Susut nilai barangan berjenama Coach
April 12, 2021
Antara jenama yang Jewel cafe boleh membeli adalah Coach. Walaupun Coach merupakan jenama yang terkenal tetapi nilai jualan semula sangat rendah. Untuk kali ini, kami akan senaraikan faktor yang mempengaruhi nilai jualan semula Coach.
Pasaran permintaan
Jewel Cafe merupakan syarikat Jepun yang membeli barangan berjenama terpakai. Oleh sebab itu, semua barangan berjenama yang dibeli akan dihantar ke Jepun untuk dijual semula. Dalam pada itu, pasaran permintaan di Jepun sangat penting dalam menentukan nilai jualan semula. Untuk barangan berjenama Coach, permintaan pasaran di Jepun lebih rendah berbanding jenama lain.
Jualan potongan harga
Faktor utama yang mempengaruhi nilai jualan semula barangan berjenama Coach adalah jualan potongan harga. Contoh di Malaysia, terdapat Premium Outlet yang menjual barangan berjenama Coach dimana pada musim perayaan akan diadakan jualan potongan harga yang sampai potongan 80%. Oleh sebab itu, peminat barangan berjenama Coach akan lebih cenderung membeli yang baru berbanding barangan terpakai.
Tidak menduduki ranking teratas
Coach merupakan jenama mewah yang terkenal tetapi ia bukan menduduki rangking teratas tidak seperti Chanel dan Hermes. Jika anda membeli barangan berjenama untuk pelaburan, jenama Hermes, Chanel atau Louis Vuitton lebih sesuai untuk dibeli. Walaupun sejak kebelakang ini Coach mengeluarkan tas tangan yang lebih mahal tetapi ia tetap tidak dapat mengembalikan reputasi mereka. Boleh dikatakan, Coach kini merupakan barangan berjenama yang mampu milik.


