Faedah Menarik Buat Ahli Jewel Cafe | AEON Taman Equine Shopping Centre blog

Faedah Menarik Buat Ahli Jewel Cafe

September 5, 2020

Hi! Selamat datang ke blog kami~~


Selamat berhujung minggu~~Jangan lupa untuk memakai topeng pelitup muka anda dan kerap membasuh tangan anda.


Sudah pasti anda tertanya-tanya apa itu JEWEL CAFE bukan?


Banyak faedah yang kami sediakan untuk AHLI JEWEL CAFE!


Adakah anda tahu bagaimana untuk menjadi ahli Jewel Cafe?


Mari kami kongsikan~~


JEWEL CAFE


Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No.1 Jepun yang telah membuka beberapa cawangan di Malaysia. Konsep kedai ini adalah membeli barangan terpakai yang terdiri daripada barangan kemas dan barangan berjenama.


Pada awalnya, Jewel Cafe hanya membeli barangan kemas yang terdiri daripada K24, K22, K20, K18, K14, K10, K9, emas kuning, emas putih, platinum, perak, dan juga berlian.


Sekiranya anda mempunyai koleksi barangan kemas yang sudah patah, atau hilang sebelah, ataupun tidak lagi mempunyai resit, anda boleh jual kepada kami.


Tetapi, tambahan telah dibuat oleh pihak atas dalam tambahan pembelian barangan berjenama yang tidak kira tas tangan, jam tangan, dompet, dan banyak lagi.


Untuk menjadi ahli Jewel Cafe, anda perlulah menjual barangan anda tidak kira barangan kemas atau barangan berjenama kepada kami, dan selepas itu anda layak menjadi ahli Jewel Cafe.


KELEBIHAN JEWEL CAFE


Terdapat beberapa kelebihan yang Jewel Cafe sediakan untuk ahlinya. Antaranya ialah pihak Jewel Cafe menyediakan servis anggaran harga secara PERCUMA! Tiada sebarang caj dikenakan.


Selain daripada itu, pelanggan diberikan minuman dan makanan ringan secara percuma. Hal ini adalah kerana waktu penilaian boleh mengambil masa 10 hingga 15 minit bergantung kepada jumlah barang yang dibawa.


Untuk setiap transaksi yang berjaya, kami akan membayar secara TUNAI!


FAEDAH BUAT AHLI JEWEL CAFE


Terdapat beberapa faedah yang disediakan oleh Jewel Cafe buat pelanggan yang bersetuju meneruskan transaksi dengan kami. Antaranya ialah;


:- KAD KEAHLIAN DENGAN REBAT TUNAI TAMBAHAN (dengan terma dan syarat), setiap pelanggan yang berjaya

:- TIKET PERCUMA MENCUCI BARANG KEMAS

:- BONUS TUNAI RM30 & RM100 (dengan terma dan syarat)

:- KAD JEMPUTAN – Pelanggan akan mendapat TUNAI RM100 secara PERCUMA dengan mengajak rakan mereka untuk menjual kepada kami (dengan terma dan syarat)

:- CABUTAN BERTUAH (berpeluang memenangi wang tunai RM50 & RM100)


LOKASI KAMI


Jadi tunggu apa lagi, jemput datang ke kedai kami di dalam AEON, tingkat 1 berhadapan dengan AEON ELECTRICAL dan bersebelahan dengan GUARDIAN.


Waktu operasi:


Ahad – Khamis : 10.00 a.m – 9.00 p.m


Jumaat – Sabtu : 10.00 a.m – 10.00 p.m


Jewel Cafe Taman Equine

More Info for Selling Gold

More Info for Selling Branded Watch

More Info for Selling Branded Bag