Kelebihan Menabung Emas | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

Kelebihan Menabung Emas

March 23, 2021

Selamat datang ke blog kami~~



Sentiasa ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.



– Pakai topeng pelitup muka anda

– Jangan lupa untuk kerap membasuh tangan anda ataupun sanitize tangan anda

– Sentiasa jaga jarak anda dan kekalkan jarak selamat





Emas sinonim dengan barang perhiasan diri mahupun perhiasan rumah. Emas menampilkan kemewahan dan keanggunan tersendiri kepada si pemakai. Sekaligus menyerlahkan aura pada si pemakai.



Tetapi tahukah anda bahawa emas juga boleh dijadikan simpanan hari tua ataupun pada masa akan datang?



Mari saya kongsikan kelebihan dalam menabung emas.









#ELAK TERLEBIH BELANJA @ KEBOCORAN WANG



Sudah menjadi lumrah seseorang manusia itu suka berbelanja. Dan setiap manusia ada keinginannya sendiri terhadap sesuatu perkara tidak kira pada makanan, pakaian mahupun perkara lain seperti gadget ataupun permainan.



Jika seseorang itu berniat untuk membuat pelaburan emas setiap bulan dalam membeli saham emas, ataupun menyimpan dengan membeli segram emas 999.9, ini dapat mengelakkan daripada lebihan duit gaji dibelanjakan ke arah lain yang tidak berfaedah.



Saya tidak mengatakan salah untuk berbelanja ke arah lain, tetapi, dengan menyimpan emas ini juga dapat menjamin masa kita pada masa depan. Untuk ini saya akan terangkan pada point yang seterusnya.



Komitmen yang ada setiap bulan akan menggalakkan diri untuk mengasingkan duit terus bagi penyimpanan emas.



#DUIT SIMPANAN TAHAN LAMA



Jika duit simpanan anda disimpan dalam bentuk mata wang, ia sudah pasti dapat dikeluarkan pada bila-bila masa. Begitu juga dengan emas. Anda boleh menjualnya pada bila-bila masa.



Bezanya adalah anda pasti akan melihat terlebih dahulu nilai pulangan jual semula bagi emas adakah anda akan mendapat untung atau tidak. Anda akan melihat harga pasaran emas terlebih dahulu.



Simpanan emas juga tidak akan terjejas dengan inflasi yang automatik akan menganggu kadar mata wang. Emas ini nilainya tidak akan terjejas teruk berbanding dengan mata wang.



Untuk simpanan jangka masa panjang, penyimpanan emas adalah solusi terbaik kerana pulangannya adalah lebih tinggi. Tetapi anda perlu lah menyimpan lebih dari 10 tahun.



Contohnya, anda membeli segram pada tahun 2017, RM170 bagi emas bar 999.9. Jika anda ingin menjual balik pada tahun 2021, segram bagi emas bar 999.9 bernilai RM224.09. Dalam penjualan emas pada tukaran tunai akan ada susut nilainya. Kebiasaannya susut nilai ini adalah antara 10%-20% bergantung kepada setiap kedai.



#BOLEH DIPAJAK GADAIKAN



Bagi mereka yang suka menyimpan emas, baik emas perhiasan mahupun jongkong emas, ini adalah satu manfaat bagi mereka kerana meraka boleh menggadaikan barangan kemas ini jika memerlukan duit dalam kadar segera.



Contoh situasi pertama; A memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan perniagaanya. Dia tidaklah mempunyai simpanan tunai yang banyak tetapi memiliki sejumlah barangan kemas yang agak banyak. Jadi, A boleh menggadaikan barangannya. Jika dia sudah mempunyai tunai yang banyak, A boleh pergi menuntut balik barang gadaiannya.



Contoh situasi kedua; B telah berhutang dan perlu membayar rumah dalam masa terdekat untuk mengelakkan dari rumahnya dilelong atau disita bank. B memiliki beberapa gram jongkong emas yang agak banyak dan kesemuanya mempunyai sijil perakuan yang sah. Maka, B boleh menjualnya dengan kadar yang agak tinggi sekaligus dapat memiliki tunai dengan kadar segera.



Bukanlah sesuatu perkara yang membazir dengan pembelian emas ini kerana ia juga dapat membantu anda dalam keadaan anda memerlukan.



#DITERIMA SELURUH DUNIA



Mempunyai emas fizikal, ataupun saham emas, anda boleh menjualnya di mana-mana sahaja. Cuma satu perkara yang anda kena pastikan adalah bagi jongkong emas, adalah terbaik jika anda membeli yang mempunyai nilai perakuan yang sah. Contohnya jongkong emas PAMP, SUISE, dan banyak lagi.



#SIMPANAN JANGKA MASA PANJANG



Untuk simpanan, anda boleh memilih pelbagai jenis simpanan. Rumah, tunai, saham, dan banyak lagi. Salah satunya juga adalah emas. Bagi mereka yang suka menyimpan barang perhiasan emas, susut nilai tunai bagi barangan kemas ini agak banyak berbanding jongkong emas.



Jika anda merancang untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang, pembelian jongkong emas adalah keputusan terbaik kerana nilai emas tidak akan mengalami susut nilai yang agak tinggi berbanding barangan kemas dan juga tunai.



Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan simpanan.



More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag