Q&A Mengenai Jam Tangan Berjenama~~
April 14, 2021Selamat datang ke blog kami, Jewel Cafe Taman Equine~~
Salam Ramadan Kareem kepada semua muslimin dan muslimat~~
Sebahagian daripada anda sudah pasti mempunyai jam tangan berjenama. Ada juga yang mempunyai koleksi tersendiri. Anda ingin menjualnya tetapi tertanya-tanya dimana dan bagaimana? Jemput datang ke kedai kami Jewel Cafe Taman Equine!
Disini kami sediakan beberapa Q&A berkaitan dengan jam tangan berjenama. Diharap dapat membantu anda menjawab tanda tanya yang sering bermain di ruang fikiran anda.
Q&A BERKAITAN JAM TANGAN MEWAH
Q: Bolehkah saya menjual jam tangan saya dan jenama apa sahaja yang diterima?
A: Kami menerima jam tangan berjenama antarabangsa seperti Rolex, Tag Heuer, Omega, Patek Philippe, Chanel, Cartier, Jaeger-Lecoultre dan banyak lagi. Disini saya sertakan link yang anda boleh lihat sendiri senarai jenama yang boleh kami beli. https://jewel-cafe.my/tokei-kaitori/
Q: Adakah saya perlu membuat sebarang bayaran untuk dinilai?
A: Di Jewel Cafe, kami menyediakan servis penilaian secara PERCUMA! Ya! Tiada sebarang caj dikenakan. Anda hanya perlu membawa jam anda ke kedai kami. Sewaktu proses penilaian dilakukan, makanan dan minuman ringan turut disediakan untuk pelanggan.
Q: Berapa lamakah proses diambil?
A: Untuk setiap proses penilaian akan mengambil masa 20 minit ke atas bergantung kepada kuantiti barang yang di bawa. Perlu diingatkan juga, proses penilaian yang teliti akan dilaksanakan oleh staf kami yang profesional. Jadi, kerjasama dari pelanggan amatlah dihargai. Ini bagi membantu pelanggan kami dalam memberikan harga yang terbaik kepada mereka.
Q: Bolehkah saya letak jam saya di kedai?
A: Konsep kedai Jewel Cafe adalah membeli terus secara TUNAI. Kami tidak mengamalkan konsep letak dan beli semula bukan seperti pajak gadai. Kami juga bukanlah kedai yang berkonsepkan pengumpul barang. Setiap barang yang dibeli adalah berdasarkan permintaan pasaran di Jepun.
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut di nombor telefon :
JEWEL CAFE TAMAN EQUINE : 03-8959 4110
Kami buka setiap hari termasuk Cuti Am;
10:00 a.m – 9:00 p.m









