February 2, 2021
- JAM TANGAN BERJENAMA SEBAGAI SATU PELABURAN February 2, 2021
-
Pernah kah anda terfikir untuk membuat pelaburan melalui jam tangan berjenama?
Tahukah anda, jam tangan berjenama boleh menjadi salah satu sumber pendapatan anda. Sudah pasti pembelian jam tangan berjenama adalah bagi memenuhi kehendak diri ataupun sekadar mengikuti trend fesyen.
Tetapi, ia juga mampu menyumbang dana apabila anda memerlukan duit. Jam tangan berjenama sama seperti tas tangan berjenama, mampu menjadi salah satu jenis pelaburan pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, tidak semua jenama yang mempunyai nilai jual semula yang tinggi.
Adalah diingatkan, untuk sesuatu jenama itu sendiri, tidak semua model mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.
Hal ini adalah kerana ia turut bergantung kepada permintaan dalam kelompok pembeli itu mahupun pengumpul jam tangan bagi koleksi edisi terhad.
Terdapat beberapa aspek penting dalam pembelian semula jam tangan berjenama. Mari saya kongsikan;

Anda miliki jam tangan berjenama dan ingin menjualnya? Jemput datang ke kedai kami. Kami membeli jam tangan berjenama dengan bayaran secara TUNAI! Waktu beroperasi kami adalah seperti berikut;
Buka setiap hari : 10:00 a.m – 8:00 p.m
- Apakah maksud karat February 1, 2021
-
Selamat datang ke blog kami ~
Sejak wabak Coronavirus merebak ke suluruh dunia, ekonomi dunia telah jatuh ke paras membimbangkan. Disebabkan wabak Coronavirus merebak dengan cepat dan mengakibatkan ramai kematian, terdapat banyak industri yang perlu diberhentikan operasi buat sementara waktu. Selain itu, banyak industri yang mengalami kerugian dan muflis. Untuk mengelakkan lebih banyak kerugian, ramai pelabur memindahkan dana daripada saham kepada pelaburan emas sekaligus menyebabkan harga pasaran emas dunia meningkat.

Kemajuan teknologi pada masa sekarang menyebabkan terjadinya budaya viral. Oleh sebab itu, dengan adanya kuasa viral ini orang ramai berlumba – lumba membeli emas walaupun pada harga yang mahal. Ini kerana, orang ramai sudah memahami fungsi emas sebagai aset yang bernilai untuk melawan inflasi ketika berlakunya kemerosotan ekonomi. Disini saya akan terangkan apakah maksud karat pada emas dan bagaimana karat menentukan nilai jualan semula.

Seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah diatas, emas mempunyai mempunyai beberapa gred/karat. Karat bermaksud ukuran jumlah emas berbanding bahan lain. Kebanyakan barangan kemas yang dijual terdiri daripada 22k/ 916. 916 yang bermaksud 91.6% sahaja kandungan emas pada barangan tersebut. Elemen lain seperti tembaga dan aluminium telah dicampur untuk mengukuhkan struktus barangan kemas. Oleh itu, adalah lebih baik membeli barangan kemas 22k atau 24k untuk mendapatkan nilai pulangan yang tinggi.


