Emas Anda Patah? Subang Hilang Sebelah? Jom Jual kepada Kami di Jewel Cafe Aeon Taman Equine~~
June 13, 2020Hi! Terima kasih kerana sudi melayari blog kami~~
Marilah kita menjalani norma hidup baru, kerap cuci tangan anda, sentiasa jaga jarak 1 meter, marilah kita sama-sama #kitajagakita.
Pada yang tinggal berdekatan Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Bangi, Kajang dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan senarai di atas, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke kedai kami.
Lokasi Kedai Kami
Kedai kami terletak di dalam Pusat Membeli Belah Aeon Equine, di level G berhadapan dengan Aeon Electrical dan bersebelahan dengan Kedai Guardian.
Adakah anda tahu apa itu Jewel Cafe?
Jewel Cafe merupakan sebuah Kedai Kitar Semula No. 1 Japan yang mempunyai lebih dari 200 buah kedai di Jepun, Hong Kong, Taiwan, China, Singapura dan juga Malaysia. Di Malaysia sahaja, sudah empat cawangan di buka, di Aeon AU2 Setiawangsa, di Aeon Taman Maluri, Aeon Bukit Raja dan Aeon Taman Equine.
Pada awalnya, Jewel Cafe hanya berurusan dalam pembelian barangan kemas sahaja. Apa jua jenis emas, samaada emas kuning, emas putih, perak, suasa, batu berlian kami beli. Tetapi sekarang kami turut menerima barangan berjenama yang terdiri daripada tas tangan, dompet, tali pinggang, jam tangan dan macam-macam lagi.
– Barang Kemas Anda Patah?
–Barang Kemas Anda Hilang Sebelah?
–Tiada Resit?
Jangan risau. Kedai kami masih boleh menerima barangan kemas anda meskipun semua perkara di atas anda sedang alami.
Anggaran Secara Percuma dan Bayaran Secara Tunai
Kedai kami menyediakan perkhidmatan yang menyediakan anggaran secara percuma bagi setiap transaksi yang dilakukan. Penyediaan air dan makanan ringan turut disediakan bagi mengurangkan masa menunggu pelanggan sewaktu pihak kami sedang melakukan anggaran.
Selain daripada itu, untuk setiap transaksi yang berjaya dilakukan, pihak kami akan membayar secara TUNAI. Ya, pihak kami akan membayar secara TUNAI pada masa itu juga.
Jadi, apa tunggu lagi? Marilah datang ke kedai kami.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog kami.


