Apakah maksud karat | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

Apakah maksud karat

February 1, 2021

Selamat datang ke blog kami ~

Sejak wabak Coronavirus merebak ke suluruh dunia, ekonomi dunia telah jatuh ke paras membimbangkan. Disebabkan wabak Coronavirus merebak dengan cepat dan mengakibatkan ramai kematian, terdapat banyak industri yang perlu diberhentikan operasi buat sementara waktu. Selain itu, banyak industri yang mengalami kerugian dan muflis. Untuk mengelakkan lebih banyak kerugian, ramai pelabur memindahkan dana daripada saham kepada pelaburan emas sekaligus menyebabkan harga pasaran emas dunia meningkat.


Kemajuan teknologi pada masa sekarang menyebabkan terjadinya budaya viral. Oleh sebab itu, dengan adanya kuasa viral ini orang ramai berlumba – lumba membeli emas walaupun pada harga yang mahal. Ini kerana, orang ramai sudah memahami fungsi emas sebagai aset yang bernilai untuk melawan inflasi ketika berlakunya kemerosotan ekonomi. Disini saya akan terangkan apakah maksud karat pada emas dan bagaimana karat menentukan nilai jualan semula.


Seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah diatas, emas mempunyai mempunyai beberapa gred/karat. Karat bermaksud ukuran jumlah emas berbanding bahan lain. Kebanyakan barangan kemas yang dijual terdiri daripada 22k/ 916. 916 yang bermaksud 91.6% sahaja kandungan emas pada barangan tersebut. Elemen lain seperti tembaga dan aluminium telah dicampur untuk mengukuhkan struktus barangan kemas. Oleh itu, adalah lebih baik membeli barangan kemas 22k atau 24k untuk mendapatkan nilai pulangan yang tinggi.

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag