Pembeli Tunai Barangan Kemas Berjenama – Jewel Cafe Aeon Taman Equine
August 14, 2020Selamat datang ke blog kami~~
Kita masih lagi dalam fasa menangani Covid 19, sentiasa praktikkan langkah pencegahan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Amalkan 3W: Kerap mencuci tangan (Wash), memakai pelitup separuh muka apabila berada di tempat awam atau kawasan yang berisiko (Wear), dan berjaga-jaga dengan amaran peringatan yang diberikan oleh KKM (Warn).
Elakkan 3S: Elakkan berada di kawasan yang sesak (Crowded space), elakkan berada di kawasan sempit (Confined Space), dan elak daripada bercakap dalam jarak dekat (Close Conversation).
Mari saya perkenalkan apa itu Jewel Cafe
Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No 1 Jepun yang berada di Malaysia. Kami membeli barangan kemas tidak kira emas kuning, emas putih, platinum, perak dan juga berlian. Kami turut membeli emas tidak kira dari gred K24 sehingga K9.
Jika anda memiliki sebarang barangan kemas meskipun ia patah, subang hilang sebelah, tidak mempunyai resit, emas lama, Jangan Risau! Kami boleh BELI dari anda~
PEMBELI TUNAI BARANGAN KEMAS BERJENAMA
Barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Gucci, Chanel, Cartier, Hermes, Coach dan banyak lagi mereka ini turut mempunyai koleksi barangan kemas. Dan sudah semestinya akan ada peminat terhadap koleksi-koleksi yang dikeluarkan.
Bosan dengan koleksi lama anda dan ingin membeli baru? Anda terfikir untuk menjualnya tetapi tidak tahu dimana? Jangan risau. Anda boleh datang ke kedai kami.
Anda mempunyai cincin? Rantai? Subang? Bawa sahaja ke kedai kami. Jika anda mempunyai resit, ini turut boleh mempengaruhi dari segi pemberian harga. Setiap barangan kemas akan diperiksa dengan mesin yang telah disedikan oleh syarikat kami dalam meneliti ketulenan dan ketumpatan emas pada barangan kemas tersebut.
Kami menyediakan perkhidmatan anggaran secara PERCUMA. Semua ini dilakukan dengan terperinci oleh pekerja kami yang berkaliber dan profesional. Setiap anggaran mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit bergantung kepada jumlah yang anda bawa.
Sepanjang proses anggaran, pelanggan kami akan disediakan minuman ringan sejuk atau panas dan juga makanan ringan secara PERCUMA. Ini bagi mengelakkan pelanggan kami bosan sepanjang proses sedang berjalan.
Setiap transaksi yang berjaya akan dibayar secara TUNAI.
LOKASI KEDAI KAMI
Kedai kami terletak di dalam bangunan AEON Mall Taman Equine, bersebelahan dengan kedai Guardian.
Waktu operasi kami:
Ahad – Khamis : 10.00 a.m – 9.00 p.m
Jumaat – Sabtu : 10.00 a.m – 10.00 p.m










