Apakah cara- cara yang efektif untuk membezakan Hermes asli dan palsu? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Date published: May 20, 2021

Apakah cara- cara yang efektif untuk membezakan Hermes asli dan palsu? | JEWEL CAFÉ Malaysia

Di Jepun, Hermès adalah salah satu jenama mewah yang diiktiraf dengan kurang jualannya dan tinggi harganya, dan sukar untuk mendapatkannya walaupun dalam bentuk produk terpakai. Terutamanya, untuk beg Kelly dan Birkin sebagai contoh. Harga untuk setiap produk berkualiti ini berkisar antara 1 Juta Yen hingga 5 Juta Yen. Bukan perkara biasa, sekiranya terbeli produk Hermes yang palsu, pastinya menjadi isu yang besar. Kali ni, jom kita beri tumpuan kepada beg tangan Hermes, kami akan memperkenalkan anda gaya dan fungsi yang sering muncul dalam produk palsu, jadi bagi mereka yang kurang professional mengenai ini juga boleh memberikan sepenuh perhatian tentang perkara ini.

Produk Hermès palsu yang berkualiti tinggi

Kualiti produk palsu Hermes jauh lebih tinggi berbanding Louis Vuitton. Sementara itu, pengedaran produk Louis Vuitton adalah yang terbesar, manakala pengedaran Hermes pula rendah tetapi keuntungannya tinggi.

Sekiranya terdapat sebilangan besar saluran pengedaran, seperti Louis Vuitton, maka akan ada sejumlah besar pasaran palsu. Walaupun, “pembuatan kasar” digunakan, keuntungan tertentu dapat diperoleh. Hermès amat mengambil berat tentang pengeluarannya, ada ramai orang yang ingin memilikinya, tapi jumlah pegeluaran produk Hermes yang asli adalah sedikit, begitu jugalah jumlah barang yang palsu yang dapat dibeli adalah terhad, dan kerana harganya tinggi, keasliannya mestilah diperiksa dengan ketat kerana ia adalah produk salinan hampir sama (super copy). Tambahan lagi, untuk model Hermès iaitu Kelly atau Birkin, anda perlu menunggu satu hingga dua tahun untuk membelinya. Dengan itu, kami akan memperkenalkan tahap-tahap beg palsu.

Mereka yang kurang berpengalaman sangat terhad ilmunya dalam memeriksa titik-titik penting.

Walaupun produk dengan jenama yang sama sekalipun, Hermès sangat berbeza dengan Louis Vuitton dan produk pengeluaran secara besar-besaran yang lain. Mereka yang tidak mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan jenama, kurang tahu tentang point-point penting secara menyeluruh dan hanya terhad kepada beberapa faktor sahaja. Tidak dapat dielakkan, pembuat barangan palsu dapat membuat produknya dengan sempurna kerana dapat biaya yang tinggi, dengan itu sukar untuk kita membezakan produk yang palsu tanpa memeriksanya dengan terperinci, untuk lebih selamat belilah di tempat yang dipercayai dan dikenali. Hermès, sebenarnya terdapat banyak perincian penting. Dengan itu, perincian yang akan saya ketengahkan ini diharap dapat anda fahami dengan mudah.

Ciri-ciri yang sering dijumpai dalam produk Hermès yang palsu, ada 4 isi yang dapat membezakan ianya adalah palsu

Beri perhatian kepada cetakkan/ukirannya

Semua beg kulit berada di antara gesper (clasp) dan bukaan

HERMES PARIS – DIPERBUAT DI PERANCIS

Para professional akan menilai bahagian cetakan/ukiran dengan lebih teliti walaupun mereka sangat berpengalaman, kerana banyak juga struktur dan langkah-langkah yang perlu diperiksa terlebih dahulu, terutamanya dalam kes kualiti yang teruk, pasti sering terdapat percanggahan. Sekiranya ia adalah produk asli, ia pasti dapat dilihat dengan jelas, tetapi jika palsu, setiap huruf-huruf itu mungkin terjahit sekali dengan jahitan, atau hurufnya mungkin juga tidak jelas atau nipis.

Kualiti bahan kulit

Biasanya, daripada permukaan beg sahaja sudah menunjukkan perbezaan antara produk asli dan palsu. Bukan hanya melalui pemeriksaan visual, tetapi juga perlu melakukan pemeriksaan dari segi sentuhan. Sekiranya ia asli, ukirannya/cetakannya agak dalam, dan sentuhan kulit tersebut terasa sangat lembut. Untuk kes beg yang palsu, ukirannya/cetakannya agak nipis/cetek dan teksturnya serupa, sentuhan pada bag pula mendatar sahaja. Bagaimanapun, perbezaaan kedua dua ini adalah kecil/sedikit sahaja. Pentingnya untuk kita membuat penilaian dan bandingkan dengan produk yang asli, dan bukannya hanya melihat salah satu punca utama untuk menilai kebenarannya.

Kita jadikan kulit sebagai contoh . Contohnya, setelah membeli Hermès terpakai selama beberapa tahun, perbezaan antara produk asli dan palsu lebih besar berbanding produk yang baru. Perbezaan ini lebih cenderung berlaku pada permukaan dalam berbanding permukaan luar, dibahagian jahitan dan lengkungan kulit cenderung untuk terjadi. Terutamanya jika kulitnya melekit, biasanya terjadi pada produk palsu. Oleh kerana kulit menjadi lama, bag yang palsu akan melonjak di sisi tepi dan mengeras dipermukaan.

Tahun cetakan

Untuk Kelly atau Birkin, ukiran atau cetakan di bahagian belakang tali pinggang, kesahihannya dapat disahkan dengan bukti bacaan. Sekiranya cetakan bacaan (huruf-huruf + nombor + simbol) itu sangat cetek/nipis, ianya mungkin palsu. Yang paling utama perlu dilihat ialah ukiran itu terdiri daripada huruf atau simbol + huruf, yang diukir daripada tukang.

Perhatikan beg alas / dust bag

Semasa dalam proses pengenalan, perkara lain yang perlu diperhatikan ialah beg alas, yang merupakan aksesori yang wajib ditemui untuk setiap bag. Sekiranya ia asli, warnanya mestilah putih atau kuning cair. Sekiranya jenis lama, warnanya ialah jingga, Manakala beg alas palsu, biasanya bercorak, berlorek dan berwarna kelabu. Bahan kainnya diperbuat daripada 100% kapas untuk yang asli, jenis palsu biasanya adalah polister. Untuk logo kuda, kereta dan logo manusia di beg alas tersebut adalah bahagian yang mudah untuk kita tentukan perbezaan antara produk asli dan produk tiruan.

Selain empat perkara diatas, sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang boleh menentukan perbezaan asli atau palsu sesuatu bag Hermes. Untuk perkara yang satu ini mungkin sedikit berbeza. Setiap beg yang palsu mempunyai ciri tersendiri. Oleh itu, ia tidak dapat akan dapat direkodkan semuanya,tapi diharap empat perkara yang disebutkan diatas ini boleh dijadikan panduan untuk yang amatur terutamanya senang untuk menjumpai perbezaannya asli atau palsu sesuatu beg. Seterusnya, penting untuk anda memerhatikan nuansa, kerana ianya sangat rumit, berbeza dengan produk jenama lain. Sekiranya anda benar-benar ingin menyemaknya sendiri, anda boleh sahaja merujuk kepada gambar-gambar di website yang memaparkan bag Hermes yang asli dan membuat penilaian sendiri.

Akhir sekali, jika anda masih tidak dapat membezakan asli atau palsu sesuatu produk, serahkan ke profesional untuk penelitian suatu aspek dengan lebih mendalam.

Hermes adalah jenama yang mempunyai banyak beg palsu. Produk palsu ini telah ditiru dengan kos yang tinggi. Boleh dikatakan ramai juga orang yang kurang berpengalaman mengenai ini akan kurang memahaminya.

Pengalaman dalam menyentuh produk asli

Contohnya, produk palsu ini tidak akan ditemui di kedai-kedai khas atau kedai-kedai yang terkenal. Jadi, tentulah selamat untuk kita serahkan kepada penilai profesional seperti kedai kitar semula beg tangan berjenama terpakai untuk membuat penilaian yang profesional kepada beg kita. Dengar- dengar macam susah untuk menyentuh barangan yang asli dan mewah. Sebagai contoh, saya membeli majalah yang memaparkan produk berjenama dan mewah, dalam majalah tersebut mempamirkan produk Hermes yang asli, dan kerap kali memeriksanya setiap bulan. Jadi, orang yang menggunakan mata dan tangan untuk melihat dan menyentuh barangan berjenama mewah dan popular yang biasanya berada di kedai kitar semula beg berjenama terpakai boleh menambahkan pengalaman dan ilmu untuk mengetahui ketulenan sesuatu produk.

This article has also been read!

Find a JEWEL CAFÉ store near you

We have female staff with a vast amount of product knowledge and a speedy assessment process that takes as little as 10 minutes from the time you come to the store to payment! If you are interested in a quick assessment and consultation, we recommend visiting our store!