AEON Bukit Raja Shopping Centre blog

Macam Mana Nak Beza Emas Tulen Atau Palsu?

January 13, 2021

 

 

Emas adalah salah satu aset yang amatlah berharga buat masa kini. Biasanya, emas ini dijadikan barangan kemas seperti rantai leher, subang, gelang emas, gelang kaki emas, cincin emas, etc.. dan mempunyai pelbagai reka bentuk yang cantik dan bergaya pasti dapat menambat hati kaum wanita terutamanya untuk memilikinya. Bahkan, emas ini juga dijadikan bar emas dan duit syiling emas bertujuan untuk pelaburan jangka masa panjang dek kerana nilainya yang tinggi dari masa ke semasa.

 

 

Tetapi, ada sesetengah orang/tempat yang tidak bertanggungjawap dengan mengambil kesempatan menjual barangan kemas yang palsu. Jadi, sebelum anda membeli emas perlulah anda semak dahulu tempat/orang yang menjual emas tersebut adalah seorang yang boleh dipercayai atau tidak.

 

 

Ingin mengetahui emas yang anda miliki itu adalah tulen atau palsu? Saya sertakan 4 point Macam Mana Nak Beza Emas Tulen Atau Palsu dibawah.

 

 

1. Kenalpasti gred emas

 

 

 

 

Emas terdiri daripada beberapa jenis gred atau dikenali sebagai Karat(K). Gred-gred ini menentukan kadar percent emas didalam kandungan barang kemas dan juga mempengaruhi kadar harga.

 

 

  1. K9- mengandungi 37.50% kandungan emas, biasanya anda akan jumpa nombor 375 dicop diatas barang kemas tersebut.
  2. K10- mengandungi 41.70% kandungan emas, biasanya anda akan jumpa nombor 417 dicop diatas barang kemas tersebut.
  3. K14- mengandungi 58.50% kandungan emas, biasanya anda akan jumpa nombor 585 dicop diatas barang kemas tersebut.
  4. K18- mengandungi 75.00% kandungan emas, biasanya anda akan jumpa nombor 750 dicop diatas barang kemas tersebut.
  5. K20- mengandungi 83.50% kandungan emas, biasanya anda akan jumpa nombor 835 dicop diatas barang kemas tersebut.
  6. K22- mengandungi 91.60% kandungan emas, biasanya anda akan jumpa nombor 916 dicop diatas barang kemas tersebut.
  7. K24- mengandungi 99.99% kandungan emas, biasanya anda akan jumpa nombor 999/9999 dicop diatas barang kemas tersebut.

 

 

 

 

Nombor yang dicop di atas emas biasanya tersangatlah kecil dan sukar untuk melihatnya dengan mata kasar, anda disarankan untuk menggunakan loupe (seperti gambar diatas) supaya anda nampak dengan lebih jelas gred emas tersebut.

 

 

Gred emas seperti 999.99 dan 916 adalah yang paling mahal berbanding gred-gred dibawahnya.

 

 

2. Uji emas menggunakan magnet

 

 

 

 

Emas yang tulen tidak akan mengandungi besi didalamnya. Jika anda ingin menguji emas tersebut tulen atau palsu, anda boleh menggunakan magnet sedehana besar seperti tertera di gambar di atas. Cuba dekatkan magnet di atas emas yang ingin diuji, jika emas tersebut terlekat di magnet bermakna emas tersebut adalah palsu ataupun jenis Gold plated. Emas tulen tidak akan berinterasi dengan magnet.

 

 

3. Menggunakan mesin hydrometer

 

 

 

 

Precious metal tester atau mesin hydrometer ini biasanya dapat diperolehi di kedai-kedai emas atau kedai membeli emas, anda boleh bawa emas anda ke kedai emas untuk periksa emas itu tulen atau palsu. Mesin ini juga boleh mengesan berat serta ketulenan dan ketumpatan untuk suatu emas tersebut.

 

 

4. Menggunakan acid test

 

 

 

 

Acid test ini juga boleh didapati di kedai-kedai emas, anda boleh bawa emas anda ke kedai emas untuk periksa emas itu tulen atau palsu dengan menggunakan acid test ini. Caranya adalah dengan mengores sedikit emas yang ingin diuji ke batu yang disediakan seperti gambar rajah diatas, selepas itu letakkan air acid diatas goresan tersebut. Jika warna emas hilang setelah diletakkan air acid bermakna emas tersebut adalah palsu, tetapi jika warna kekal bermakna emas tersebut adalah tulen.

 

 

Nota tambahan: Air acid adalah berbeza mengikut jenis gred emas.

 

 

JEWEL CAFE MEMBELI EMAS TERPAKAI SECARA CASH!

 

 

Penilaian emas anda adalah secara percuma! Anda juga boleh datang untuk mengetahui emas anda adalah palsu atau tulen secara percuma sahaja dikedai kami yang berlokasi di AEON Shopping Mall in Klang area and Kuala Lumpur area.

 

 

*AEON MALL Bukit Raja (Bukit Raja Shopping Centre)

*AEON MALL Taman Equine (AEON Taman Equine Shopping Centre)

*AEON Taman Maluri Shopping Centre (AEON Style Taman Maluri)

*AEON MALL AU2 Setiawangsa (AEON)

 

 

 

page top
page top