Pembeli Berlian Dengan Tunai Segera! – Jewel Cafe Aeon Taman Equine
June 21, 2020Hello! Selamat datang ke blog kami~~
Semoga kita semua bersama-sama menjalani kehidupan norma baru. Kerap membasuh tangan anda, sentiasa memakai topeng muka dan jangan lupa untuk menjaga jarak 1 meter.
ADAKAH ANDA TAHU APA ITU JEWEL CAFE?
Jewel Cafe merupakan Kedai Kitar Semula No 1 Japan. Di Malaysia sahaja terdapat empat cawangan yang anda boleh pergi.
- Jewel Cafe Aeon AU2 Setiawangsa
- Jewel Cafe Aeon Bukit Raja
- Jewel Cafe Aeon Taman Maluri
- Jewel Cafe Aeon Taman Equine
Jewel Cafe merupakan sebuah premis yang membeli barangan kemas dan juga barangan berjenama. Kami membeli pelbagai jenis barangan kemas seperti gelang, rantai, cincin, tidak kira K24, K22, K21, K18, K14, K10, K9, emas kuning atau emas putih, suasa, perak ataupun berlian.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA BERLIAN
Dalam pembelian berlian, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga berlian. Adakah anda tahu apa faktor-faktor tersebut? Dan kenapa ia mempengaruhi harga? Dalam harga belian ini, ia sama sahaja seperti harga belian emas. Contoh emas, ketulenan emas itu sendiri merupakan faktor yang boleh mempengaruhi harga.
Jom kita lihat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi harga berlian.
1- Berat Berlian (Karat)
Karat atau berat berlian merupakan faktor paling utama dalam mempengaruhi harga berlian. Semakin berat karat sesuatu berlian, semakin tinggi harga belian tersebut.
2- Bentuk Berlian
Selain daripada itu, bentuk sesebuah berlian turut mempengaruhi harga belian. Jika berlian itu berbentuk bulat atau dalam erti kata lain, ‘Round Brilliant Cut’, kebiasaanya berlian berbentuk bulat ini dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding bentuk lain.
![[Disposal price cut] [With appraisal] 1.5ct L SI-2 V.Good 0.21ct diamond K18 white gold ring Ring April birthstone // [Convenience store receipt compatible products]](https://tshop.r10s.jp/four/cabinet/i/123/6767_3.jpg?fitin=480:480)

3- Warna Berlian
Adakah anda tahu berlian mempunyai beberapa kategori warna?
Dan kategori ‘D’ merupakan kategori warna yang terbaik. Hal ini kerana warna turut mempengaruhi kejernihan sesuatu berlian. Kategori warna ‘D’ adalah yang terbaik, mempunyai kejernihan yang tinggi.
4- Kejernihan Berlian
Semakin jernih sesuatu berlian, semakin tinggi harga.
5- Sijil Perakuan Berlian
Jika berlian anda mempunyai sijil perakuan berlian samaada GIA atau GIS, ini boleh mempengaruhi lebih pada harga belian.
Jadi apa tunggu lagi? Jom bawa berlian anda untuk dinilai dan jual kepada kami.
PELBAGAI FAEDAH UNTUK AHLI JEWEL CAFE
- Kad ahli dengan wang tunai tambahan (dengan terma dan syarat)
- Tiket barang kemas PERCUMA
- BONUS tunai RM30 & RM100 (dengan terma dan syarat)
- Kad Jemputan – Pelanggan akan mendapat RM100 percuma untuk menjemput rakan (rakan mesti menjual barang perhiasan dengan harga lebih dari RM300 di Jewel Café)
- Cabutan BERTUAH (boleh memenangi wang tunai RM50 & RM100)
Semua faedah TANPA tarikh luput dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja!
KUNJUNGI KAMI
Lokasi kedai kami adalah di dalam AEON Taman Equine, tingkat G, bersebelahan dengan Outlet Guardian. Kami turut berhadapan dengan Aeon Electrical. Jadi apa tunggu lagi, mari datang ke kedai kami.


