Perbezaan emas padu dan hollow | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

Perbezaan emas padu dan hollow

December 18, 2020


Emas mempunyai tiga jenis iaitu emas padu, emas hollow/kosong dan emas dua alam (separuh padu separuh hollow).


Apa itu emas padu ?

Emas padu adalah emas yang mampat dan didalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecil, tetapi ianya lebih berat. Selain itu, emas padat juga tidak mudah rosak, putus dan kemek.


Apa itu emas hollow

Emas hollow adalah emas yang kosong didalamnya ataupn dipanggil sebagai emas hollow. Emas itu selalunya mempunyai design yang lebih besar tetapi sebenarnya ia ringan dan apabila digoncangkan ia akan berbunyi-bunyi. Emas jenis hollow ini mudah rosak dan putus.


Yang mana lebih bernilai ?

Emas yang lebih berbaloi untuk dibeli adalah emas padu walaupun designnya lebih kecil tetapi ianya lebih mampat. Apabila berlaku kecemasan dan memerlukan duit, nilai jual belinya lebih tinggi berbanding emas hollow.Ini kerana emas jenis hollow mempunyai ruang-ruang dan lubang yang mungkin boleh memerangkap habuk kalau lama tak pakai.


Selain itu, emas jenis hollow akan ditolak beratnya jika ingin dipajak atau dijual semula. Disebabkan emas jenis ini mudah lekuk dan berlubang, kemungkinan ada kotoran yang melekat di ruang-ruang dan memberi kesan kepada berat.

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag