permintaan terhadap emas turut menurun. Hal ini kerana mata wang USD menjadi Kepala dan pelabur akan beralih kepada pelaburan USD berbanding emas.


4. POLITIK DUNIA


Pasti pelik bagaimana politik dunia boleh mempengaruhi harga emas bukan? Andai negara Timur Tengah masih bergolak, isu perdagangan antara US dan juga China masih belum pulih, sektor ekonomi US belum kukuh, sekaligus harga emas boleh turun atau naik.


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam pengetahuan am berkaitan dengan harga emas.


More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag