Emas ubat penyakit boros | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

Emas ubat penyakit boros

February 3, 2021

Selamat datang ke blog kami~


Seperti yang sedia maklum, sifat emas adalah anti inflasi. Selain itu, emas juga adalah aset yang tidak boleh disita jika diisyhtiharkan muflis. Dalam pada itu, emas juga dapat mengubati sikap boros berbelanja. Hal ini kerana, nilai emas mempunyai turun naik dan apabila ekonomi dunia merosot kemungkinan harga pasaran emas akan meningkat.


Anda mempunyai sifat boros ? Tertekan kerana tidak dapat berbelanja ? Pujuklah diri anda dengan membeli emas. Apabila anda membeli emas, ini bermaksud anda sedang menyimpan aset untuk masa hadapan. Walaupun anda berhabis duit membeli emas pada masa sekarang tetapi pada masa hadapan anda mempunyai aset yang berharga untuk digunakan.


Untuk mengubati sifat boros berbelanja agak susah. Tetapi anda dapat mengubahnya dengan membeli emas dan mendapat kepuasan untuk jangka masa yang panjang tanpa perlu tertekan kerana disekat perbelanjaan.


Selain itu, terdapat beberapa platform untuk menjual beli emas atas talian. Contohnya, Public gold dan hello gold. Disini anda dapat membeli dan mengumpul emas berdasarkan kemampuan anda. Sekiranya anda hanya mempunyai RM100, anda masih boleh membeli emas atas talian dan tebus emas fizikal apabila simpanan anda mencapai jumlah minimum seperti 1g, 2g dan keaatas.


Jangan lengahkan masa dan jom ubah sikap boros kepada membeli emas !

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag