CARA UNTUK MENGENALPASTI JAM ROLEX YANG ASLI | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

CARA UNTUK MENGENALPASTI JAM ROLEX YANG ASLI

March 22, 2021

Selamat datang ke blog kami~



Syukur dengan pemberian vaksin Covid oleh kerajaan untuk rakyatnya. Walaubagaimanapun, kita masih dalam usaha membasmi pandemik ini, jadi janganlah kita sesekali lupa dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


– Sentiasa memakai topeng pelitup muka anda

– Sentiasa membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer

– Jagalah jarak diantara satu sama lain


Sebelum itu, pernahkah anda mendengar berkenaan kedai kami?


Apa itu Jewel Cafe?





Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No.1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas dan juga barangan berjenama.



Untuk barangan kemas, kami bukan sahaja membeli emas kuning malahan turut membeli emas putih, berlian, platinum, perak dan juga barang perhiasan kemas. Dari gred K24 sehingga K9. Jika barang kemas anda tiada resit, ataupun sudah putus mahupun hilang sebelah, kami turut boleh membelinya.






Selain daripada itu, kami juga membeli barangan berjenama seperti jenama Louis Vuitton, Cartier, Christian Dior, Hermes, Omega, Panerai, Rolex dan macam-macam lagi.


Contoh barangan berjenama yang boleh dibeli oleh kami adalah seperti tas tangan, jam tangan, beg dompet lelaki mahupun perempuan, dan macam-macam lagi. Sekiranya anda masih mempunyai set lengkap seperti kotak, dust bag, kad waranti, resit, ini boleh menambah sedikit kredit sewaktu penilaian dijalankan.







Rolex sinonim dengan penampilan mewah. Memiliki Rolex bukanlah sekadar pada fesyen, malah boleh membuahkan rasa konfiden pada diri sipemakai. Selain daripada itu, ia turut menjadi salah satu sumber pendapatan di mana jam tangan Rolex ini mempunyai nilai jualan semula yang agak berbaloi.


Tetapi, pernahkah anda tahu bagaimana untuk menilai ketulenan sesebuah jam tangan Rolex itu sendiri?


Mari saya kongsikan tips-tips yang anda boleh aplikasikan sewaktu membeli jam tangan Rolex;











# BELI DI KEDAI ROLEX SENDIRI





Sekiranya anda pergi ke kedai yang menjual jam Rolex sendiri, sudah pasti boleh dipercayai penjualnya. Hal ini kerana mereka tidak akan menjual barangan palsu. Jadi tidak perlu ada kesangsian dalam urusan pembelian.





#DENGAR BUNYI JAM





Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan jam betul-betul di telinga anda, dan dengar detak bunyi jam tersebut. INGAT! Jam tangan Rolex menggunakan pergerakan automatik. Jarang untuk buatan jam Rolex kini masih lagi menggunakan bateri. Jika anda mendengar bunyi detak yang terhenti setiap saat, “tik..tik..tik..” , ini sekaligus menunjukkan jam tersebut tidak tulen.





#PEGANG DAN RASA BERAT JAM





Pembuatan jam tangan Rolex dibuat daripada logam. Logam itu sendiri sifatnya berat. Dan ini menunjukkan jam tangan Rolex agak berat jika dipegang. Dengan perincian kraf pada jam tangan Rolex itu sendiri, samaada pada tali mahupun kepala jam, ini turut menambahkan lagi beratnya. Jam tangan Rolex yang ringan nyata membuktikan ia palsu.





#KANTA PEMBESAR (PADA TARIKH)





Kanta pembesar yang menunjukkan tarikh pada permukaan jam tangan Rolex, menggunakan kualiti yang terbaik. Sekiranya anda lihat tarikh itu tidak diperbesarkan dengan baik tarikhnya, itu sudah pasti palsu. Kanta pembesar ini memperbesarkan paparan dan jika anda lihat dengan mata kasar, permukaan kanta ini adalah rata dan bukanlah berbentuk melenkung ke atas.





#HARGA JAM





Seiring dengan nama jenama yang dibawa, Rolex, yang menampilkan kemewahan dan juga perincian serta pembuatan yang terbaik, sudah pasti harga sesebuah jam tangan Rolex itu sendiri agak mahal. Berbaloi dengan bayaran yang dibuat kerana jangka hayat jam tangan Rolex ini agak lama jika digunakan dengan baik. Sesebuah jam tangan Rolex yang menampilkan reka bentuk yang ringkas sahaja boleh mencapai harga RM15,000 ke atas. Tidak logik jika anda membeli jam tangan Rolex dengan harga ratusan ringgit sahaja.





#NOMBOR SIRI DAN MODEL JAM





Untuk jam tangan tulen, nombor siri dan model jam akan terdapat di tepi kedua-dua belah kepala jam. Sekiranya tiada sebarang nombor, ini 100 peratus menunjukkan jam itu palsu. Cara lain juga adalah semua nombor ini adalah secara manual bukannya menggunakan mesin. Kalau nombor yang anda lihat itu terlalu cantik atau sempurna nombornya seperti buatan mesin, ini juga menunjukkan jam itu palsu.

Diharap dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda dalam mengenalpasti ketulenan sesebuah jam tangan Rolex.





More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag