Jual Barangan Kemas Cartier Anda dan Tukarkan kepada TUNAI di Jewel Cafe Aeon Taman Equine; Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Puchong, Kajang, Bangi
September 11, 2020Hi, Selamat datag ke blog kami~~
Amalkan gaya hidup norma baharu dan sentiasa ikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Adakah anda mempunyai koleksi barangan kemas jenama Cartier?
Terbit rasa ingin menambah koleksi baharu, tetapi wang tidak mencukupi?
Jangan risau kerana kami boleh membelinya dari anda!
APA ITU JEWEL CAFE?
Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No 1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas tidak kira daripada jenis apa seperti emas kuning, emas putih, platinum, perak, mahupun berlian. Dari gred K24 sehingga K9 kami boleh membelinya.
Kami terletak di dalam pusat membeli belah Aeon Taman Equine di tingkat 1 bersebelahan dengan Kedai Guardian. Waktu beroperasi kami adalah seperti berikut;
Ahad – Khamis : 10.00 a.m – 9.00 p.m
Jumaat – Sabtu : 10.00 a.m – 10.00 p.m
Kami menyediakan servis anggaran secara percuma. Setiap proses anggaran mengambil masa 20 ke 30 minit bergantung juga kepada jenis barangan dan jumlah barang yang anda bawa. Selain daripada itu, kami turut menyediakan makanan dan minuman ringan buat pelanggan.
Untuk pembayaran, setiap transaksi yang berjaya akan dibayar TUNAI.
BARANGAN KEMAS CARTIER

Cartier merupakan jenama mewah dari Perancis yang menampilkan konsep sederhana tapi penuh dengan keanggunan dan kemewahan dalam setiap reka bentuknya. Cartier menyediakan pilihan buat peminatnya samaada boleh memilih emas kuning ataupun emas putih dan juga rekaan berlian yang mempersonakan.



