CARA MUDAH MENCUCI BARANGAN KEMAS DI RUMAH | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

CARA MUDAH MENCUCI BARANGAN KEMAS DI RUMAH

March 4, 2021




Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman sesawang blog kami~~





Senantiasalah memakai topeng pelitup muka anda, kerap membasuh tangan mahupun memakai ‘hand sanitizer‘, dan jagalah jarak anda di antara satu sama yang lain.





Pada hari ini, saya ingin mengongsikan cara-cara mudah yang anda sendiri boleh DIY di rumah bagi mencuci barangan kemas anda. Sebelum itu, mari saya perkenalkan apa itu Jewel Cafe.





JEWEL CAFE





Jewel Cafe merupakan sebuah kedai Kitar Semula No.1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas yang terdiri daripada emas kuning, emas putih, berlian, perak dan juga platinum. Selain daripada itu, kami turut membeli barangan berjenama seperti tas tangan, dompet, jam tangan dan banyak lagi.





Meskipun barangan kemas anda putus, atau hilang sebelah, tiada resit, kami masih boleh membelinya. Anda hanya perlu datang ke kedai kami. Proses anggaran akan mengambil masa 15 ke 20 minit bergantung kepada jumlah barangan yang di bawa. Semua proses dilakukan oleh staf kami yang profesional. Pelanggan akan disediakan makanan ringan secara percuma sepanjang proses dijalankan.









Barangan kemas anda berdaki? Kotor? Mari saya kongsikan tips mudah untuk mencuci barangan kemas anda di rumah~~









3 BAHAN MUDAH DIPERLUKAN ADALAH:





– berus gigi





– bekas





– sedikit cecair pelembut baju





– air suam





CARA-CARA:





– Ambil bekas dan isikan dengan air suam, sedikit panas (jangan terlalu banyak air, cukup sekadar 1/3 dari bekas)





– Titiskan sedikit cecair pelembut baju (bergantung kepada jumlah barangan kemas yang ingin dicuci





– Kacau campuran tersebut





– Rendamkan barangan kemas anda (dibiarkan selama 15minit atau lebih), atau;





– Kacaukan atau putarkan barangan anda di dalam bekas tersebut





– Keluarkan barangan anda dan gunakan berus gigi untuk memberus barangan kemas





– Setelah selesai, lapkan dengan kain lembut.





Jadi apa tunggu lagi? Jom datang ke kedai kami! Kedai kami berada di dalam Pusat Membeli Belah Aeon Taman Equine, waktu beroperasi kami adalah seperti berikut;





Setiap Hari (termasuk Cuti Am) : 10:00AM – 8:00PM

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag