Jewel Cafe Menyediakan Faedah Menarik – Jewel Cafe Aeon Taman Equine
August 2, 2020Hi, selamat datang ke blog kami ^^
Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan dan jarak sosial antara kita. Sentiasalah mematuhi SOP yang telah ditetapkan, dan jangan lupa untuk memakai topeng pelitup muka anda~~
Anda pernah dengar nama kedai kami, Jewel Cafe?
Adakah anda tahu butiran berkenaan kedai kami?
Anda tidak biasa dengan kedai kami?
Adakah anda tahu banyak faedah yang kami sediakan buat pelanggan-pelanggan kami?
JEWEL CAFE
Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No.1 Jepun yang telah membuka beberapa cawangan di Malaysia. Konsep kedai ini adalah membeli barangan terpakai yang terdiri daripada barangan kemas dan barangan berjenama.
Pada awalnya, Jewel Cafe hanya membeli barangan kemas yang terdiri daripada K24, K22, K20, K18, K14, K10, K9, emas kuning, emas putih, platinum, perak, dan juga berlian.
Tetapi, tambahan telah dibuat oleh pihak atas dalam tambahan pembelian barangan berjenama yang tidak kira tas tangan, jam tangan, dompet, dan banyak lagi.
KELEBIHAN JEWEL CAFE
Terdapat beberapa kelebihan yang Jewel Cafe sediakan untuk pelanggannya. Antaranya ialah pihak Jewel Cafe menyediakan servis anggaran harga secara PERCUMA! Tiada sebarang caj dikenakan.
Selain daripada itu, pelanggan diberikan minuman dan makanan ringan secara percuma. Hal ini adalah kerana waktu penilaian boleh mengambil masa 10 hingga 15 minit bergantung kepada jumlah barang yang dibawa.
Untuk setiap transaksi yang berjaya, kami akan membayar secara TUNAI!
FAEDAH BUAT AHLI JEWEL CAFE
Terdapat beberapa faedah yang disediakan oleh Jewel Cafe buat pelanggan yang bersetuju meneruskan transaksi dengan kami. Antaranya ialah;
:- KAD KEAHLIAN DENGAN REBAT TUNAI TAMBAHAN (dengan terma dan syarat), setiap pelanggan yang berjaya
:- TIKET PERCUMA MENCUCI BARANG KEMAS
:- BONUS TUNAI RM30 & RM100 (dengan terma dan syarat)
:- KAD JEMPUTAN – Pelanggan akan mendapat TUNAI RM100 secara PERCUMA dengan mengajak rakan mereka untuk menjual kepada kami (dengan terma dan syarat)
:- CABUTAN BERTUAH (berpeluang memenangi wang tunai RM50 & RM100)
LOKASI KAMI
Jadi tunggu apa lagi, jemput datang ke kedai kami di dalam AEON, tingkat 1 berhadapan dengan AEON ELECTRICAL dan bersebelahan dengan GUARDIAN.

Waktu operasi:
Ahad – Khamis : 10.00 a.m – 9.00 p.m
Jumaat – Sabtu : 10.00 a.m – 10.00 p.m


