KISAH ROLEX DATEJUST | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

KISAH ROLEX DATEJUST

December 14, 2020

Hi, selamat datang ke blog kami~~~





Umum sedia maklum kita masih dalam proses pemulihan dari wabak Covid 19. Moga semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan jangan lupa untuk memakai topeng pelitup muka anda.





Adakah anda memiliki jam tangan Rolex Ladies Datejust? Anda tahu sejarahnya? Mari saya kongsi cerita dengan anda.





ROLEX













SEJARAH





Jam tangan Rolex merupakan jam tangan berjenama ternama. Pengasas Rolex ialah Hans Wildrof dan Alfred Davis. Ibu pejabat untuk jenama ini bertempat di Geneva, Switzerland. Rolex ditubuhkan di London, United Kingdom pada tahun 1905.





Rolex mengeluarkan pelbagai jenis model di bawah naungannya. Dan untuk setiap model mempunyai peminat dan pulangannya tersendiri. Adakah anda pernah terfikir bahawa jam tangan Rolex anda boleh menjadi satu jenis sumber pelaburan pada masa hadapan? Tetapi ini bergantung kepada jenis model yang anda miliki. Kerana, setiap model pulangan pelaburannya adalah berbeza.





ROLEX LADIES DATEJUST





















Jam tangan Rolex Ladies Datejust direka khas bagi golong wanita dengan size yang kecil mungil seiring dengan tagline Rolex sendiri, “Jam tangan feminin yang klasik” yang menampilkan gaya dan teknikalnya tersendiri. Untuk kategori ini juga menampilkan pelbagai model. Model ini telah dilancarkan pada tahun 1957.





Pelbagai jenis model Ladies Datejust yang boleh dipilih oleh pengguna dalam menampilkan personaliti yang tersendiri. Daripada gaya yang anggun sehingga mampu menyerlahkan kemewahan yang luar biasa kepada si pemakai.





NILAI PULANGAN ROLEX LADIES DATEJUST





Untuk setiap jam Rolex, nilai pulangannya adalah berbeza bergantung kepada setiap model dan keistimewaannya yang tersendiri. Jika Rolex Ladies Datejust anda mempunyai berlian, ataupun talinya diperbuat daripada emas putih K18 atau emas kuning K18, ataupun model Ladies Datejust anda adalah edisi terhad atau keluaran terhad, kemungkinan harga pulanggannya tinggi. Jadi, ia bergantung kepada jenis model untuk setiap jam anda.





Bagi mengetahui nilai jual balik jam tangan anda, anda boleh datang ke kedai kami yang bertempat di dalam pusat membeli belah AEON SHOPPING MALL TAMAN EQUINE. Kami terletak di tingkat LG bersebelahan dengan Kedai Guardian. Waktu operasi kami adalah seperti berikut:





Isnin hingga Ahad (Termasuk Cuti Am) : 10.00a.m – 8.00p.m

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag