HARGA EMAS BOLEH JATUH!
December 2, 2020Hi! Selamat datang ke blog kami!
Kita masih lagi dalam fasa PKPB, marilah kita bersama-sama mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Topik hangat yang sedang diperkatakan sekarang adalah;
“HARGA EMAS TURUN!’
Adakah anda tahu harga emas juga boleh turun atau jatuh?
Apakah faktor-fator yang menyebabkan harga emas ini jatuh?

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS
1. PENEMUAN VAKSIN COVID
Berita yang hangat sedang diperkata ketika ini adalah “Vaksin Covid ditemui, Harga Emas Jatuh”. Mengapa ini boleh mempengaruhi harga emas?
Dengan penemuan vaksin ini dipercayai memberikan sedikit nafas lega dalam menangani Covid sekaligus dapat memperbaiki sektor ekonomi negara sekaligus ekonomi dunia. Dengan penemuan ini juga dapat membuka semula ekonomi dunia yang terjejas ekoran penularan Covid seantero dunia.

2. EKONOMI DUNIA
Ekonomi dunia turut terpengaruh dengan wabak Covid ini. Antara sektor ekonomi yang paling terjejas teruk adalah pelancongan. Dipercayai ekonomi dunia perlahan-lahan dalam proses baik pulih.
3. PENGARUH MATAWANG USD
Mata wang USD turut mempengaruhi dalam harga emas. Semakin tinggi nilai mata wang USD berbanding mata wang lain, semakin rendah lah harga emas. Mengapa ini terjadi? Bila mana mata wang USD tinggi, permintaan terhadap emas turut menurun. Hal ini kerana mata wang USD menjadi Kepala dan pelabur akan beralih kepada pelaburan USD berbanding emas.
4. POLITIK DUNIA
Pasti pelik bagaimana politik dunia boleh mempengaruhi harga emas bukan? Andai negara Timur Tengah masih bergolak, isu perdagangan antara US dan juga China masih belum pulih, sektor ekonomi US belum kukuh, sekaligus harga emas boleh turun atau naik.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam pengetahuan am berkaitan dengan harga emas.



