TIPS Penjagaan Barangan Kemas – Jewel Cafe Aeon Taman Equine
September 1, 2020Hi! Selamat datang ke blog kami~~~
Semalam baru sahaja kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63, moga negara kita terjaga keselamatan dan kesejahteraan.
Setiap barangan yang kita miliki, sudah pasti kita akan menjaganya dengan baik. Begitu juga dengan barangan kemas, apabila kita melihatnya, ia bersinar umpama bintang. Kilauan yang dipantul cahaya menyerlahkan lagi rekaan pada barangan kemas dan juga si pemakai.
Sebelum itu, mari kami perkenalakan dahulu apa itu JEWEL CAFE~
JEWEL CAFE
Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No 1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas tidak kira emas kuning, emas putih, platinum, perak dan juga berlian. Kami turut membeli emas tidak kira dari gred K24 sehingga K9.
Jadi, jika anda memiliki barangan kemas yang tidak diingini lagi, atau anda ingin menukar atau menambah koleksi anda, anda boleh menjual barangan kemas anda kepada kami~
Kami menyediakan servis anggaran harga secara PERCUMA! Setiap penilaian mengambil masa 10 – 15 minit bergantung kepada berapa banyak jumalah barangan yang anda bawa. Semua penilaian dilakukan oleh staff kami yang profesional.
Bagi setiap transaksi yang berjaya, pelanggan akan dibayar secara TUNAI!
Tidak kira subang anda hilang sebelah, atau gelang tangan anda patah, meskipun tidak memiliki resit, JANGAN RISAU! Kami boleh MEMBELINYA dari anda.
PELBAGAI FAEDAH BUAT AHLI JEWEL CAFE
Untuk setiap transaksi yang berjaya, terdapat beberapa faedah yang menarik disediakan buat ahli Jewel Cafe. Antaranya ialah;
:- KAD KEAHLIAN DENGAN REBAT TUNAI TAMBAHAN (dengan terma dan syarat), setiap pelanggan yang berjaya
:- TIKET PERCUMA MENCUCI BARANG KEMAS
:- BONUS TUNAI RM30 & RM100 (dengan terma dan syarat)
:- KAD JEMPUTAN – Pelanggan akan mendapat TUNAI RM100 secara PERCUMA dengan mengajak rakan mereka untuk menjual kepada kami (dengan terma dan syarat)
:- CABUTAN BERTUAH (berpeluang memenangi wang tunai RM50 & RM100)
TIPS PENJAGAAN BARANGAN KEMAS
Jom kami kongsikan tip-tip buat penjagaan barangan kemas yang mudah dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja anda berada.
- Pastikan anda membukanya setiap kali sebelum anda mandi, atau melakukan ‘cleaning spring’. Ini bagi mengelakkan daripada terkena bahan kimia yang terdapat pada bahan pencuci atau barangan mandi.
- Elakkan daripada terkena semburan pewangi secara langsung atau tidak langsung.
- Cuci barangan kemas anda secara konsisten. Cara-caranya hanya dengan menyediakan air suam yang dicampur sedikit cecair pelembut pakaian atau mana-mana jenis sabun, cuci dengan berus yang lembut dan lap dengan kain lembut.
- Akhir sekali, sediakan kotak bersesuaian bagi penyimpanan barangan kemas anda. Hal ini adalah untuk memastikan barangan kemas anda tidak calar ataupun terdedah kepada habuk.
LOKASI KEDAI KAMI
Jadi, apa tunggu lagi? Mari ke kedai kami yang terletak di dalam pusat membeli belah AEON Taman Equine di ground floor sebelah kedai Guardian.
Waktu beroperasi kami adalah seperti berikut;
Ahad – Khamis : 10.00 pagi hingga 9.00 malam
Jumaat – Sabtu : 10.00 pagi hingga 10.00 malam










