Bagaimanakah membezakan Louis Vuitton asli dan tiruan? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: March 17, 2021

Bagaimanakah membezakan Louis Vuitton asli dan tiruan? | JEWEL CAFÉ Malaysia


women

Bagaimanakah membezakan Louis Vuitton asli dan tiruan?


women

Ciri produk tiruan LV yang sering dijumpai, 5 cara membezakan tiruan.


women

Bagaimanakah cara membezakannya?


women

Sila baca penerangan saya dalam artikel di bawah


LOUIS VUITTON, beg tangan jenama mewah yang disukai semua orang. LV sangat terkenal dan mempunyai jualan yang luar biasa diantara jenama lain di Jepun. Walau bagaimanapun, jualan yang tinggi dan terkenal bermaksud banyak tiruan (iaitu barangan tiruan) akan muncul di pasaran. Jadi, keaslian LV sering dipersoalkan. Pada kali ini, kami akan fokus pada ciri-ciri yang sering muncul pada pemalsuan Louis Vuitton dan sangat senang dikenalpasti oleh pelanggan yang tidak biasa dengan LV.

Terdapat pelbagai jenis produk tiruan LOUIS VUITTON

Barangan berjenama mewah dengan reputasi antarabangsa biasanya menjadi sasaran untuk ditiru. Kebanyakan barangan tiruan dihasilkan di kilang di negara membangun. Jika ianya adalah barangan tiruan, walaupun barangan tiruan gred tinggi lebih mahal dan ditiru dengan kualiti yang teruk dimana ianya dapat dilihat hanya dengan pemerhatian mata kasar. Terdapat perbezaan diantara barangan tiruan dan barangan asli. Walaupun banyak barangan tiruan di pasaran, ianya dapat dibezakan dengan pengalaman dan pengetahuan yang relevan.

Pentingnya tempat pembelian

LV sebagai contoh. Oleh kerana terdapat banyak saluran penjualan barangan tiruan, perlu diambil kira dimana patut dibeli. Jika dibeli di kedai yang khusus, pastinya tiada masalah, tetapi jika dibeli di kedai khusus di luar negara dengan harga yang lebih rendah ianya mungkin barangan tiruan dan anda mungkin akan kerugian dan menanggung risiko yang ianya mungkin barangan tiruan. Terdapat kedai barangan tiruan bertaraf tinggi yang khusus menjual barangan tiruan di luar negara. Membeli selain daripada kedai khusus berisiko membeli barangan tiruan.

Ciri produk tiruan LV yang sering dijumpai, 5 cara membezakan tiruan

Nombor siri

Selagi mempunyai pengetahuan yang pakar, nombor pengeluaran adalah bahagian yang senang dikenalpasti. Semua beg tangan dan dompet Louis Vuitton akan diukir (nombor siri), yang mana dapat dikenalpasti dengan nombor siri yang dicetak. (Walau bagaimanapun, aksesori kecil dan gantungan kunci tidak mempunyai nombor siri). Pertama sekali, hanya satu cara untuk menentukan nombor siri itu sendiri adalah tepat.

Kebiasaannya, nombor siri terdiri daripada dua huruf negara pengeluar diikuti dengan empat nombor yang mewakili tahun dan bulan pengeluaran. Walaupun peraturan susunan bagi empat digit nombor bertukar dari tahun 2006 hingga 2007, anda boleh meyakini bahawa nombor pengeluaran masih boleh merujuk kepada tempat asal dan tarikh.

Tambahan, kualiti ukiran itu sendiri dapat menerangkan perbezaan antara betul dan salah. Barangan tiruan mempunyai ciri seperti ketidaksamarataan cetakan dan cetakan panas, kedudukan tepi yang cetek, ketidaksamarataan kedalaman huruf dan perbezaan tulisan.

Logam skru bulat dengan logo

Kebiasaannya kita melihat skru bulat emas dengan tulisan LOUIS VUITTON pada barangan kulit. Jika kita ingin membezakan antara yang benar dan salah, terdapat dua perbezaan:
1. Sama ada skru dihancurkan atau mempunyai kesan stereoskopik
2. Huruf pada logo adalah jelas dan tidak hancur
Jika ianya palsu, kita akan merasakan ianya adalah seperti butang pada baju dan huruf pada logo mungkin terlalu nipis untuk dikenalpasti dengan cepat.

Cetakan jenama LOUIS VUITTON

Seterusnya, kita akan memperkenalkan ciri-ciri logo jenama yang palsu. Pertama, jika ianya adalah barangan tiruan gred rendah, cetakan logo jenama agak kasar dan tepi huruf adalah bergerigi dan pudar. Tambahan lagi, anda seharusnya memberi perhatian kepada dua huruf “O” pada cetakan jenama. Jika ianya adalah barangan asli, huruf “O” adalah bulatan yang sempurna (o). Tetapi jika ianya adalah barangan tiruan, ianya kelihatan sebagai tulisan seperti huruf.

Kenali bentuk butang

Walaupun sesetengah barang tidak mempunyai butang snap, jika mempunyai butang snap seperti snap (bayangkan sarung kad), ianya juga dapat digunakan sebagai titik pengenalan. Jika ianya asli, ketika melihat aksesori butang snap (aksesori diangkat) dari sisi, “hujungnya kelihatan seperti bentuk segitiga dimensi’. Jika ianya adalah tiruan, bahagian menonjol pada kemasan butang snap kelihatan seperti bulatan bila dilihat dari sisi. Lihat lubang pada butang snap disebelah yang lain. Dua batang panjang ditengah butang snap asli adalah berserenjang dengan logo. Tapi jika ianya adalah tiruan, dua batang panjang adalah mendatar kearah logo.

Peralatan zip

Bagi barangan yang mempunyai zip, logam kancing zip juga adalah titik pengenalan yang penting.

Jika ianya tiruan, lapisan logam adalah tidak sekata termasuk warna dan kilatan. Ketebalan sisi kiri dan kanan “V” adalah sama (sisi kanan pada “V” asli adalah sedikit nipis). Terdapat sedikit lekuk pada logo jenama.

Tambahan untuk 5 ciri untuk membezakan asli dan tiruan, terdapat lebih 20 cara untuk mengenalpasti barangan tiruan didalam “Bahagian Berbeza Barangan Tiruan”. Setiap tiruan mempunyai kekuranganya yang tersendiri, dan beberapa ciri pengenalan utama adalah diperlukan. Walau bagaimanapun, 5 ciri utama ini adalah yang paling penting untuk diambil perhatian. “Ianya mudah untuk dikenalpasti oleh mereka yang tidak pakar atau amatur”.

Sudah tentu, perbezaan ini adalah berdasarkan pada “standards in words”, yang mana termasuk tahap tiruan. Ianya agak sukar untuk mereka yang tidak berpengalaman untuk memahami “betapa tulennya keaslian dan bagaimana tiruan itu adalah tiruan”. Penilai yang pakar di kedai dapat melihat perbezaannya, termasuk lima perkara yang disebut di dalam artikel ini.

Akhir sekali, sesetengah anda mungkin tidak dapat membezakan antara asli dan tiruan melainkan dihantar kepada pakar untuk penilaian.

Louis Vuitton adalah jenama yang mempunyai banyak ciri pengenalan utama. Ianya mudah untuk dibezakan jika barangan tersebut adalah barangan tiruan gred rendah. Tetapi, teknologi peniaga yang tidak bertanggunjawab telah menaiktaraf penghasilan barangan tiruan dan sukar bagi orang biasa untuk membezakan barangan tiruan gred tinggi. Kebanyakan pelanggan berasa malu dan tidak yakin untuk membuat penilaian beg mereka. Tetapi, jika anda mempunyai keraguan tentang beg tangan anda, kami mencadangkan anda untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar.

Pengalaman memegang barangan asli

Kali ini kami berkongsi tentang ciri-ciri LV tiruan, tetapi tidak hanya LV, tetapi barangan jenama lain juga turut menghasilkan barangan tiruan gred tinggi versi terkini.Barangan tiruan dihasilkan dengan kos yang rendah, jadi tidak relevan dan kebanyakan barangan tiruan mempunyai titik persamaan.

Adalah lebih selamat jika beg tangan diserahkan kepada pakar penilai untuk membuat penilaian. Selain daripada pengetahuan, pakar penilai juga telah melihat dan menilai serta lebih banyak terdedah dengan barangan asli. Mereka juga lebih mengetahui perbezaan antaranya untuk mengesahkan keaslian/ketulenan. Jika anda tidak berpeluang untuk memegang barangan asli, anda juga boleh membaca tentang barangan LV didalam majalah, dimana ianya juga turut membantu.

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi kedai terpakai yang ternama untuk melihat barangan lain bagi mmengetahui lebih lanjut mengenai daya tarikan LV. Beg tangan LV biasanya adalah mahal. Pengalaman dan pengetahuan yang tinggi diperoleh daripada pendedahan yang banyak dengan barangan asli. Ianya bukan sahaja melindungi diri daripada penipuan, tetapi juga lebih kepada memahami dan mengenali kelebihan barangan asli.


women

Saya mengetahui lebih banyak fakta menarik di sini.


women

Ya, itu benar, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang fakta barangan mewah lain di sini


women

Oh ok! Terima kasih banyak-banyak.


women

Sama-sama


For expensive purchase of Luxury items,
leave it to Jewel Cafe!

Jewel Cafe ranks
No 1 in customer service satisfaction

  • Shockingly high prices thanks to our international and domestic distribution network!
  • Largest business in the industry with over 250 outlets!
  • Free jewelry cleaning service that has been enjoyed by many!
  • No cancellation fee regardless of mode of purchase!
This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!